MENU BAR

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

♥ FOLLOW ME ♥

Showing posts with label AKU MEMBEBEL. Show all posts
Showing posts with label AKU MEMBEBEL. Show all posts

Tuesday, November 22, 2011

SYiRA KENA TiNGGAL ESOK...


Tajuk sudah buat aku rasa mcm serba salah. Emmm...mmg agak lama aku tak tinggalkan Syira. Bukan nak tinggalkan dia kat kaki lima atau pasaraya ye...tapi atas sbb tugas. Esok aku ada bengkel seharian di Kuala Lumpur. Dah namanya seharian. Mau aku pergi dia masih tido, tapi apakah time aku balik dia masih elok membulat biji mata. Sbb sekarang ni anak daraku itu kerap benar tido lewat.

Masa bertolak dari Ipoh pula lebih kurang jam 5 pagi...terpaksa susahkan pengasuh awal pagi esok...tak pernah hantar seawal itu. Huhuhu..hubby plk keje kul 7 baru balik, kalau mak aku dok dekat, dah lama aku pos Syira balik umah mak..huwaaaa...sian anak mama...Syukur, dah maklum kat pengasuh dia ok, cuma belum bgtau jam 5 nak antar..tapi xpa, ari Jumaat aku cuti, so, xhantar lah..ari jumaat pengasuh leh rehat ganti jaga Syira awal pagi esok..kikiki

So, esok ada ke agaknya entry aku ye...kalau sempat, klo rajin n hubby tak bawa laptop ke tempat keje aku buat entry autopublish...klo tak de....silalah faham² ye...kikiki...kena suh hubby download cete alamak toyol masuk dalam laptop dari kwn tempat keje dia. Esok aku xda, leh buka untuk Syira. Budak tu, hari² tgk cete hantu kak limah...aku plk nek jemu...huhuhuhu...

Okeylah..kelam kabut aku bebel sorg² ni sambil buat keje. Ayat pun rasanya macam aku sorang je paham...uolls buat² jek paham k. Atas meja aku pun dah ada macam² timbunan kertas...Istilah 5S yang dulu sakan pertahankan dah mula goyang...mmg semak..alahai, bila agaknya nak ber5S semula...

Tempat keje uolss ber5S x...????

Monday, November 21, 2011

ENTRY TAK BERTAJUK


Assalamualaikum...bertemu dihari Isnin...masalah aku setiap kali nak buat entry adalah nak letak tajuk. Blur abis toi. Sbb tu tajuk entry ni len macam sikit..:-)

Apa aktiviti uolls cuti minggu baru² ni. Aku memang semedang dok umah jek. Tambah plk skang ni hujan jek kan. Kesian juga sebenarnya ngan Syira. Tapi nak buat mcm na, mamanya sgt² malas nak berjalan. Tambah pula sekarang ni aku kerap sgt sesak nafas.

Akhirnya hubby jek bawa Syira merempit ngan motor. Pergi kedai, upah aiskrim, diamlah budak ni. 2 Hari dok bertapa ngan budak bertuah ni kat umah, pening juga kepala aku. Skang ni klo start bercakap mmg non stop. Aku yang mendengar bertambah sesak nafas dibuatnya. Haahahha...tak bercakap ngan aku, dia amik tpon, konon² nak bercakap dengan kwnnya. Yang tak tahan bila ajak kwn datang umah makan nasi ngan dia..kikikiki..xleh tahan toi.

Syira ni lagi satu aku perasan kerap toi cakap lapar. Setiap masa jek nak nasi. Tapi mesti ada sup. Tak da sup, aku plk dikomplainnya. Uolls nak tau, setiap kali balik dari keje, melangkah jek kat dapur...trus anak dara ni cakap "Mama masak nasi ye, nanti adik lapar kang..."..so, setiap kali balik keje, masak jelah nasi dulu bagi anak dara ni diam..klo xlagi sakan bebelnya.

