MENU BAR

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

♥ FOLLOW ME ♥

Thursday, September 30, 2010

Syahira vs Syafiqa


Ni nak tempek gambar 2 org cucu mak aku. 2-2 cucu perempuan, cucu lelaki insyaallah akan datang k..hihi

Satu peel diorg berdua ni, klo sorg minum susu, 2-2 nak. Leh dikatakan banyak barang atau baju diorang ni sama, aku mmg suka beli brg sama utk keduanya. Kekadang tu berebut juga sbb baju kakak, Syira ngat baju dier, mulalah bab rebut2 ni jadi.

Ni aku snap masa demer minum susu, kdg2 tertukar juga botol, sbb sama jek botol diorg nih..mak masing2 beli k...hihi. Klo time buat susu, aku suka knerkan Syira nih. Aku saja bg botol yg ada susu kakak, tapi Syira ni mmg xkan minum punya...ssh tau nak tukar susu Syira. Setengah budak tu kdg2 men bedal jek kan...dulu aku pnah juga tukarkan susu dier, tapi dier ttp nak juga susu asalnya...emmmmm..

 - Minum Susu Sambil Tgk Kartun -

 - Ni 2 org bdk yg selalu wat kecoh -

 - Sapa yg lagi cepat minum? -

- Look, Syira yg abis dulu (sbb kakak mmg suka memain masa minum) hihi -

p/s : Tahun depan insyaallah Syira bakal dapat sorg lagi sepupu... :-)

Wednesday, September 29, 2010

Raya Dan Raya


Serba hijau. Kali ni kami berbaju ijau. cerita di sebalik warna hijau ni. Kami sekeluarga sebenarnya bercadang nak amik gambar family di studio dgn pakai baju ijau sefamily. Tapi disebabkan ada beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, semuanya ditunda tahun depan kot...ops...lamanya ditunda kan...hihi

Nanti2 ada kelapangan barula leh g sefamily...lama dah aku bercadang2an, tapi insyaallah masa akan datang tercapailah hasratku...nak g amik kat studio cadang2nya...hikhikhik...tapi mmg mencabar ckit klo nak pastikan adik2 bujang aku ada...sokmo byk kejer jek demer tu...hishhhh..mcmla wakil rakyat...

Ni gambar aku n family kecilku sebelum ke rumah mertua...

- Keluarga kecilku -

 - Syira masam jek mukanya -



- Payah toi anak mama nak tgk kamera -

- Acu yang suka menempek...hihi -


p/s : Semoga keluargaku senantiasa di bawah lindungan-Nya..Amin




Berbaju Kurung...


Sebelum ni aku xda letak gambar anak daraku berbaju kurung kan? yg ada pun cuma 1 jek bebaru ni masa nak masuk contest. Entry raya yg masih ttp aku nak cete walaupun syawal dah hampir penghujungnya

Alkisah nak cete sal raya pertama baru2 ni berbaju kurung la anak dara aku ni. Sebenarnya klo ada kenduri yg kami selkeluarga pg, mmg aku kebanyakannya bagi Syira pakai baju kurung, tapi ikut cuaca dan mood budak kecik ni jugala. Klo matahari terik2 ni sian plak nak bg pakai baju kurung kan? dibuatnya dier mintak buka baju kat umah kenduri, xker naya tu???hihi

Siap bercelak2 lagi tau budak ni, semua klo mamanya pakai, semua dier nak pakai...dah namanya pempuan, serba ckit, bab bergaya tu mmg kenalah kan? Layan gambar2 Syira yg xseberapa ni. Gambar ni diambil di rumah mertua...


- Minum susu dulu -

 - Opsss terkangkang pula -

 - Bercelak, Nampak garang x? -

 - Semua jenis kuih dier nak makan -

 - Bab makan mmg Syira suka sgt -

- Klo boleh nak masuk dalam bekas tu -

Em...nak cete satu kat korang nih, nak dgr x? hihi, baju kurung Syira ni ready made k. Sbbnya baju yg pertama temanya lari dari aku ngan hubby, so, disebabkan baju Syira dah xda warna ikut kami, kami decide beli kain je, then kain tu plak xsempat jadi baju sbb tukang jahit (adik ipar) aku kan xident bebaru ni. Dan baju yg Syira pakai ni baju yg ketiga....aku beli malam raya kat pekan Guar Chempedak.

