MENU BAR

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

♥ FOLLOW ME ♥

Tuesday, December 27, 2011

KONTRAKSi MAKiN MENJADi


Entry paling ringkas tapi perasaan aku masa ni hanya Allah yang tahu......

Kandungan mencecah 29 weeks 6 days....Semalam sampaikan tak boleh tido sbb perut yang kerap mengeras....Sedang berkira² nak ke hospital atau tidak...????klo pergi dah tentu kena tahan lagi ni....

Alahai twin..sabar ye...jgn keluar dulu...mama tak sanggup kalian berkampung dalam wad lelama...klo dulu bila mengeras aku rasa perkara biasa, tapi bila admit wad bebaru ni doktor menyatakan ianya adalah kontraksi, hati ni jadi sgt tidak tenteram....Ya Allah lindungi aku dah anak² ku yang bakal lahir ini...Amin...

Datang kerja dengan mata yang ngantuk


Wednesday, December 21, 2011

PAKEJ PENGiNAPAN DAN MAKAN MiNUM PERCUMA 6 HARi 5 MALAM...


Assalamualaikum..pembuka bicara setelah sekian lama aku mendiamkan diri. 
Bukan sengaja mendiamkan diri. Al-kisahnya bila aku yang sangat2 kurang sihat sekarang ni.
Semuanya bermula bila aku sering sesak nafas dan pitam. Pertama kali pitam kat kampung lebih kurang 3 minggu lepas. 
Bermula dari itu, aku sering sesak nafas. Cepat nak pitam....kandungan kali ni benar2 banyak dugaan. Tapi aku akui, segalanya dugaan yang Allah berikan menjadikan aku lebih kuat.
Allah berikan aku nikmat mengandung twin, dalam masa yang sama Allah berikan aku dugaan yang diyakini aku mampu melaluinya. Allah itu maha mengetahui kan.

Tajuk kat atas tu yg membuatkan aku lebih menyepikan diri. Aku dapat pakej penginapan secara percuma dengan tak disangka2..huhuhu...pakejnya ditaja oleh Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. 6 hari 5 malam juga aku berkampung kat sana. Aku yang mulanya agak kena admit dalam 2 hari, mmg sedihlah bila hari demi hari xdapat discaj. Sedih sgt. Tambah sedih bila teringat Hubby ngan Syira. Hubby dahlah kerja shift, kami pula mmg takda sedara mara kat Ipoh. Minggu aku admit kebetulan hubby shift malam. Syukur, dapat juga tukar shift  walaupun bukan sepanjang minggu tu. Terima kasih juga buat family aku yang datang bertandang menjenguk aku walaupun sekejap. Mak, Abah....terima kasih byk2...jasa kalian sgt dihargai..

Macam2 dugaan yang aku hadapi sepanjang berada di Hospital. Penyakit yang tak pernah aku jangka hinggap juga kat badan aku. Nanti aku story lebih lanjut k...Mmg satu dugaan yang perlu aku hadapi walau macam mana sekalipun.

Cuma satu, aku doakan agar twin masih mampu bertahan berada di dalam. Sekarang kandungan aku baru 29 minggu..tak dapat aku bayangkan klo twin nak keluar awal dengan berat masing2 hanya 1 kilogram dan 1.1 kilogram. Tak sanggup aku tengok twin ditahan lama2 kalau keluar awal...

Gambaran twin di usia 29 minggu

Sekarang ni aku masih bercuti sakit. Dapat MC 10 Hari dan last harini. Esok dah start kerja. Ada kelapangan aku update story sepanjang aku admit....Daaaa....

Doakan aku dah twin ye...Semoga Allah membalas kebaikan Uolls yang mendoakan kami

Friday, December 2, 2011

9 BULAN DALAM KANDUNGAN - BESARNYA KUASAMU YA ALLAH....


Disebabkan kesibukan yang melanda minggu ni, masa nak update blog pun xda....aku sharekan satu video tentang apa yang berlaku sepanjang 9 bulan baby dalam kandungan
Sayu bila aku tgk full video ni...
Jom layan.....

Video From : Youtube

Sesungguhnya sangat besar Kuasa Allah SWT....

Tuesday, November 22, 2011

SYiRA KENA TiNGGAL ESOK...


Tajuk sudah buat aku rasa mcm serba salah. Emmm...mmg agak lama aku tak tinggalkan Syira. Bukan nak tinggalkan dia kat kaki lima atau pasaraya ye...tapi atas sbb tugas. Esok aku ada bengkel seharian di Kuala Lumpur. Dah namanya seharian. Mau aku pergi dia masih tido, tapi apakah time aku balik dia masih elok membulat biji mata. Sbb sekarang ni anak daraku itu kerap benar tido lewat.