- Syira...peminat tegar segala jenis sup -

Anak semakin membesar, semakin petah berkata²...kadang² apa yang dibuat tak dijangka...buat kita ketawa, buat kita geram...:-) sesungguhnya anak permata hati buat ibu dan bapa...

Tuesday, November 15, 2011

JALAN² SHOPPiNG²


Selamat pagi uolss....dah sarapan..???1st entry hari ni nak update cerita masa jalan² kat kampung. Kami ke tesco Kedah..area sungai petani..Jom layan...

- Syira suka dok dengan gajah pink ni...cantik katanya -

- Posing atas gajah pink -

- Tersenyum simpul -

- Nurul Syahira -

- Nurul Syafiqa -

- Muhammad Aiman @ Paksu -

- Mereka bertiga -

Bukan main woo tiga² kanak² ribena ni mintak aku amik gambar depa. Sekadar amik gambar je pun...xdanya bendaalah tu bergerak..kikiki..

- My sis ngan si ensem Adam -

- Lagi budak ribena -

- Sayang menyayang -

- Teddy bear kat belakang yang besar gedabak -

- Kalau baik, cemginilah rupanya, klo bergaduh...huh..bergegar dunia -

- Like this pic -


- Paksu Aiman -

Sebelum sesi bergambar ni kami ke food court untuk sesi makan². Pertama kali aku makan kat food court tesco yang menunya mmg hampeh..semua yang kami order tak sedap langsung. Huhuhu..padahal order kat kedai lain². Yang ok just teh o panas aku jek..ekekekke...klo teh o pun xsedap tak tau lah nak cakap apa...huhuhuhu

Makanan klo harganya mahal sikit, tapi sedap lebih berbaloi dari harga yang murah sikit tapi hampeh...emmmmm

Tuesday, November 8, 2011

CERiTA CERiTi..


Bertemu lagi ye....Ni entry nak cerita ceriti jek. Boring pula hari ni. Tapi ada pula mood nak update blog. Pepagi tadi aku dah publish sal Raya Korban baru² ni. Ni sambung lagi..hehehehe...

Bukan jek nak cerita sal raya, tapi cerita sal sebelumnya. Kira ni entry Rojak buah. Macam² ada.

1st, cerita anak daraku Syira. Alhamdulillah demamnya dah kebah cuma batuk jek masih bersisa. Sama mcm aku juga. Syukur sgt, Syira plk mmg rajin sgt² makan ubat. Kalau masa kecil amat susah, tapi sekarang ni dia plk yg akan minta ubat klo rasa tak sihat. Good girl anak mama, tak payah mama nak kejar keliling rumah bg makan ubat.

Sepanjang aku ngan syira batuk, mcm² petua aku buat. Dari yg moden sampai ke tradisional...ewah..yg moden tu makan ubat jek lah..yg ready made tu. Tradisional jek yang aku google ngan tanya mber². So, tak tau yg mana berkesan. Mcm² aku buat. Apapun aku ni klo batuk mmg akan ambil masa yang lama. Kadang² tu sebulan lebih baru lega. Tapi batuk masa pregnant ni yang sgt² menduga aku. Sekali batuk, sure air kencing pun keluar sekali. Jenuh kena pakai pad selalu. Nanti aku senaraikan antara petua yang  aku buat untuk kurangkan batuk aku ni k.

Ok, tutup cerita sal sakit tu...nak cete sal Hari Raya pula. Rancangan awal sebenarnya malam raya pertama tu nak buat bbq. Cadangan hubby bagi meraikan besday aku yang lepas. Kebetulan besday mak aku, so, raikan sekali jek. Tapi perancangan terpaksa dibatalkan. Semuanya disebabkan anak daraku Syira yang tido lambat, so, kami balik raya rumah family aku dekat nak maghrib. Apa halnya nak bakar n perap masa tu kan. Payah betul masa nak kejutkan anak dara ni. Klo tak cukup tido mau merengek jek nanti. Kejap² nak nangis, so, terpaksa biarkan dia bangun sendiri. Tu pasal aku lambat beraya umah family aku. huhuhuhu.