Korang tgk ok x???lengan bajunya siap bercengkam k...mcm trend plak, kenapa aku tanya ok ek? percaya atau tidak klo aku cakap sepasang baju kurung yg aku beli utk Syira tu hanyalah berharga RM10.00 sahaja? dan disebabkan malam raya, aku beli 2 pasang harga tinggal RM7.50 utk sepasang. So, 2pasang tokey buat lelong RM15.00 jek...hihihi murahkan..yg ni aku cakap betul2 punya, xda nak tipu2 k. Baju melayu pun sama harganya. Mcm xda untung jek dier jual, apapun cuma warnanya la kner pandai pilih.

Sebelum ni yang pnah aku tgk baju kurung murah ialah RM15 sepasang, tapi saiz Syira xda, yg aku beli ni adalah baju yg termurah aku pnah beli...berbaloi...pasni klo Syira xnak pakai pun aku xda terkilan..kih..kih..kih...

Ada sapa2 nak kirim x? hihihi...xpun korang g jek Pekan Guar Chempedak....mesti jumpa yg murah mcm tu..tapi hanya baju kurungg je k...baju melayu ngan baju kurung yg 2pasang RM15 tu jek kner tunggu malam raya...:-)))


p/s : Bab membeli baju ni aku xda nak demand jenama2..Janji cantik, harga ok...aku rembat jek..hihi

Kutu Salah Di Sisi Undang-Undang??

Bukan entry pasal kutu di kepala k....ni kutu yang melibatkan wang. Confirm ramai diantara korang pun penah main kan. OTW ke opis pg tadi aku dengar cete pasal berita ni melalui Hot FM. Kategori terkejut badak jugalah aku. Betapa ceteknya aku tentang undang2...

Yelah, sbbnya aku bknnnya peguam kan, dah tentu soal undang2 ni aku kureng skit (ops, bkn ckit, byk ooo aku kurang)hihihi. Arini baru aku tau men kutu tu upanya salah di sisi undang2. Siap ada akta tau...Ianya diletakkan di bawah Akta Kumpulan Wang Kutu 1971 dan jika disabitkan kesalahan boleh disaman mengikut Seksyen 3 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Aku ngan main kutu ni mmg dah lamala sgt. Dulu masa sekolah mmg selalu main ngan kwn2 sekolah, pas masuk kerja main pulak dgn rakan2 sekerja dan dalam masa yg sama siap main dgn mak ngan org2 kampung lagi.

Dan skang ni aku main kutu dgn adik beradik je. Mak aku yg handle, dan mmg semua anak ngan menantu join sekali. Abis tu klo akta ni dipergiatkan, mau kami sekeluarga plak yg kner tangkap???ish2222..

Kebaikan yg aku dapat dari main kutu ni sebabnya kami leh gunakan duit tu utk bayar road tax kete. Nak harap gaji bulan tu baru nak bayar road tax, alamat ada yg makan pasir kang..dahla 2 biji kete memerlukan road tax baru setiap tahun. haiyya.. Pasni knerlah blajar menabung utk road tax dalam bank plak. No kutu-kutu lagi...Tapi klo stakat main kutu2 kecil-kecillan ni pun termasuk dalam akta tu ker?

Okla klo ada yg nak info pasal korang cari kat paper ek. Kemalasan tahap max nak tlg googlekan..hihi. Tapi sepasang suami ister telahpun dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menganjurkan pelaburan wang kutu, dan keuntungan dikatakan telah diperolehi sekitar RM30 Juta...fuyoooo...byk tu

p/s : Entry ni pagi tadi lagi buat, tapi terpaksa publish ptg, sbb ttber internet kat opis ni down plak.