Masa bertolak dari Ipoh pula lebih kurang jam 5 pagi...terpaksa susahkan pengasuh awal pagi esok...tak pernah hantar seawal itu. Huhuhu..hubby plk keje kul 7 baru balik, kalau mak aku dok dekat, dah lama aku pos Syira balik umah mak..huwaaaa...sian anak mama...Syukur, dah maklum kat pengasuh dia ok, cuma belum bgtau jam 5 nak antar..tapi xpa, ari Jumaat aku cuti, so, xhantar lah..ari jumaat pengasuh leh rehat ganti jaga Syira awal pagi esok..kikiki

So, esok ada ke agaknya entry aku ye...kalau sempat, klo rajin n hubby tak bawa laptop ke tempat keje aku buat entry autopublish...klo tak de....silalah faham² ye...kikiki...kena suh hubby download cete alamak toyol masuk dalam laptop dari kwn tempat keje dia. Esok aku xda, leh buka untuk Syira. Budak tu, hari² tgk cete hantu kak limah...aku plk nek jemu...huhuhuhu...

Okeylah..kelam kabut aku bebel sorg² ni sambil buat keje. Ayat pun rasanya macam aku sorang je paham...uolls buat² jek paham k. Atas meja aku pun dah ada macam² timbunan kertas...Istilah 5S yang dulu sakan pertahankan dah mula goyang...mmg semak..alahai, bila agaknya nak ber5S semula...

Tempat keje uolss ber5S x...????

TAHNiAH HARiMAU MALAYA


Sana sini entry pasal kemenangan bola. Alhamdulillah....

Aku juga tak nak ketinggalan untuk mengucapkan 

TAHNIAH......SANGAT BERBANGGA DENGAN KEMENANGAN SEMALAM


Dapat juga tgk bola separuh masa pertama ngan hubby n Syira, separuh lagi masa dengan Syira jek, sbb hubby kena kerja. Sian hubby tak dapat tgk bola sepenuhnya semalam...Kerja perlu diutamakan kan...

TAHNIAH HARIMAU MELAYA KERANA BERJAYA MENAIKAN MARTABAT BOLA SEPAK NEGARA


Monday, November 21, 2011

SAMBAL PETAi DAGiNG


Entry masak² plk hari ni. Kebetulan aku ada baca beberapa blog yang masih ada lagi stok daging korban kan. Yelah, tahun ni ada yang cakap dapat lebih banyak daripada biasa. Alhamdulillah rezeki kan. Tapi walaupun banyak, takkan nak masak daging tiap² ari kan. Sbb tu, ada antara uolls yang ada lagi daging dalam peti tu kan. Aku tahun ni bawa balik dari kampung sikit jek. Tupun ada sikit bagi kat mber opis sbb kebetulan tahun ni dia tak merasa langsung daging korban

Okey, bagi yang still ada stok daging dalam peti tu, dan tak tau nak masak apa, meh aku bg idea sikit. Ada yang nak cakap menu ni mcm pelik tak...???ye, aku yang 1st time tau pun rasa pelik sgt. Ni resepi aku tau dari mak mertua aku. Rupanya petai ngan daging ni adalah pasangan yang sangat secocok. kikiki. Uolls cuba lah untuk tau apa maksud aku. Paling best klo daging tu baru, lagi rasa r manisnya...

 - Sambal Petai Daging -

- Masak bagi pekat memang sedap -

Nak bagi resepi yang betul, aku pun xda sukatannya...sebabnya aku ni jenis main campak² jek. Lagi satu stok cili kisar mmg aku jenis buat banyak², masak sampai kering lepas tu buh dalam peti sejuk. Sebab senang, nak masak amik jek. Kalau masa nak masak, masa tu baru nak blend cili, kul baper la nak makan kan. Apapun sebenarnya nak buat sambal petai daging ni senang jek, sama mcm sambal yg uolls buat cuma tambah daging jek. 

Tapi yang penting daging tu potonglah cara yang betul. Kalau tak, mau tercabut gigi coz makan daging yang liat nanti..kikiki..Mungkin ada yang akan rebus dulu daging nak bagi lembut kan, tapi aku buat sambal mcm kat atas tu, xda nak rebus bagai...janji potong daging dengan cara yang betul. Insyaallah tak liat okey...

Jom perabihkan stok daging dalam peti ye....ngeh..ngeh..ngeh

ENTRY TAK BERTAJUK


Assalamualaikum...bertemu dihari Isnin...masalah aku setiap kali nak buat entry adalah nak letak tajuk. Blur abis toi. Sbb tu tajuk entry ni len macam sikit..:-)

Apa aktiviti uolls cuti minggu baru² ni. Aku memang semedang dok umah jek. Tambah plk skang ni hujan jek kan. Kesian juga sebenarnya ngan Syira. Tapi nak buat mcm na, mamanya sgt² malas nak berjalan. Tambah pula sekarang ni aku kerap sgt sesak nafas.

Akhirnya hubby jek bawa Syira merempit ngan motor. Pergi kedai, upah aiskrim, diamlah budak ni. 2 Hari dok bertapa ngan budak bertuah ni kat umah, pening juga kepala aku. Skang ni klo start bercakap mmg non stop. Aku yang mendengar bertambah sesak nafas dibuatnya. Haahahha...tak bercakap ngan aku, dia amik tpon, konon² nak bercakap dengan kwnnya. Yang tak tahan bila ajak kwn datang umah makan nasi ngan dia..kikikiki..xleh tahan toi.