Nanti ada rezeki balik kampung, akan diteruskan perancangan tu..kikiki..nak juga tu..Cerita raya aku kat kampung, tak da apa yang istimewanya. Raya pertama tu tak dak langsung gambar diambil. Tak da mood sbb aku tak rasa pun nak beraya. Mmg memerap kat rumah jek. Syira tahun ni siap ikut tok wannya g sembelih lembu lagi. Best jek anak dara tu terkinja² ikut tok wannya. Pengalaman untuk dia. Aku pun x g tgk orang sembelih lembu..:-)

Disebabkan hubby aku cuti sekejap je, aku pun xda nak apply tambahan cuti. Bercuti mana yang kerajaan bagi. Sudahnya, semalam lagi kami bertolak lepas abis tgk cete Soffiya. Hahahaha...tunggu abis cete baru balik tu. Jalan highway mmg sesak ngan kete. Bila ada exident, jalan jadi jem, nasiblah jemnya tak lama sgt. Time balik tu entah kenapa perut aku sakit sgt². Mmg saja jek tau, sebelum balik tu, elok jek aku sihat walafiat. Dengan kete yang banyak, perut aku yang semedang mengeras, tak sabarnya aku nak sampai umah. Dahlah asik nak terkencing jek, jenuh menahan nak menunggu sampai ke hentian rehat.

Cete sal hentian rehat, ada juga cete kelakar. Selalunya otw nak balik Ipoh, mmg kami jarang nak singgah menyinggah. Nak benti makan jauh sekali, sekadar buh minyak ngan klo hubby nak ke tandas. Tupun selalu ke tandas stesen minyak jek. Tapi nak jadikan cerita, semalam aku tak tahan sgt nak membuang air kecil. Hubby plk berhenti kat Hentian Juru. Aku dengan tergesa² trus celapak ke tandas. Elok aku masuk, dengan orang ramai, aku perasan ada yang dok tengok² aku. Aku buat bodo jek...sekali terpandang kat cermin...Alamak..hahahaha...masa tu juga aku nak gelak guling². Baru aku perasan pemakaian aku. Korang bayangkan dengan seluar hitam, baju warna hijau, aku leh pula pakai tudung warna purple. Kikikiki...lupa pula aku nak pakai sweeter masa tu. Sudahnya cadangan nak beli buah makan dalam kete, dibatalkan...takkan aku nak g beli makanan dengan pakai cemgitu kan..mau ada yg gelak gila kat aku nanti..hihihi..Tapi cumanya nasiblah aku tak pakai kain batik masa tu. Cer bayangkan klo betul aku pakai kain batik..Hahahahaha

Oklah..tu jek cerita ceritiku...pengajaran lepas ni, walaupun bertolak malam, tgk²lah baju ngan tudung yang tersarung tu, jgn main redah jek..hehehehe...

Heran juga aku, family aku ngan hubby tak pula tegur aku masa nak naik kete tu..hahahha..klo aku tak pakai baju jek baru depa pasan kot..kikiki..mesti depa pikir, sbb malam kan..???sapa lah nak tgk aku mlm² kan..

Friday, November 4, 2011

RAYA HAJi DAH SEMAKIN HAMPiR


Assalamualaikum...Selamat Hari Jumaat semua. 

Harini hari rehat lama bagi kakitangan kerajaan. Apa perancangan uolls..??? Mesti ada yang nak membeli barang last minit kan? Almaklum Raya Haji dah dekat. Macam mana persediaan nak menyambut Raya uolls? Ada yang buat kuih raya takpun menempah kuih? Aku..entahlah, tak da apa persediaan pun. Cumanya mak kat kampung tadi ada call bagitau nak buat serunding daging ngan serunding ikan. Huhuhu..bestnya.