Tuesday, September 28, 2010

Maaf Ye Kengkawan


Entry ni aku khaskan utk kengkawan blogger...
Aku nak mintak maaf byk2 sbb dalam entry aku ada yg komen, tapi terlambat aku balas. Sbbnya aku hanya leh balas komen kat umah je...mcm aku cakap dulu dalam entry yang ini. Masalah tu masih berlanjutan di ofis aku.
Klo ttber ada yg aku balas time aku keje, maknakan kejap je la line kat opis aku ok...pastu down balik.

Nak berblog secara tegar di opis pun byk menimbulkan masalah..kang ada plak yg sengaja lalu belakang aku semata2 nak jenguk apa aku buat. (mmg selalu pun perkara ni jdi) Setakat jenguh je xpa, klo ada yg ngadu kat org atasan payah plak kang. so, aku jenguk blog ckit2 jek, update kengkawan pun skadar leh baca di Google Reader. Sbbnya klo buka blog korang pun xleh juga, mesti page error. Sbb tu aku jarang komen di entry org waktu bekerja..

Tapi klo ada masa dirumah aku pastinya jenguk blog kwn2, mcm mlm ni, rajin x aku??hihi. Ni sbbnya Syira dah lama dibuai mimpi. Syira xchat akhir2 ni. Batuk, selesema...arini muntah jek kerjanya, alhamdulillah nipun dier tido dgn senang tambah sejuk hujan2 nih. Mr hubby plak shif mlm minggu nih, so aku ngadap blog jelah ni...:-)

Pada mereka2 yg telah follow aku, tapi aku masih xfollow...sila tinggalkan jejak k...mana tau ada yg kecik ati aku x follow...aku bukan xnak follow tau...aku lebih suka ramai kwn. So, tinggalkan jejak anda k...cayang korang..muahhhhh

Aku ni kategori yg sgt baru dgn dunia blog ni, byk benda yg aku masih belajar...so, rajin2 korang tegur dan bantu aku ek...sharing is caring kan??ahaks...

Okla, sampai cni je, jam dah kul 12 malam, sok nak kerja...berjumpa di siaran yang akan dtg k....muahhhh

p/s : Entry tanpa gambar.

Monday, September 27, 2010

Baby Raya Baby Bergaya Contest


Contest ni dah lama tau, tapi disebabkan gambar Syira yg xberapa nak jelas, ditundakan hasrat tu dulu...
So, wardah, kali ni kiter support u k...chaiyok2...

Sapa2 nak join contest ni bleh terjah blog ini k

Ni banner contest penganjur. Dan inilah anak tuan rumah yg leh aku simpulkan suka gelak...happy je tgk batrisya ni

Penaja untuk contest ni plak terdiri daripada :-


So, gambar Syira yg dipertaruhkan :-


Nama : Nurul Syahira Binti mohamad Razali
Umur : 2 Tahun 1 Bulan
Tarikh Lahir : 25 Ogos 2008
Email : shira7536@yahoo.com

Sunday, September 26, 2010

GiveAway Pertama


Hari ni mcm ari Contest + GA la plak...hihi...sapa nak cuba nasib terjah di sini

Hadiah yang akan diberikan kepada pemenang yang mempunyai anak kecil adalah Cloth Diaper. Yang tidak mempunyai anak kecik pun boleh join juga....ada lagi adiah misteri yg len...

- Ni Cloth Diapers buat pemenang -

p/s : GA ni simple jek...ramai2 join k -

2nd Contest MamaRifqy


Contest yang cheq nak joint lagik..klo da yg nak join terjah blog tuan rumah disini k


Pertama kali daku nak pertaruhkan gambar dgn anak menakan / anak saudara...
Ni gambarnya


Gambar ni aku amik bersama Nurul Syafiqa, anak menakan aku yg sgt petah bercakap dan bagi aku yg sgt cerdik. Setiap kali balik kampung, sure penat dgr budak bertih jagung ni bercakap..cakap non stop....hihi

p/s : Moga ada rezeki aku ngan Iqa


"Sape nak hadiah free? =)"


Kali ni nak join giveaway plak. 
Syaratnya simple jek...klo nak tau??jgn memalu, korang klik kat cni k...meh joint ramai2



Banner contest ni aku suka sgt...simple tapi cantik

Kawan2 yg aku nak tag...