Syira ni lagi satu aku perasan kerap toi cakap lapar. Setiap masa jek nak nasi. Tapi mesti ada sup. Tak da sup, aku plk dikomplainnya. Uolls nak tau, setiap kali balik dari keje, melangkah jek kat dapur...trus anak dara ni cakap "Mama masak nasi ye, nanti adik lapar kang..."..so, setiap kali balik keje, masak jelah nasi dulu bagi anak dara ni diam..klo xlagi sakan bebelnya.

- Syira...peminat tegar segala jenis sup -

Anak semakin membesar, semakin petah berkata²...kadang² apa yang dibuat tak dijangka...buat kita ketawa, buat kita geram...:-) sesungguhnya anak permata hati buat ibu dan bapa...

Thursday, November 17, 2011

PETANG Ni AKU ADA CHECK-UP


Assalamualaikum....

Kelam kabut aku updet entry pagi ni. Baru lepas perjumpaan sebentar tadi. Sesi berkenalan ngan Pengarah baru. Kejap jek pun. Tapi sebelum perjumpaan tu, aku dah settle bersarapan. Pagi ni makan roti canai banjir..sekali sekala makan mmg sedap. Minum plk...yang ni masalah aku, setiap hari skang ni aku minum teh panas. Horlick jgn harap lah...klo masa ngandung Syira sampai dia dekat setahun aku tak leh minum teh, tapi lain pula ngandung kali ni..teh yang aku nampak hari². Tak teh susu, teh o pun jadilah...padahal aku tau xelok sgt kan..

Oklah petang ni aku ada check-up kat klinik. Rutin untuk ibu mengandung kan. Tunda minggu ni sbb minggu lepas aku check-up dengan pakar kat Hospital Besar.

Nanti ada kelapangan aku update cerita lagi k. Check-up kali ni mudah²an berat aku bertambah la. dah lama juga tak menimbang berat ni, sbbnya kat pakar hospital just scan kandungan jek. G klinik nanti baru cek darah, air kencing dan segala rutin.

Oklah...ada keje yang perlu disiapkan...jumpa nanti..daaaaaaaa

Wednesday, November 16, 2011

SYAHiRA MAiN MASAK-MASAK


Ragam si anak dara. Rasanya semua yang memiliki anak perempuan akan dapat lihat perkara sebegini. Ada ke kanak² perempuan yang tak minat main masak²..??? Syira ni bukan saja main permainan yang dia ada, klo aku lambat lepa, mau semua kuali, periuk belanga dia nak angkut main..kikiki..

Meh tgk syira masak, klo tanya, dia akan cakap masak sup ngan nasi. Nanti bila tiba masanya, kita masak bersama, nanti besar jgn ngelat plk masak tau.

Pic ni kat belakang almari...abaikan tempat yang sepah tu...nilah port dia main bagi sepah....

- Tak tahan bila kuali aku jadi sasaran -

- Aik...nak masukkan muka ker....nak test kuali cukup besar ke x ye....- 

- Buka pili air plk -

- Berusaha utk letak kuali kat tempat yang sempit...kahkahkah...gelak aku tgk gelagat Syira ni -

- Nak basuh kuali pula ke..???

Bila tengok Syira main sensorang kesian rasanya..tapi takkan aku nak joint sekali kan. Dari aku main masak², bek aku g masak betul². Kenyang juga perut memasing..hahahha..takpelah, nanti ada adik twin, main sesama k. Masa tu gamat r umah...

Time masak skang ni mmg syira jadi assistant aku utk tumbuk menumbuk bawang. Dah boleh diharap..Alhamdulillah

1ST TiME AKU KE SEMiNAR PREGNANCY


Kejadian berlaku pada Sabtu baru² ni. Sekarang ni aku mmg check-up dengan Doktor Japaraj. So, kebetulan hari aku check-up misi@Kak Ha minta tolong aku untuk menjadi salah seorang pesakit dalam seminar tu. Disebabkan aku pregnant twin, mmg akak tu sgt² mengharap aku leh attend sbb susah nak cari ibu yang mengandung twin n triplet. Klo kandungan yang sorang tu senang jek nak cari.

Masa dia cakap tu, aku terus jek setuju..kikiki..teruk kan, selamba jek setuju tanpa tanya hubby. Sbbnya aku tau, hubby mesti bagi sbb niat aku leh bagi ilmu pada doktor². Oh ya, tujuan aku jadi pesakit tu sebenarnya ianya seminar utk doktor² dalam mendalami ilmu kandungan kembar. Tidak dibuka untuk orang awam. Kehadiran doktor seluruh malaysia. Memang bagus seminar ni sebabnya bukan semua doktor leh nampak kehamilan kembar ni. Yelah, klo xbelajar mana nak tau kan. eceh..aku plk yg komen lebih².