Tahun ni tahun bermakna juga bagi aku ngan Syira sbb tahun lepas kami beraya tanpa hubby aku. Aku kat Kedah, dia beraya sorang di Ipoh. Semuanya gara² kereta rosak, hubby terpaksa tukar kereta ngan aku kat bukit gantang..hihihihi...dia bawa balik kereta kancil aku yang bermasalah tu.

Okeylah ni intro utk hari ni. Kalau rajin adalah berupdate blog ni. Ada juga auto publish nanti..Apapun selamat membuat persediaan menyambut Raya Haji ye...

Uolls cuti lama ker Raya Haji ni?? Aku xda tambahan cuti, hanya bercuti sampai Isnin jek. 

Friday, October 21, 2011

LUAHAN HATiKU SEORANG BLOGGER PiNGGiRAN


Tetiba nak luahkan sesuatu yang sentiasa bermain dalam fikiranku....

Blog ini adalah blog peribadi aku. Aku bebas untuk bercerita apa sahaja. Kepada yang kurang senang dan lebih byk nak mengumpat dan bercerita perkara yang kurang senang, lebih2 lagi yang suka bercerita benda tak betul...hentikan. Mengapa nak berkunjung ke blog ni sedangkan byk yang korang tak suka baca. Pelik aku.... dah mcm xsuka, tetapi tetap juga nak tahu segala yang berlaku tentang aku. hari² dok belek, dok bertandang juga kat sini..pastu dok sok sek sok sek..

Tapi aku bersyukur ramai lagi blogger² yang berada di samping aku. Berkawan di alam maya sesungguhnya terasa erat kerana tiada hasad dengki dan iri hati. Kepada yang tiada blog tu, aku nak maklumkan di sini, fungsi blog adalah umpama diari bergambar buat si empunya diri. Kalau nak rasa apa yang aku rasa, cuba buat blog, bila rasa ramai kwn, aku jamin, ada kegembiraan dan ketenangan di situ. 

Blog ni juga merupakan satu cerita yang kita nak luahkan tidak kira samaada suka atau duka. Salah satunya untuk generasi akan datang, seperti aku, blog ini juga tatapan buat anak2ku satu masa akan datang seandainya aku tiada. Yup, blog ni pada awalnya aku dedikasikan untuk permata hatiku Syahira. Dan sememangnya untuk bakal adik²nya yang akan datang (ops....twin yang di dalam perutku bergerak pula bila aku membuat entry ini...) ngeh...ngeh...

Sekarang ni ramai juga kenalan lamaku yang dari tak suka membuat blog, tak suka karang-mengarang, tak suka membuang masa membuat blog ini akhirnya terjebak. Kepada mereka²...betul tak aku cakap????ada kepuasan kan..klo korang dah wujudkan blog, rasa seronok kan??? Tak da istilah buang masa. Sbb blog ni leh auto publish...so, yg dok ngata aku rajin dok ngadap blog, ari² update (padahal xda ari² pun aku update)..sian ko n the geng ye...dah tak reti, jgn bising sana sini ye. Tau apa itu AUTO PUBLISH..????

Buat yang dengki mendengki terutama suka benar bercerita tu dari korang sakit mata, sakit hati, dan membuang masa membaca blog orang yang korang tak suka tu, adalah lebih molek korang tak payah dah buka blog tersebut, baik buat kerja yang korang rasa berfaedah. Tak payah nak menambah dosa.

Satu lagi aku nak maklumkan, blog adalah sesuatu yang peribadi. Umpama diari bergambar yang boleh dikongsi dengan orang luar. Sesiapa yang nak baca, sudi2kanlah...tetapi yang tak nak baca tu adalah lebih baik pangkah je window tu ok...dan sememangnya seorang blogger itu akan bercerita apa sahaja, walaupun pada pandangan orang lain mungkin ianya remeh tetapi itu hak individu itu sendiri.

