MENU BAR

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

♥ FOLLOW ME ♥

Thursday, June 30, 2011

RESiPi APAM POLKA DOT


Harini nak share resipi apam polka dot. Ada beberapa orang tanya berkenaan resipi ini. Senang jek nak buat. Resipi pun ringkas. Dah buat, korang bg la link entry korang...nanti aku skodeng..hihi


Untuk entry berkaitan leh klik SINI

Bahan-bahan
  • 3 biji telur
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - Syila letak 180 gm je
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  •  Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  •  Pewarna
  • Sedikit Esen Vanilla - Untuk mengurangkan bau telur
Cara-cara
  1.  Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
Kredit to : Hana Jepun
SELAMAT MENCUBA

♥♥ Jom sama² klik²..u klik me, i klik u ♥♥

3 Kawan Yg Sudi Tinggal Jejak:

fieda said...

TERBAEKKK....

mamalieyna said...

waa..nnti nak cuba..nak cuba ..nak cuba..hee~

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

alamak..sy mmg fail buat benda2 yg guna gram ni..even ade penimbang..sy malasss nak guna uwaaa

♥ Jom Tambah Pendapatan Bersama HeartBeat - Just Klik² ♥

Sebelum tu korang klik banner kat bawah ni k...



Tutorial penuh untuk mendaftar HeartBeat korang klik kat bawah ni ok
http://syilasyira.blogspot.com/2011/02/tutorial-heart-beat-jom-tambah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...