Masa tanya hubby, dia ok jek. Bukan tunjuk hat bawah pun..hihi..klo yg itu, aku pun surrender..kikiki. Siap call kakak aku minta pendapat. Macam aku jangka, akak aku siap cakap ilmu yang kita xleh bg, apa salahnya kita buat apa yang termampu, di samping itu kita leh dapat ilmu di sebaliknya. Mmg betul, masa aku ke seminar tu, semua aku leh nampak, byk aku belajar. Paling best dapat tgk muka baby..huhuhu...teruja sgt².

Masa seminar tu, ada 3 biji scan yang baru+canggih manggih. Bayangkan klo xda patient disebabkan tiada seorang pun nak bekerjasama...??? Kesian ngan doktor² ni. Ada scan 3 biji, tapi patient xda...belajar secara amali ngan lisan sgt² berbeza bukan???

Ni banner seminar tu...Aku sangat² menghargai atas jemputan diorg...



Nanti aku kongsikan gambar baby yang telah discan ok. Siap dapat gift lagi. Alhamdulillah rezeki. Pakar yang bagi penerangan tu adalah Dr Japaraj sendiri. Memang best Dr ni. Masa tgk aku, dia siap cakap "Ni semua kakitangan hospital ye"..aku..???sengeh jek...kikiki

- Gift yang aku terima beserta dengan wang tunai -
(nilainya xyahlah aku kongsi...nanti lain pula jadinya..tapi alhamdulillah rezeki ) -

Bila ada kelapangan aku kongsikan gambar scan tu ok...lepas abis jek sesi scan tu, aku trus balik rumah bersiap untuk balik kampung..gambar mmg aku xsnap...kang doktor² tu cakap aku jakun plk..hihihi

24 MiNGGU MEMBAWA TWiN


Sekadar berupdate...

Tadi dah jenjalan umah kengkawan...ada lagi yang belum...klo larat nanti sambung jenjalan lagi. Harini hari yang letih sgt. Kandungan masuk 24 minggu. Keadaan sgt tak menentu.

Membawa twin di usia kandungan 6 bulan ni mmg mencabar. Tapi memang menyeronokkan...Pengalaman yang tak mungkin aku lupakan..Entry ni juga sekadar tatapan aku di masa akan datang...Bukan nak riak atau apa..kepada yang nak  tau, aku kongsi di sini.

Ketika usia kandunganku 24 minggu

  • Tidur dah semakin tidak selesa, terlentang susah, mengiring susah..serba tak kena..asik terjaga malam jek.
  • Mudah sesak nafas...mmg kerap terjadi. Masa ni rasa xcukup mulut ngan hidung nak bernafas.
  • Alahan masih ada tetapi bukan selalu..syukur alhamdulillah
  • Baby² semakin aktif..setiap masa rasa gerakan. Tambah bila bawa kete atau aku duduk..seronok...
  • Dah tak larat nak bangun duduk, bangun duduk...tambah klo berjalan...xleh lelama sgt...Yang ni hubby paling sukalah..sbb klo g pasaraya, aku pula yg selalu ajak balik cepat..grrrrrrrr
  • Perut sgt kerap mengeras...masa ni cepat² kena pujuk baby, sbb kadang² mengeras dalam tempoh yang lama..sakit woo masa ni..

Itulah antara yang aku rasa sekarang dan ketika ini. Syukur last check-up kedua² baby sihat dan aktif...next check-up esok kat klinik jelapang...

Buat masa ni, alhamdulillah kaki aku tak membengkak dan tak pernah krem...semoga Allah permudahkan segalanya

Tuesday, November 15, 2011

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHiRAN PAKSU AiMAN


15 NOVEMBER 2011
SELAMAT HARI JADI BUAT

MUHAMMAD AIMAN BIN MD ISA
Buat Aiman (Adik bongsuku@Pak Su kepada 4 orang anak menakan)

Doa dari kakakmu :
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki
Semoga senantiasa berada di bawah lindungan Allah swt
Semoga menjadi anak yang soleh
Rajin belajar, rajin pi sekolah, rajin g ngaji
Jangan nakal²...jangan asik main PS2 jek...
HEPY BESDAY....

Kena cari masa yang sesuai untuk buat majlis kecil²an utk Aiman...dah bising sbb anak² menakan jek yg buat majlis besday..ekekeke

JALAN² SHOPPiNG²


Selamat pagi uolss....dah sarapan..???1st entry hari ni nak update cerita masa jalan² kat kampung. Kami ke tesco Kedah..area sungai petani..Jom layan...

- Syira suka dok dengan gajah pink ni...cantik katanya -

- Posing atas gajah pink -

- Tersenyum simpul -

- Nurul Syahira -

- Nurul Syafiqa -

- Muhammad Aiman @ Paksu -

- Mereka bertiga -

Bukan main woo tiga² kanak² ribena ni mintak aku amik gambar depa. Sekadar amik gambar je pun...xdanya bendaalah tu bergerak..kikiki..