Kalau aku beli apa pun, suka aku nak cerita kat sini. Ye..mmg aku bukan jenis yg gila brand² ngan barang² standard. Tepuk dada tanya poket, dari aku dok membuang duit ke sini, byk lagi benda nak buat. Kang klo aku ada duit byk pastu beli barang brand² kang, korang dengki plk..Mcm² la korang ni. Orang takda duit korang susah ati, orang ada duit pun korang susah ati...ish...ish...peliknya.

Yang paling kelakarnya, time bulan puasa aritu, aku tak puasa penuh pun korang sibuk...huhuhu..pastu siap pandai reka cete aku tak puasa sebulan..hai, dalam dok baca entry aku tu, tak kan tak tau aku berjaya juga puasa di awal² Ramadhan. Aku pula tidak dibenarkan puasa atas sbb² kesihatan, tambah pula preggy twin, bukan sesuka hati nak tinggal puasa ye. Cik kak oit, lain kali baca betul² ye. Lagi satu emmmmm...klo aku tak puasa ko nak tlg gantikan ke..???xpun tlg bayarkan fidyah puasa aku??? Sibuk jek..

Dah panjang berjela aku membebal, klo rasa terkena kat batang idung tu, cepat sedar diri ye...takyah dah bertandang kat blog aku, sbb yg sentiasa bg aku support ngan semangat masih ramai di luar. Tak rugi takda pembaca seperti ko yang hidup suka berPHD. Aku pun tak nak semak kepala memikirkan perangai ko...Daaaa

TEPUK DADA TANYA SELERA....KEPADA YANG PUNYA BLOG..UOLLS PERNAH RASA TAK APA YANG AKU RASA???? ADA TAK LANGAU YANG TAK PATUT WUJUD....SUKA SGT BERTANDANG KE BLOG UOLLS...???

Thursday, October 20, 2011

DAH 20 MiNGGU RUPANYA


Agak lama aku tak bercerita tentang kandunganku sekarang. Syukur Alhamdulillah kandunganku kini telah berusia 20 minggu. Selama 20 minggu juga twin berada dalam rahimku. Satu pengalaman yang sangat membahagiakan. Tak dapat dinafikan tak sabar rasanya nak melahirkan kedua-duanya. Anugerah buat aku dan suami selepas kehadiran permata hati pertama iaitu Nurul Syahira.

Nak imbas balik segala2 yang berlaku. Sebabnya sehingga usia kandunganku 20 minggu ni jarang aku bercerita tentang check-up aku.

Pertama kali aku umumkan tentang kehamilan aku di dalam blog ini di entry kat bawah




Selepas dari entry ini akan aku update setiap check-up aku. Insyaallah...jgnlah perasaan atau mood aku nak update ke laut, padahal tiap2 ari klo leh nak update blog ni :-)

Mood aku jadi ke laut bila ada yg sibuk skodeng blog aku, pastu sibuk dok gosip2...Langau oh langau.,jgn datang cni klo xsuka..pastu wat pa cik langau nak sibuk cete2 kat depa2 apa aku tulis kat blog ni...mmg jenis mulut tempayan rupanya cik langau nih....huhuhu

Friday, October 14, 2011

SALAM JUMAAT...


Selamat pagi...Lamanya aku tak buat entry pagi...korang dah makan..???aku klo pepagi masuk opis mesti kena g breakfast dulu. Klo x, mula lah perut ni dok kruk krak jek. Wat keje pun xsenang nanti.

Hari ni juga rehat lama..best, yang penting esok ngan lusa cuti..yuhuuu...rasa mcm lama dah xrehat kat umah. Minggu ni rasanya xda aktiviti berjalan. Aku pun dah mengah sgt. Perut selalu nak mengeras, bek dok umah merehatkan diri. Kebetulan hubby plk ada dinner ari Sabtu kat kilang dia keje. Tinggallah aku ngan Syira. Sob..sob..