Cete Raya


Org semua dah abis cete pasal raya kan? aku baru jek nak cete...ala, raya sebulan mcm yg aku slalu ckp..klo dah lepas sebulan pun leh cete lagi kan??hihihi

Tahun ni beraya di rumah mertua. Cete pagi raya, tah mcm mana tahun ni keliling rumah mertua semuanya ketupat, lemang. Aku yg teringin sgt nak makan makanan berkuah jenuh beraya ke beberapa biji rumah...serius aku ckp, xda tau yg buat makanan berkuah, memasing konon2nya mcm thn lepas byk umah buat makanan berkuah sampai org yg datang xmkn pun..dah kekenyangan mkn di rumah org len....HUHUHU

Sedih aku, nak dijadikan cete, umah mertua aku pun xda buat apa sbb beranggapan mcm tu la...cuma pengubat luka di ati bila pegi satu rumah ni ada buat nasi ayam..dapat mkn sup nasi ayam tu pun jadilah..hihi..dah mcm pelarian xpnah mkn plk aku masa tu.

Petang tu, kami balik ke rumah family aku. Mak aku mcm biasala, umah mesti ada buat laksa beras punya. Selalunya aku ni xda la klam kabut nak balik umah mak, tapi disebabkan teringat makanan berkuah tu, mcm nak lari jek g umah mak...huaahhhhh....dan sampai jek umah mak, aku trus terpa ke dapur...hihihi..

Korang nak tau???bkn je laksa tau, upanya mak siap buat soto lagi. Periuk besar tu, aku mkn sampai xleh masuk, nasib xmuntah akibat kekenyangan jek. Mana taknya 2-2 aku sapu..kih..kih..kih. aku ni mmg jenis yg klo tringin sgt nak makanan berkuah, mesti kner cari sampai jumpa..tu sbb klo xda asa semacam jek...

Mak aku mmg selalu amik upah buat laksa beras ni, so raya pertama sampai raya ke berapa tah, mmg menu sapa dtg beraya sememangnya laksa beras la, kiranya xda la yg datang mkn kuih jek..kihkih

- Laksa beras air tangan mak -

 - Kuah laksa mak yg mmg aku xkan lupa...sedap sgt..hihi -

- Telur rebus, kesukaan Syira -

Walaupun aku slalu tgk mak buat laksa dan cara2nya serta bahan2nya sama mcm mak buat, kuah aku ttp juga xsesedap yg mak buat. Air tangan mak sememangnya akan aku ingati selamanya...cayang mak...

p/s : Hujung minggu ni nak balik kampung...laksa 1 tau mak...hihi






Saturday, September 25, 2010

“Sweet & Cute Baby ‘Exploration Time’ Contest”


Satu lagi contest...sesama yg berminat nak joint sila klik disini k. Contest ni mmg menarik sgt.

Ni banner contest yang dianjurkan oleh Mamalieyna


Gambar yg dipertaruhkan :-


Nama : Nurul Syahira Binti Mohamad Razali
Umur : 2 Tahun 1 bulan

Sebelum gambar seksi ni diambil, Syira sibuk minta mama bukakan bajunya, mama ngat nak mandi, upanya nak iron baju...di usianya skang, semua benda yg mama buat mesti nak buat juga. Besar nanti rajin2 tlg mama k...

p/s : jom reramai join k..tarikh tutup 20 Oktober 2010...

Thursday, September 23, 2010

Tak Terlintas Di Pikiranku...


Entry sedih (Bkn nak amik simpati memana pihak k)

Sungguh...aku mmg kecewa sgt...selama 27 tahun aku idup (23hb 10 ni genap aku 27 thn k) ni kali pertama aku rasa truk sgt. Kenapa? aku mmg xsangka sgt2... nak cete lelebih kat cni pun payah...