- My sis ngan si ensem Adam -

- Lagi budak ribena -

- Sayang menyayang -

- Teddy bear kat belakang yang besar gedabak -

- Kalau baik, cemginilah rupanya, klo bergaduh...huh..bergegar dunia -

- Like this pic -


- Paksu Aiman -

Sebelum sesi bergambar ni kami ke food court untuk sesi makan². Pertama kali aku makan kat food court tesco yang menunya mmg hampeh..semua yang kami order tak sedap langsung. Huhuhu..padahal order kat kedai lain². Yang ok just teh o panas aku jek..ekekekke...klo teh o pun xsedap tak tau lah nak cakap apa...huhuhuhu

Makanan klo harganya mahal sikit, tapi sedap lebih berbaloi dari harga yang murah sikit tapi hampeh...emmmmm

Monday, November 14, 2011

MAKAN SEiSi KELUARGA SEMPENA RAYA AiDiLADHA


Cerita masa Raya Haji baru² ni. Raya pertama memang aku tak amibil gambar langsung, raya pun dok dirumah jek..letih sgt². Kunjungan hanya ke rumah tok ngan mak sedara jek. Selebihnya memerap kat rumah.

Raya kedua mak aku plan ngan makcik aku nak buat mee rebus. Siap makan kat luar rumah lagi. Hanya family jek yang memeriahkannya..jiran² mmg xda masa tu. Jom tgk sesi makan² kami sekeluarga.
 
 - Hubby aku ngan Pak lang -

 - Mee Rebus hasil tangan mak lang aku...mmg sedap -

 - Budak² ribena kat buaian... -

 - Sesi makan² -

 - Cedok jgn tak cedok -

 - Mak lang ngan pak lang -

 - Mak, mak ngah ngan tok -

 - Pulun woo depa makan, sbb mmg sedap..terbaiklah mee rebus ni -


Malam tu kami balik Ipoh, aku siap tapau balik rumah lagi mee rebus ni. Nasiblah mak lang buat banyak...yummy..yummy....

Preggy kali ni banyak benda yang aku nak makan aku dapat...alhamdulillah....

PEPERiKSAAN SPM BERMULA


Harini hari penuh debaran untuk semua penuntut yang mengambil SPM....Harini paper pertama...Semoga semua yang mengambil exam SPM senantiasa tenang. 

Teringat dulu masa amik SPM...dalam kelas aku, aku sorang jek amik paper Matematik Tambahan. Alhamdulillah masa aku amik SPM, ianya dah mengamalkan sistem terbuka. Sebabnya sekolah lamaku mmg subjek Prinsip Akaun sure digalakkan amik Matematik tambahan...Tapi masuk sekolah baru subjek prinsip akaun bebudak kelas amik bersama dengan geografi. Terkedu aku masa mula masuk dulu.

Tapi aku tetap juga belajar secara lompat². Kalau kelas geografi aku sama ngan kelas yang ada subjek Add Math tu, aku nyelit juga dalam kelas tu. Dan syukur bila aku duduk asrama, ada mber yang membantu klo aku tak faham. Leh dikatakan setahun masa form 5, aku belajar Add Math sendirian. Tanpa guru.

Dan semangat semakin berkobar bila masa suamiku sekarang banyak membantu aku. Heheheh....cinta zaman sekolah yang membuatkan hubungan kami berkekalan sehingga ke gerbang perkahwinan. Sehingga kini, dialah sahabatku, dialah suamiku. Takkan aku lupa kisah kami di zaman sekolah. Setiap kali waktu balik, jika ada kertas² berkaitan dengan Add Math, sure hubby pas kertas tu untuk aku. Kertas pengerat hubungan kami. 

Sampai sekarang kalau bercerita pasal tu, memang gelak sakan. Dan syukur walaupun belajar dengan inisiatif sendiri dengan bantuan dari rakan², aku tidak kecundang. Masa keputusan SPM diumumkan, dapat jek result, subjek pertama aku tgk ialah add math...Huh..lega, sbb ada tercatat add math di situ. Kalau tak tercatat dah tentu fail kan...

Ops...dah melalut pulak...Apapun sekali lagi aku nak ucapkan kepada semua pelajar yang sedang menghadiri peperiksaan SPM...


Semoga kalian berjaya.....setiap apa yang telah diusahakan, Insyaallah akan dikurniakan ganjaran yang setimpal oleh Allah swt.....

Wednesday, November 9, 2011

WEDGES KESUKAAN SYiRA


Sebelum raya  haritu aku ada tempah serbuk untuk buat wedges dari seorang kawan. Semuanya gara² anak daraku yang sgt² suka dengan cheezy wedges KFC tu. Kalau beli sure leh abis dia sorang. Time ok, dapatlah mak pak dia share sikit, hihii..tapi kadang² ikhlas dalam terpaksa jek bg. Kalau aku mintak sure dia akan cakap "Nanti abislah adik punya ni...makan sikit je tau"....ekekekeke..Lagi geram klo siap cakap "Mama takyah lah makan, tak sedap pun"...Disebabkan Syira suka sgt, itulah yang membuatkan tanpa pikir panjang aku tempah 2 bungkus sekaligus. 