Minggu ni aktiviti sambil rehat nak mengemas barangan tupperware yang baru dibeli...wah semangatnya nak guna tuppy baru. Dan tak sabar nak tunggu tuppy yang aku order online pula sampai ke tangan. Botol aku beli khas utk Syira. Lama mencari, akhirnya ada juga rezeki aku memperolehi botol tu..Nanti aku update cete tuppy k...

Skang ni dah pantang tgk tuppy...semuanya berjangkit ngan kakakku...dia mmg peminat tegar jenama Tupperware ni

Wednesday, October 12, 2011

KENANGAN TERiNDAH - BERTEMU BLOGGER....


Sememangnya kenangan yang terindah...Pertama kali aku membuat pertemuan dengan blogger selama aku bergelumang dengan dunia blogger (eceh)....Hanya mengenali di laman muka buku akhirnya pertemuan menjadi realiti. Sapa rasa tak best wooo...al-kisah awalnya kami mmg dah rancang tapi disebabkan banyak halangan, ada jek yang membuatkan pertemuan kami terbantut.

Masa buat makan-makan tempoh hari pun blogger ni xdapat datang sbb dia sekeluarga tiada di Perak. Apapun aku nekad nanti kena set tarikh yang lain...alhamdulillah akhirnya malam yang telah dijanjikan tertunai juga. Ngeh..ngeh..ngeh..Aku buat Soto Ayam + rojak khas untuk menyambut kehadiran deme sekeluarga.

Nak tau sapa gerangan blogger tersebut???? cer tgk header blog kat bwh...sure ada yang kenal punya...


Yup...keluarga si bulu mata lentik bersama ibu dan ayah akhirnya sudi menjenguk teratak kecil keluarga kami. Buat ina sekeluarga...terima kasih sbb sudi juga menjejakkan kami. Terharu sgt..apapun sebenarnya berdebar juga masa jumpa ina haritu. hehehe...

Meh layan pic kami...semuanya diambil selepas makan...aku pun sbb berdebar sgt terlupa nak amik gambar menu..:-) 

 - Anak daraku yang terlebih merenyeh bila berkwn ngan aqil...hahaha...-

 - Diorang ni rupanya sebaya...cuma aqil lahir bulan 2, syira pulak bulan 8 -

 - Dengan penyapu pun leh jadi mainan -

- Ina & Aqil -

 - Syira yang suka menempek bila orang nak bergambar -

 - Kami -

 - Saiz badan aku ngan ina lebih kurang jek...hahahha... -


 - Budak berdua ni bergambar ngan bapak² deme elok jek duduknya -

- Husband Ina dah mcm photographer pula malam tu -

Lama juga kami berborak..kiranya Ina n Family sampai kul 8.30 sampai kul 10.30 malamlah kami berborak. Macam² yang dibualkan. Hubby ngan husband Ina plk nasiblah leh juga berborak. Aku takut bilanya deme berdua diam seribu bahasa jek..hahahhaha...Yang pasti topik depa mmg mancing. Kebetulan hubby aku mmg seorang yg obses dengan mancing² dan joran² ni..

Kalau ada yang perasan muka hubby aku ngan husband Ina ni ada pula iras². Aku ngan Ina plk badan kami lebih kurang sama². Cumanya aku tinggi sikit dari Ina. Tu pasal aku nampak lagi kurus kot..kikikiki. Anak pun sebaya...oh...rupanya banyak persamaan kita ye Ina..