Sendiri tipu, sendiri buat, sendiri terperangkap...tp....taiknya tempias kat org len....bek punya cete korang karang...aku tau lepas ni apa yg aku tulis ni akan jadi isu kot...tapi aku punya blog...suka aku la....tapi aku mmg xsangka sgt...aku pun xalu-alukan yg xsuka baca blog aku, jengah aku, sbb masih ada kwn2 blogger yg nak jengah, jenguk blog aku yg xseberapa ni. Tq buat korang ek

Trus trang, kawan di alam maya lagi bagus, lagi bek...yg berdepan ni asik nak laga2kan sesama sendirik jek...AKU MMG XSANGKA.....selama ni aku xpnah cakap atau bg anugerah ko kwn terbaik aku...bg aku, kwn semua aku layan sama jek. Tapi klo dah tikam blakang aku..aper cete?

Sebelum ni, nama org ni, nama org tu yg dapat tempias taik..kner tuduhan yg mcm2, tapi skang baru aku celik, aku nampak...rini aku tau byk cete..yg ni cakap mcm ni, yg tu cakap mcm tu...silapla korang wat skrip xbincang sampai tgh malam...terserlah kepincangan dalam percakapan korang...

Tapi xpe, aku ttp sabar. Buat my lovely hubby, teme kasih sbb mendengar dan bg sokongan kat ayg. Selama ni pasal opis aku mmg jarang cete kat hubby, sbb aku xnak bebankan dier, hal keje klo bw sampai ke umah, len jdinya nanti. Wat semak, wat sakit pala jek. Tapi semalam mmg aku xthn sgt2...Aku janji xkan buang air mata aku utk benda2 yg mcm ni.

Aku leh terima klo ianya datang dr dier, tapi knapa ko? kenapa? salah sgt ke aku kat ko? klo ko benci sgt kat aku, apa kata ko doakan aku ngan hubby aku dapat bertukar kat negeri kelahiran aku....ko xyah tgk muka aku dah kan..

Aku skang mmg tgh sedih, kecewa, terkilan dan seangkatan dgnnya. Mcm nak jerit cemgini jek :-

- amik dari en. google -

Lepas ni xyah la ko nak burukkan aku lagi, sbb skang ko dah berjaya sgt...satu anugerah aku bg kat ko k...

Buat kengkawan blogger aku, teme kasih atas sokongan korang. Moga kita leh jdi mcm satu family...saling bantu membantu naikkan trafik dan $$$$$...

Ni xlas dari aku buat korang...

p/s : Ada x yg pnah alami pa yg aku alami skang???

Wednesday, September 22, 2010

Ber 'BBQ' di kampung


Acara di Hari Raya...entry pertama pasal raya. Org len semua dah abis cete pasal raya, aku plak baru je nak buat. Tapi kan ker raya sebulan? kan..kan..kan, so sebulan la ceter pasal raya. hehehe.

1st, aku nak cete perihal bbq yang melibatkan adik berdik aku di kampung. Last minit punya preparation. Kedua2 org menantu mak abah aku yg nak sgt buat (my hubby ngan my sis hubby), tapi pada asalnya nak wat bakar sate..tapi dah namanya last minit punya preparation, sate jdi bbq jek. Dah klo masa tu nak sate, masa tu plk baru pakat nak beli ayam apa cete kan?

- Ayam yg telah diperap oleh Puan Misi -

- Mr. Hubby -

- Mereka2 yg bekerja..hihi -

- Sedang dibakar -

- Kasut Syira pak su nak pakai...angin anak dara aku bila paksu suka mengusik..hihihi -

- Nampak x tangan anak dara aku yg xsabar2 nak mkn -

- yummmy walaupun ada yg terhitam -

- 2 bdk kenit yg kuat mkn -

 - Time nih, muka Iqa sebiji mcm maknya masa kecik dolu2 -

Setiap tahun time raya mesti kner ada bakar membakar ayam...tgk blog mber2 pun ramai yg upload time buat bbq..mcm agenda wajib plak..kan..kan

p/s : Family aku wajib mkn ayam bakar bercicahkan sos + mayonis..sedap

"Mama_Balqis 2nd GiveAway"


Skang ni mcm musim wat contest ngan GA plak kan...so dgn semangatnya aku nak masuk GA yang dianjurkan oleh Anje aka Mama Balqis. GA ni dianjurkan sempena Sambutan Ulangtahun Kelahiran Anje yang ke 26.