- Serbuk Jalapeno -


Kentangnya aku buat sendiri. Potong sebiji cam yang jual kat KFC tu...Tak yah buang kulit..rasanya mmg sebiji mcm KFC bila ditambah dengan mayonis ngan serbuk jalapeno tu

- Dah siap digoreng..tak sabar Syira nak makan... -

- Jelas kepuasan anak dara aku ni -

- Nampak pinggan yang penuh tu -

- Memang abis dia seorang makan....peminat chezzy wedges sungguh -

- Mulut yang comot -

Memang berbaloi jugalah beli serbuk ni. Nak bancuh pun senang je...just tuang air panas. Ramai juga yang tak berapa suka sbb masin , tapi bg aku, letak lebih sikit air, rasanya sangat ok..sbbnya aku pun bukannya suka makan benda yang masin sgt...

Uolls yang tak pernah cuba, aku syorkan mencuba..ramai yang jual sos/serbuk jalapeno ni..Mmg puas ati..Sejibik mcm kat KFC..Yang penting satu paket tu mmg leh guna banyak kali k

CHECK-UP DiTUNDA


Assalamualaikum...bersiaran pula aku pagi ni.

Seperti yang tertera di tajuk kat atas nun..huhuhu..check-up aku dengan pakar Hospital Besar ditunda ke hari esok. Sememangnya aku tak sabar nak tgk perkembangan twin ni.

Appointment terpaksa ditunda disebabkan oleh Dr Japaraj Robert Peter. (Maternal Fetal Medicine Specialist and Consultant Obstetrician and Gynaecologist) hadiri meeting hari ni. So, esok juga aku ada check-up kat klinik. Huhuhu, jenuh klo pagi ke Hospital, petang plk ke klinik. Nanti nak kena call, samaada ditunda ke minggu depan atau kena juga aku terjah g klinik petang tu. Huhuhu

Doa aku, masa check-up esok agar ketulan darah yang membeku tidak menjejaskan perkembangan twin. Ops, aku tak pernah cerita pasal scan aku dengan doktor Japaraj sebelum ni kan. Ye, dari scan yang terdahulu ada kelihatan darah beku dalam rahimku. Risikonya aku kemungkinan akan ada bleeding sedikit sepanjang kehamilan ini. Risau aku dibuatnya. Full cerita kisah tu nanti² klo rajin aku taip. Huah...huah...kemalasan melanda toi. 

Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Aku tidak putus² mendoakan twin sihat dan sempurna. Doa dari seorang mama......


Tuesday, November 8, 2011

PETUA HiLANGKAN/KURANGKAN BATUK


Seperti yang dijanjikan dalam Entry Ini. Aku ada bagitau nak senaraikan petua yang aku tau dan aku amalkan sepanjang aku batuk teruk baru² ni.

Meh aku share antara petua yang aku buat selama aku batuk. Kalau ada yang sesuai sure cepat jek lega. Yang mana batuk lama dah tentu tak selesa kan. Batuk ni leh buat kita penat. Kerja seharian pun terganggu. Tambah² lagi klo nak bercakap atau hadiri apa² majlis. Nak kena kontrol batuk sampai senak perut.

Antara petuanya :-
  • Air perahan limau nipis ditambah dengan sedikit kicap. Minum mcm tu jek
  • Bakar Limau nipis dengan kapur makan di atas api. Pastu amik kapur 2 sapu kat tengkuk.
  • Pagi² lepas bangun sebelum makan apa², minum sedikit air terus dari paip.
  • Didihkan air gas perisa ais krim soda. Bila dah sejuk, terus minum
  • Sedikit minyak gas dicampur dengan kapur makan dan disapu ke tengkuk. Kuantiti yang sedikit je ye.
  • Bakar bawang putih atas api kemudian dihancurkan dan dicampur dengan sedikit minyak masak. Sapu di tengkuk berulang kali.
  • Nangka masak diblend menjadi jus dan diminum.
  • Makan sirih pasu (mudah didapati dalam pasu² bunga). Rasanya mcm sirih. Leh makan seperti ulam. (petua ni aku dapat dari ustaz darul shifa)
Itu antara petua yang aku buat selama aku batuk. Korang trylah cuba buat ye. Manalah klo tak baik terus, sekurang²nya leh lah berkurang sikit batuk tu kan. Dulu pernah sekali batuk yang keterlaluan, aku akan pastikan sentiasa menghisap gula² hacks hitam. Tah mcm mana secara tak sengaja aku leh tertelan terus gula² tu..Yang tak sangkanya batuk aku ilang terus tau. Kikiki...kebetulan jek kot. Tapi lepas tu xda lah aku nak buat. Nama pun kebetulan kan...klo buat secara sengaja mau mati pulak tercekik..:-)

Nak share satu doa yang leh diamalkan juga. Baca selawat 3x kemudian baca 3x ayat di bawah dan hembuskan ke dalam air minuman. Minum air yang telah dibaca selawat dan doa tu. Aku buat sekali setiap hari dalam kuantiti air yang banyak. Minum jek air tu sepanjang hari. Insyaallah lega batuk tu.

