MENU BAR

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

♥ FOLLOW ME ♥

Wednesday, December 21, 2011

PAKEJ PENGiNAPAN DAN MAKAN MiNUM PERCUMA 6 HARi 5 MALAM...


Assalamualaikum..pembuka bicara setelah sekian lama aku mendiamkan diri. 
Bukan sengaja mendiamkan diri. Al-kisahnya bila aku yang sangat2 kurang sihat sekarang ni.
Semuanya bermula bila aku sering sesak nafas dan pitam. Pertama kali pitam kat kampung lebih kurang 3 minggu lepas. 
Bermula dari itu, aku sering sesak nafas. Cepat nak pitam....kandungan kali ni benar2 banyak dugaan. Tapi aku akui, segalanya dugaan yang Allah berikan menjadikan aku lebih kuat.
Allah berikan aku nikmat mengandung twin, dalam masa yang sama Allah berikan aku dugaan yang diyakini aku mampu melaluinya. Allah itu maha mengetahui kan.

Tajuk kat atas tu yg membuatkan aku lebih menyepikan diri. Aku dapat pakej penginapan secara percuma dengan tak disangka2..huhuhu...pakejnya ditaja oleh Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. 6 hari 5 malam juga aku berkampung kat sana. Aku yang mulanya agak kena admit dalam 2 hari, mmg sedihlah bila hari demi hari xdapat discaj. Sedih sgt. Tambah sedih bila teringat Hubby ngan Syira. Hubby dahlah kerja shift, kami pula mmg takda sedara mara kat Ipoh. Minggu aku admit kebetulan hubby shift malam. Syukur, dapat juga tukar shift  walaupun bukan sepanjang minggu tu. Terima kasih juga buat family aku yang datang bertandang menjenguk aku walaupun sekejap. Mak, Abah....terima kasih byk2...jasa kalian sgt dihargai..

Macam2 dugaan yang aku hadapi sepanjang berada di Hospital. Penyakit yang tak pernah aku jangka hinggap juga kat badan aku. Nanti aku story lebih lanjut k...Mmg satu dugaan yang perlu aku hadapi walau macam mana sekalipun.

Cuma satu, aku doakan agar twin masih mampu bertahan berada di dalam. Sekarang kandungan aku baru 29 minggu..tak dapat aku bayangkan klo twin nak keluar awal dengan berat masing2 hanya 1 kilogram dan 1.1 kilogram. Tak sanggup aku tengok twin ditahan lama2 kalau keluar awal...

Gambaran twin di usia 29 minggu

Sekarang ni aku masih bercuti sakit. Dapat MC 10 Hari dan last harini. Esok dah start kerja. Ada kelapangan aku update story sepanjang aku admit....Daaaa....

Doakan aku dah twin ye...Semoga Allah membalas kebaikan Uolls yang mendoakan kami

6 Kawan Yg Sudi Tinggal Jejak:

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

tahniah syila dpt twin nye..
btol tu mungkin ini ujian bila Allah nak bg kita dua sekali..dan pasti ada hikmahnya..

Sama la mcm adik eija yg skrg tgh mengandung kembar, kesian sgt kelaur masuk hospital, mmg alahan dia teruk sgt n kerap gak rasa pedih ulu hati..
last ari tu dia kena warded smpai 8 hari di HUKM.

Ummu Ukasyah said...

Semoga Allah memberi kekuatan dan kesihatan kepada Syila dan baby twin..

ytekecik said...

insyallah semua nyer akan selamat..moga Allah permudahkan segala urusan...jg ksihatn ye..tke cre dri...kmi doakan y tbaik u twin baby n kak syila..

ch@ said...

rindunyaaaaaaaa ngn awak syila.
kita doakan awak, syira, hubby, twin dan seluruh keluarga awak kuat dan tabah melalui ujian Allah ni. Awak terpilih utk melaluinya. Jaga diri awak ye syila. kita gembira sgt ada kawan pregnant twin ni, teruja.

Salina@IbuAqil said...

dear!! nape x msg ina bgtau msk wad.. sampai hati.. ina kan dkt ipoh.. ina nak dtg tgk.. ni dah blk umah ke blk ke kg?

Masya said...

patutlah lama menyepikan diri.. x sihat rupanya masuk hospital, rinduuu.. sesangat dekat kamu.... tau.... moga kamu dikuatkan semangat yer menghadapi dugaan ini... semoga cepat sembuh amin....

♥ Jom Tambah Pendapatan Bersama HeartBeat - Just Klik² ♥

Sebelum tu korang klik banner kat bawah ni k...



Tutorial penuh untuk mendaftar HeartBeat korang klik kat bawah ni ok
http://syilasyira.blogspot.com/2011/02/tutorial-heart-beat-jom-tambah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...