Sesapa nak joint dan bg ucapan hepy besday yang seikhlasnya korang leh tgk syarat2nya di sini 


To Anje aka Mama Balqis :
Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran yang ke 26 buat Anje. Semoga dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang sempurna. Semoga rezeki Anje sekeluarga bertambah-tambah dan juga secepatnya dikurniakan anak yg comei lote peneman Balqis.... 
Amin...

 

Tuesday, September 21, 2010

Mood Masih Raya...


Masih bermood raya....smlm aku dah start kejer. Ari first keje dah da meeting, nasib amik masa kejap jek...huhu..bab meeting ni aku lemah ckit, dahla keje kat wildlife, kengkadang tu apa demer cakap pun aku xfaham, bkn xfaham pa, tapi bab2 yg berkaitan ngan binatang ni aku kurengggggg la sgt. blum g demer cete sal ubat2 atau operasi2...emmmm..tapi semalam ok ckit sbb meeting pasal kelab....

JAMUAN RAYA...

Ha, tulah sbbnya meeting secara terkejut dibuat..Aku? menyibukkan korum jek..hihi..mana ada nyibukla, aku salah sorg ajk juga... perbincangan byk pasal pengagihan tugas dan yg sewaktu dgnnya. Oh ya, mengikut perancangan insyaallah majlis sambutan HARI RAYA akan dibuat pada 06 Oktober yek...opis korang plak?...Tahun ni nama aku nek lagi jadi MC. 2thn lpas leh aku elak, bg org len..kihkihkih..thn ni dah xleh nak elak dah. Tak tau mcm ner majlis tu klo aku jadi MC..klo nanti huru hara, jgn salahkan aku...bknnya aku yg nak, tp kang klo asik bantah2 len plak cetenyer. Blum g kira, aku ckp len, ada plak yg tlg nyampai len. Byk sgt ajinomoto kat opis ni...hhahaha

Okla, nanti aku update dr masa ke semasa terutama al kisah aku menjadi MC...hahaha...ops...majlisnya lambat g k...

p/s : Byk entry raya yg belum sempat aku cete...nanti2 k..raya sebulan kan, ada byk lagi masa..kih..kih..kih



Saturday, September 18, 2010

Al- Fatihah Buat Allahyarham M Rajoli


Sumber : Harian Metro

AMPANG: Pelakon dan pelawak, Mohd Rajoli Mohamed Zin, 65, atau M Rajoli disahkan meninggal dunia akibat penyakit barah pada kelenjar otak atau lymphoma di Hospital Ampang, jam 10.45 malam tadi.

KENANGAN...Allahyarham M Rajoli bersama kedua-dua isterinya.

Pelakon yang sering membawa watak ustaz dan ahli korporat itu, terlantar di hospital sejak dua hari lalu selepas mengalami masalah pernafasan. Dia kemudiannya dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum ditempatkan di wad pesakit dua jam kemudian. Keadaannya yang kritikal membuatkan dia bertarung dengan nyawa sejak ditahan di wad berkenaan.

Adik iparnya, Mohlis Mohd Din, M Rajoli yang dihubungi malam tadi mengesahkan kematian pelakon itu sambil memberitahu sebelum itu allahyarham hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan. “Sebelum inipun keadaannya amat kritikal. Dia hanya mampu menggerakkan mata dan isyarat jari. Keadaan itu dipercayai kesan penyakit barah otak yang dihidapi sejak tiga tahun lalu. “Pada Hari Raya lalu keadaannya stabil walaupun tidak banyak bercakap dan kurang minum air,” katanya.