Ayat Penggerak :-


"Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syaiun filArdhi wa la Fissama'i wa huwassami'ul 'alim"

(Ayat ni banyak kelebihannya. Kalau leh amalkan setiap hari lebih baik. Rasulullah s.a.w mengajar umatnya agar membaca doa di atas tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang agar terhindar segala kemudaratan kepada yang membacanya di sepanjang hari tersebut)
Nak tau kelebihan ayat ni dengan lanjut, korang google je k...

Selain dari itu, masa aku check-up ngan doctor, doc ni suggest aku sentiasa makan gula² fisherman's friend mcm kat bawah ni

- Fisherman's Friend Original -

Sekian jek entry petua...selamat mencuba..selamat mengamalkannya..

Ada lagi ke petua yang aku tak tau..???Meh share klo uolls tau k



CERiTA CERiTi..


Bertemu lagi ye....Ni entry nak cerita ceriti jek. Boring pula hari ni. Tapi ada pula mood nak update blog. Pepagi tadi aku dah publish sal Raya Korban baru² ni. Ni sambung lagi..hehehehe...

Bukan jek nak cerita sal raya, tapi cerita sal sebelumnya. Kira ni entry Rojak buah. Macam² ada.

1st, cerita anak daraku Syira. Alhamdulillah demamnya dah kebah cuma batuk jek masih bersisa. Sama mcm aku juga. Syukur sgt, Syira plk mmg rajin sgt² makan ubat. Kalau masa kecil amat susah, tapi sekarang ni dia plk yg akan minta ubat klo rasa tak sihat. Good girl anak mama, tak payah mama nak kejar keliling rumah bg makan ubat.

Sepanjang aku ngan syira batuk, mcm² petua aku buat. Dari yg moden sampai ke tradisional...ewah..yg moden tu makan ubat jek lah..yg ready made tu. Tradisional jek yang aku google ngan tanya mber². So, tak tau yg mana berkesan. Mcm² aku buat. Apapun aku ni klo batuk mmg akan ambil masa yang lama. Kadang² tu sebulan lebih baru lega. Tapi batuk masa pregnant ni yang sgt² menduga aku. Sekali batuk, sure air kencing pun keluar sekali. Jenuh kena pakai pad selalu. Nanti aku senaraikan antara petua yang  aku buat untuk kurangkan batuk aku ni k.

Ok, tutup cerita sal sakit tu...nak cete sal Hari Raya pula. Rancangan awal sebenarnya malam raya pertama tu nak buat bbq. Cadangan hubby bagi meraikan besday aku yang lepas. Kebetulan besday mak aku, so, raikan sekali jek. Tapi perancangan terpaksa dibatalkan. Semuanya disebabkan anak daraku Syira yang tido lambat, so, kami balik raya rumah family aku dekat nak maghrib. Apa halnya nak bakar n perap masa tu kan. Payah betul masa nak kejutkan anak dara ni. Klo tak cukup tido mau merengek jek nanti. Kejap² nak nangis, so, terpaksa biarkan dia bangun sendiri. Tu pasal aku lambat beraya umah family aku. huhuhuhu.

Nanti ada rezeki balik kampung, akan diteruskan perancangan tu..kikiki..nak juga tu..Cerita raya aku kat kampung, tak da apa yang istimewanya. Raya pertama tu tak dak langsung gambar diambil. Tak da mood sbb aku tak rasa pun nak beraya. Mmg memerap kat rumah jek. Syira tahun ni siap ikut tok wannya g sembelih lembu lagi. Best jek anak dara tu terkinja² ikut tok wannya. Pengalaman untuk dia. Aku pun x g tgk orang sembelih lembu..:-)

Disebabkan hubby aku cuti sekejap je, aku pun xda nak apply tambahan cuti. Bercuti mana yang kerajaan bagi. Sudahnya, semalam lagi kami bertolak lepas abis tgk cete Soffiya. Hahahaha...tunggu abis cete baru balik tu. Jalan highway mmg sesak ngan kete. Bila ada exident, jalan jadi jem, nasiblah jemnya tak lama sgt. Time balik tu entah kenapa perut aku sakit sgt². Mmg saja jek tau, sebelum balik tu, elok jek aku sihat walafiat. Dengan kete yang banyak, perut aku yang semedang mengeras, tak sabarnya aku nak sampai umah. Dahlah asik nak terkencing jek, jenuh menahan nak menunggu sampai ke hentian rehat.

