MENU BAR

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

♥ FOLLOW ME ♥

Saturday, February 27, 2010

Kuala Sepetang..


- Mee Banjir Udang yg marvellous -

- Nasi Goreng Udang -

Dah lama sgt aku nak makan mee banjir yg dikatakan sedap. Bebaru ni dapat gak aku ke sana...Fuh..mmg sedap giler tau...klo ader yg cakap xsedap tu mungkin u all g ke tempat yang salah. Mmg banyak giler kedai-kedai yg menjual menu yang sama. Cume, tepuk dada tanya selera jek.

Mmg ramai sgt kat kedai tu...jgnkan kata org kita, mat2 dan minah2 saleh pun ramai...mmg puas sgt dapat mkn mee yang mmg banjir ngan udang. Ditambahkan dengan udang yg segar, dalam sepinggan mee special anggaran 8 ekor udang ader...mmg menjilat jari tau..

Kebetulan plak ader la expo yang sedang berlangsung berhampiran ngan Zoo Taiping. Aku mmg xmasuk ke Zoo, so jejakkan kake ke Expo jek. Dapat gak syira beli patung ikan paus...

- syira sebenarnya takut kat patung ni...xnaknyer dier pegang -


Thursday, February 18, 2010

Al-Fatihah....


- Muhammad Zharif sehari selepas dilahirkan -

Al-Fatihah buatmu Muhammad Zharif Bin Mohd Arif…putera sulung sahabat baikku Nuraini Zakaria yang telah kembali ke Rahmatullah pada 16 Februari 2010 jam 2.15 Petang di Hospital Likas, Sabah.

Arwah dilahirkan pada 04 Januari 2010 tepat jam 7.22 pm di Sabah Medical Centre. Lahir nun jauh dari kedua belah keluarga. Aini dan suami menetap di Sabah kerana mengikut suaminya yg bertugas di sana. Arwah Zharif merupakan anak sulung dan cucu sulung dalam keluarga En. Zakaria bin Rabaie. Hampir 2 tahun usia perkahwinan Aini dan suami menantikan saat kelahiran cahaya mata mereka. Tapi sesungguhnyer ajal dan maut di tangan tuhan. Putera kesayangan kembali ke Rahmatullah ketika usia 43 hari.

Buat rakan-rakan yg ingin mengetahui tentang kematian arwah…aku nyatakan serba sedikit di sini. Nukilan ini telahpun diberikan ‘green light’ dan diedit sendiri oleh mamanyer…thanks Aini.

Hampir Jam 3.30, 16 feb, saat yang takkan aku lupakan. Panggilan telefon daripada Aini tidak sempat diangkat kerana aku sedang memandu ketika itu. Belum sempat aku mendail semula aku terima pula msj berbunyi “ Salam shila, ada berita sedih, ank kite muhammad zharif mninggal dunia hrini 16feb kul 2.15pm tadi,al fatihah buat arwah”. Tuhan saja yg tahu perasaan aku pada waktu itu. Menggeletar seluruh badan.

Aku trus mendail dan dengan suara yg teramat sebak, aini menceritakan saat2 arwah ‘pergi’. Semenjak arwah dilahirkan,mmg arwah krap menangis, tetapi sesungguhnya apabila ajal itu tiba, dapat dilihat perubahan pada diri arwah. Dari seorang yg krap menangis, pada hari berkenaan arwah kelihatan sgt berlainan. Ketika dimandikan arwah tidak menangis, perilakunya sgt lemah dan menolak apabila diberikan susu. Perubahan ini amat dirasai oleh mamanya, tapi x disangka ianya petanda ajal putera kesayangan akan dijemput oleh Ilahi. Saat arwah tersenyum dan menutup mata, disangkakan arwah tido…tetapi sesunggunyer Allah lebih menyanyanginyer….Alhamdulillah arwah meninggal di hadapan mama dan papanya.

Ketika dikejarkan ke hospital, arwah yg kelihatan sudah tidak bernyawa telah diberikan bantuan pernafasan. Selama lebih kurang 15 minit doktor bertungkus lumus menyelamatkannya. Tetapi telah tersurat Allah lebih sygkannya. Buat masa ini, kematian arwah masih belum dapat dipastikan puncanya. Daripada ujian X-ray menunjukkan arwah tidak tersedak susu, walaubagaimanapun darah telah diambil dan keputusannya hanya akan diketahui 2 bulan lagi. (keputusan lambat krn ianya perlu dihantar ke Kuala Lumpur).

Arwah telahpun dikebumikan pada 16 feb jam 6.30 petang di Tanah Perkuburan Islam Likas, Sabah. Walaupun Aku, bahkan family Aini (Mak, ayah, kakak dan 3 org adik) tidak pernah bertemu arwah sehingga ke hujung nyawanya, sesungguhnya gambarlah pengubat rindu, dan hanya doa yang mampu dipanjatkan agar rohnya sentisa dilindungi Allah S.W.T.

Aku doakan agar keluarga Aini tabah dalam melalui kehidupan ini dan semoga Aini dipercepatkan dan dimurahkan rezeki untuk menimang cahaya mata lagi. Amin…..

Al-Fatihah buat Arwah Muhammad Zharif…

- Arwah Zharif sebelum dikebumikan -


♥ Jom Tambah Pendapatan Bersama HeartBeat - Just Klik² ♥

Sebelum tu korang klik banner kat bawah ni k...



Tutorial penuh untuk mendaftar HeartBeat korang klik kat bawah ni ok
http://syilasyira.blogspot.com/2011/02/tutorial-heart-beat-jom-tambah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...