M Rajoli meninggalkan dua balu iaitu isteri pertama Hashimah Mohd Din, 56, dan isteri kedua, bekas penyampai radio, Wan Chik Daud, 70. Hasil perkongsian hidup bersama Hashimah selama 36 tahun mereka dikurniakan empat anak iaitu Siti Dzaleha, 34, Nur Mohamad, 33, Siti Nazirah, 28 dan Muhd Ariff, 23. Pelakon berasal daripada Pasir Mas, Kelantan membintangi ratusan drama dan filem antaranya Mekanik, Azura, Anaknya Sazali, Lang Buana, Cinta Fotokopi, Lady Boss dan Histeria. Dia cukup dikagumi menerusi lakonan dengan kebolehannya membawakan watak dengan berkesan.

p/s : Semoga rohnya ditempatkan di kalangan org2 yang terpilih...Amin

Isu Duit Hantaran - Abby+Norman





KUALA LUMPUR: “Saya tak tertekan dengan apa yang berlaku kerana tiada kena mengena dengan saya. Ia hal peribadi membabitkan mereka berdua (Norman dan Abby). Namun jika difikir secara logik, kenapa sekarang baru isu ini dibangkitkan?
“Kenapa dia (Abby) tak keluarkan kenyataan begini selepas bercerai dulu,” tegas Suhaiza Suhaimi atau Memey ketika dihubungi Harian Metro semalam mengulas dakwaan Abby yang mendakwa bekas suaminya itu masih belum melangsaikan wang hantaran berjumlah RM11,111.11 sehingga sekarang. Abby menimbulkan isu itu menerusi akhbar selepas mendapati tiada cara lain boleh dibuatnya bagi menuntut haknya itu daripada Norman Hakim atau nama sebenarnya Mohamad Nor Hakim Zaidon, 34.

Memey yang kini bergelar tunang Norman Hakim dalam majlis serba meriah yang berlangsung di kampung halamannya, Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi pada 13 September lalu, mempersoalkan tindakan Abby yang memilih cara kontroversi berbanding cara yang lebih berhemah.

“Kalau betul pun ia berlaku, selesaikanlah cara baik kerana masing-masing sudah dewasa dan matang. Cara yang dipilih Kak Abby sebenarnya bukan boleh menyelesaikan masalah tapi akan mengeruhkan lagi keadaan. Keadaan menjadi bertambah kusut sekarang dengan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan.

“Saya sebenarnya tahu keadaan sebenar tapi tak berniat nak masuk campur dalam isu ini. Tak dinafikan saya agak terkejut apabila isu ini diungkit sekarang. Saya malas nak fikirkan sangat sehingga menjejaskan kerja seharian saya. Harapnya mereka dapat selesaikan masalah ini dengan baik,” kata Memey lagi.

Pelakon berusia 22 tahun itu berkata, sepanjang perkenalan dengan Norman dia kecewa kerana sering dilemparkan dengan pelbagai kata-kata tidak enak. Malah, dia tidak tahu apa sebenarnya yang diinginkan oleh Abby daripada Norman. Katanya, perkembangan terbaru ini sedikit menjejaskan menjejaskan keceriaan mereka setelah selamat bertunang.

“Dalam keseronokan kami mengadakan majlis yang penuh berkat tiba-tiba saja dikejutkan dengan berita ini. Kalau betullah jadi masalah, patutnya lepas bercerai dia cari Norman dan selesaikan terus, bukan bangkitkannya sekarang.

“Saya tengok abang Norman tak pernah sentuh pun hal peribadi dia dan dengan siapa dia berkawan, bila kena hal kami macam-macam pula yang dikatakan.

“Hendak buat macam mana lagi kerana lain orang lain caranya. Saya tabah menghadapi ujian ini dan takkan mudah melenting dengan apa yang berlaku. Pada saya hal-hal peribadi antara mereka bukan untuk didedahkan kepada masyarakat kerana nanti akan menimbulkan persepsi negatif pelbagai pihak. Orang luar tak faham perkara sebenarnya. “Hanya keluarga kami yang tahu cerita sebenar. Saya bersyukur kerana tengok abang Norman berada dalam keadaan tenang berdepan situasi ini. Cuma dia beritahu agak terkejut kerana di saat gembira dengan majlis pertunangan tiba-tiba dikejutkan dengan isu ini,” katanya yang dijadual mendirikan rumah tangga bersama Norman tahun depan.