Cete sal hentian rehat, ada juga cete kelakar. Selalunya otw nak balik Ipoh, mmg kami jarang nak singgah menyinggah. Nak benti makan jauh sekali, sekadar buh minyak ngan klo hubby nak ke tandas. Tupun selalu ke tandas stesen minyak jek. Tapi nak jadikan cerita, semalam aku tak tahan sgt nak membuang air kecil. Hubby plk berhenti kat Hentian Juru. Aku dengan tergesa² trus celapak ke tandas. Elok aku masuk, dengan orang ramai, aku perasan ada yang dok tengok² aku. Aku buat bodo jek...sekali terpandang kat cermin...Alamak..hahahaha...masa tu juga aku nak gelak guling². Baru aku perasan pemakaian aku. Korang bayangkan dengan seluar hitam, baju warna hijau, aku leh pula pakai tudung warna purple. Kikikiki...lupa pula aku nak pakai sweeter masa tu. Sudahnya cadangan nak beli buah makan dalam kete, dibatalkan...takkan aku nak g beli makanan dengan pakai cemgitu kan..mau ada yg gelak gila kat aku nanti..hihihi..Tapi cumanya nasiblah aku tak pakai kain batik masa tu. Cer bayangkan klo betul aku pakai kain batik..Hahahahaha

Oklah..tu jek cerita ceritiku...pengajaran lepas ni, walaupun bertolak malam, tgk²lah baju ngan tudung yang tersarung tu, jgn main redah jek..hehehehe...

Heran juga aku, family aku ngan hubby tak pula tegur aku masa nak naik kete tu..hahahha..klo aku tak pakai baju jek baru depa pasan kot..kikiki..mesti depa pikir, sbb malam kan..???sapa lah nak tgk aku mlm² kan..

SELAMAT HARi RAYA AiDiLADHA



Belum terlambat kan untuk blog syilasyira ni nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat semua pembaca blog kecil ini.

Tahun ni aku beraya di rumah mertua. Lagipun rumah family aku ngan mertua tak jauh mana, so, tak kisahlah beraya kat mana. Kami bertolak balik ke Kedah hari Sabtu Pagi. Malam tadi dalam kul 12 malam baru sampai Ipoh. Jalan mmg sesak. 

Raya tahun ni mmg xda kemana. Duduk kat rumah jek. Rasa mcm tak larat sgt. Rata² orang yang jumpa semua cakap perutku kecil. Padahal dekat 6 bulan dah usia kandunganku. Dalam orang dok cakap kecil, tidak bagi aku. Kalau yang tgk perbezaan masa aku ngandung Syira ngan twin ni akan nampak perbezaannya. Masa aku ngandung Syira, sampai bersalin aku leh pakai baju kurung biasa. Tak merasa aku seluar ngandung, baju ngandung jauh sekali.

Yelah bagi orang yang bawa twin, perut sure besar kan. Aku pula biasa² jek. Tapi yang pasti aku dah rasa mcm sarat jek. Kerap juga perut mengeras. Tak tau nak cakap mcm ner. Esok ada check-up dengan pakar kat Hospital Besar, lusa plak check-up kat klinik. Tak sabar nak tgk perkembangan twin..Semoga semuanya berjalan lancar...AMIN...

Akhir kata, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA...

Tahun ni, aku perasan byk korban dekat masjid buat hari raya ke-2 kan???Tempat uolls mcm ner??

Friday, November 4, 2011

RAYA HAJi DAH SEMAKIN HAMPiR


Assalamualaikum...Selamat Hari Jumaat semua. 

Harini hari rehat lama bagi kakitangan kerajaan. Apa perancangan uolls..??? Mesti ada yang nak membeli barang last minit kan? Almaklum Raya Haji dah dekat. Macam mana persediaan nak menyambut Raya uolls? Ada yang buat kuih raya takpun menempah kuih? Aku..entahlah, tak da apa persediaan pun. Cumanya mak kat kampung tadi ada call bagitau nak buat serunding daging ngan serunding ikan. Huhuhu..bestnya.

Tahun ni tahun bermakna juga bagi aku ngan Syira sbb tahun lepas kami beraya tanpa hubby aku. Aku kat Kedah, dia beraya sorang di Ipoh. Semuanya gara² kereta rosak, hubby terpaksa tukar kereta ngan aku kat bukit gantang..hihihihi...dia bawa balik kereta kancil aku yang bermasalah tu.

Okeylah ni intro utk hari ni. Kalau rajin adalah berupdate blog ni. Ada juga auto publish nanti..Apapun selamat membuat persediaan menyambut Raya Haji ye...

Uolls cuti lama ker Raya Haji ni?? Aku xda tambahan cuti, hanya bercuti sampai Isnin jek. 

Thursday, November 3, 2011

MAJLiS PERTUNANGAN ADiK iPARKU


Tahniah buat adik iparku Faizal dan tunangnya Nurul. Entry ni hanya gambar, dah malam hari...xlarat nak membebel..so, sila uolls jamu mata jek ye...Hihihihi























Ok..tu jek untuk hari ni...Daaaaaa

Kalau tak da aral melintang insyaallah akad nikah lepas raya haji, kenduri plk awal tahun depan

♥ Jom Tambah Pendapatan Bersama HeartBeat - Just Klik² ♥

Sebelum tu korang klik banner kat bawah ni k...



Tutorial penuh untuk mendaftar HeartBeat korang klik kat bawah ni ok
http://syilasyira.blogspot.com/2011/02/tutorial-heart-beat-jom-tambah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...