Apapun, kat entry ni aku nak ucapkan beribu kemaafan kepada Ina sekeluarga seandainya layanan kami,  menu kami atau apa² sahaja yang cacat atau kurang senang di hati Ina sefamily. Kami gembira sgt dengan pertemuan ini. Dan jutaan terima kasih kerana sudi menjenguk teratak kecil kami. Malu syila bila Ina melangkah ke dapur..hahahha..tulah sapa suh tetamu dah sampai ada jek benda yang tak siap kan..kikiki

Sepanjang berada kat umah Syila nampaklah Ina perangai anak dara Syila tu..Syira ni selalu asal orang datang rumah, melekap jelah..mmg jenis yg susah bercakap, konon² pemalulah...tapi malam tu, leh pula dia berebut kamera ngan aku, pastu siap patah bilah kipas dibuatnya. hahahah..entah camna dia buat tah....malu jek kat Aqil tau Syira ni..:-)

Untuk pengetahuan Ina juga, syila ni bukan jenis yang peramah sgt, tapi bila kita berjumpa rasa mcm mesra jek kan...To Aqil...lupa pula nak bungkuskan gula² yang banyak kat umah..sory yer...mmg auntie lupa sgt²..

Gambar kat atas dari kamera aku yang cikai..nak tgk gambar yang lagi cantik kenalah korang g jenguk blog Ina ye...sbb dia mmg pakai kamera canggih gitu...entry tentang pertemuan kami pun lama dah Ina update kat blognya..aku je baru terhegeh² nak story cni..:-)

Pertemuan ini, jadi kenangan yang tak mungkin dilupakan..Insyaallah Ina, ada rezeki kita jumpa lagi...ada masa, ada kelapangan kita lepak makan laksa kat Padang Polo seperti yang Ina cadangkan ye...


Thursday, October 6, 2011

CUAK SGT²...


Assalamualaikum....

Kelmarin seharian tak buka internet. Alkisah disebabkan aku ada check -up kandungan di GH. Pertama kali check-up di sana betul² menduga. Sebelum kul 8 dah terpacak...then kul 3.15 baru selesai. Pergh..pertama kali aku rasa pengalaman seharian di hospital. Dari ramai orang sampai tinggal aku keseorangan. Huhuhu

Kisah check-up nanti aku letak di entry yang lain. Ni nak cerita sal cuak disebabkan blog yang bermasalah. Tetiba pagi tadi aku buka blog aku xdapat. Not found...Pastu baru perasan msj di FB dari Salina Ibu Aqil yang bertanya tentang blogku yang xleh dibuka. Memang cuak abis wei...rasa nak nagis pun ada...tetiba blog xleh buka...buka kat dashboard leh plk terpapar please create new blog.....cuba buka lagi..tetap juga tak bleh...Kali ketiga dia minta no tpon untuk masukkan verification code...barulah boleh...

Ish²...blog oh blog...jgn buat cemgini lagi tau...cuak gila aku..tak dapat bayangkan klo tetiba blog ni jadi new blog...nasib mmg dah ada back up...tapi dekat sebulan jugalah back-up yang terakhir...huhu...nampaknya pasni tiap² minggulah kena back-up...

Oklah..keje tgh berlambak, tapi sempat lagi update...huhu..

P/s : Terima kasih atas kunjungan blogger Ina aka Ibu Aqil kat teratak kecil kami sekeluarga...entry di blognya dah ada..tunggu entry blog ni plk...dah tentu entry yg lambat sikit..kikiki

Monday, October 3, 2011

OKTOBER DATANG LAGi


Alhamdulillah...syukur masih berkesempatan merasai bulan Oktober..Semoga bulan ini dan bulan² akan datang memberikan seribu rahmat..dan semoga perjalanan hidupku di masa² akan datang memberikan sinar dan kebahagiaan.. AMIN

Rasanya lama sgt aku tak cete sal perkembangan twin yang kubawa setiap detik dan setiap saat untuk diabadikan di dalam blog ini. Last masa entry scan twin. Terima kasih buat mereka² yang meninggalkan komen di situ. Aku sgt² menghargainya. Tak kurang juga byk nasihat yang diberikan..CAYANG KORANG SEMUA..