Ketika dihubungi, Memey berkata dia berada di majlis rumah terbuka anjuran rakannya. Nada suaranya ceria membayangkan dia tidak tertekan langsung dengan apa yang berlaku. Dia memberitahu tidak terikat dengan jadual penggambaran drama dan sedang mencari tarikh yang sesuai untuk bercuti bersama keluarganya dalam masa terdekat. Bagaimanapun dia enggan memberitahu lokasi dan tarikh percutiannya.


sumber : metro dan internet

p/s : Mcm2 isu timbul antara mereka, bila agaknya nak selesai....???

Thursday, September 16, 2010

Serunding...


Hai all.....Entry ni belum basi lagi kot..still masih dalam entry hari raya...huhu..

Mesti byk juadah korang pagi raya kan? seperti sebelum2 ni, umah family aku ttp meriah dgn ketupat daun palas dan lemang. (lemang selalunya beli atau mertua bg) abah aku wat lemang time raya haji jek, tupun klo larat ler..buat dgn geng2 kampung nih, meriah la skit kan.

Ok, berbalik pada juadah di pagi raya, tahun ni merupakan tahun pertama mak aku xbuat gulai atau rendang utk dimakan dgn ketupat mahupun lemang. So, aku pun volunteerkan diri nak buat serunding. Aku wat serunding ayam ngan ikan jek, ni kali kedua aku wat serunding ayam dan pertama kali aku buat serunding ikan.

Resipi? aku dah menuntut dari mak mertuaku. hihi. Mmg tiap2 tahun mak mertua aku buat, mcm2 serunding klo aku balik Pendang, ada serunding ayam, udang, ikan..mmg puas mkn. Nek kebas kaki aku berdiri membuatnya, makan masa lama woooo....nyesal xbuat guna dapur bawah..hihi

- Serunding Ayam yg hampir siap -

- Serunding ikan yg masih dalam proses -

- 2 jenis serunding utk tahun ni -

- Kacau jgn x kacau - 

Aku hanya gunakan isi ayam daripada 2 ekor ayam, dan isi ikan dari 2 kilo ikan, hasilnya mmg cukup byk..klo beli entah baper harganya, tapi cara membuatnya yg renyah menyebabkan harga di pasaran juga mahal...klo buat lebih byk dr ni, mau pengsan juga aku nih...hahhaa

p/s : Xberkesempatan aku nak wat simpul kasih, mau tersimpul aku nanti...hihi


Wednesday, September 15, 2010

Nadia Punye Contest


Terima kasih buat tuan tanah sbb sudi jemput aku utk join contest ni....

Klo ada yg nak join, klik kat cni ramai2...kita meriahkan contest dari nadia ni k


Ni pantun yg khas dicipta utk Nadia :

Murah rezeki si tuan tanah,
Anjurkan contest banyak tarikan,
Blog yang cantik lagi nan meriah,
Sama cantik dengan si tuan badan. 

(Maafla ye, bab2 pantun ni aku lemah sikit..hihi)

Kwn2 yg bertuah dan aku nak TAG :-


Pemilik blog yg comel secomel tuannya ni siap bg award lagi...cantik awardnya..klo korang nak...terjah blog Nadia nih dan jgn lupa join contestnya ek....


Award yg sgt cute....thanks Nadia


p/s : 1st contest yg aku joint xmelibatkan Syira..


♥ Jom Tambah Pendapatan Bersama HeartBeat - Just Klik² ♥

Sebelum tu korang klik banner kat bawah ni k...



Tutorial penuh untuk mendaftar HeartBeat korang klik kat bawah ni ok
http://syilasyira.blogspot.com/2011/02/tutorial-heart-beat-jom-tambah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...