Alhamdulillah juga, seleraku dah semakin ok. Muntah tetap ada, tapi tidak seteruk sebelum ini. Apa yang pasti aku semakin mudah lupa, semakin emosional, semakin cepat penat, semakin cepat mengah...dan semakin mcm² benda nak ditelan. Hihihi. Kalau g pasar malam, mau satu pasar malam aku nak borong. Tambah² klo jumpa durian. Mmg alegik toi...dari mengandung 1st sampai kandungan sekarang aku mmg giler durian. Kalau ari² dapat makan sepangsa pun oklah..hahha..Hubby pun naik pening, sampaikan ke tahap, dia xlalu nak makan durian..:-)

Oklah..apapun entry ni bukan nak cerita sal twin .ni entry sekadar berupdate..nanti² aku cete detail sal pemeriksaan twin k..Rabu ni 1st time aku akan melapor diri ke Hospital Besar untuk pemeriksaan kandungan. Disebabkan mengandung twin, so, ada masa aku kena menjejakkan kaki ke GH...Tunggu apa cetenya ye. Semoga twin sihat dan perkembangan kedua-duanya berjalan lancar....AMIN

Bulan Oktober yang bakal bersinar...Syukur

Wednesday, June 22, 2011

AUDiT OH AUDiT


Arini bizi sgt²...sbbnya esok ada audit dari Jabatan Akauntan Negara (Perak) akan bertandang.
So..byk benda nak settlekan.
Harini bw slow ckit...tapi akan kuterjah jika ada kelapangan..
List peserta GA akan dipublish arini..stay tune...


Sempat juga update sementara menunggu report kuar...hihi

♥♥ Jom sama² klik²..u klik me, i klik u ♥♥

Tuesday, June 21, 2011

KiNi...BERALiH KE GOOGLE CHROME


Kini....selepas berhari aku ada masalah untuk meninggalkan komen masa bw...aku beralih ke

v

v

v

v


Ngeh...ngeh...
Kat umah mmg sepenuhnya aku pakai Google Chrome. Dulu kat opis aku pakai Mozilla..tapi bila ada jek masalah aku tanpa segan silu download GC ni...lagi cepat..dah yang pastinya nampak jelas kecantikan dan kesmarttan blog uolls...hihihi

Kalau korang nak juga download klik link kat bawah ye...

pastu Accept and Install
BERALIH KE GC TAPI AKU MASIH SETIA NGAN NUFFNANG...(eh..ada kena mengena ker??)

♥♥ Jom sama² klik²..u klik me, i klik u ♥♥

Monday, June 20, 2011

KENAPA XBOLEH NAK KOMEN....???


Internet problem ke hapa agaknya...???
semua blogger yg mempunyai komen pop up aku xleh komen....huwaaaa...leh tinggal jejak je kat shoutbox. Tu pun klo ada. sbb bukan semua blogger ada kan...

Balik umah lepas buat semua kerja² umah..leh la ngadap laptop utk bw sementara nak tido. Kalau berlarutan benda ni....alamat ssh la aku nak komen n balas komen kengkawan time opis..huhuhu...

Kalu guna sistem mmg confirm xleh nak buka komen..tapi klo xguna sistem pun still xleh, apa cete nih...

♥♥ Jom sama² klik²..u klik me, i klik u ♥♥

Thursday, June 16, 2011

JOM SEMBANG NGAN AARON AZiZ


Nak sembang ngan Aaron Aziz..?? Live tau..

Walau xleh bertentang mata...kira ok la...Aku..???jenguk juga sekejap..Tapi laju giler chatnya. Tak sempat nak baca...Tak tau Aaron tu camner skang...pening agaknya..sure dia nak baca pun xsempat. Amboi..suka uolls ek klo chat ngan Laki Elena tu...kihkihkih..
Chat...???Aku kurang berminat nak chat² ni
♥♥ Jom sama² klik²..u klik me, i klik u ♥♥

Wednesday, June 15, 2011

SETTLE JUGA


- Entry tetiba jadi draft..xkan blog ada masalah lagi kot..?? -

Selamat tengahari semua... makan apa lunch tadi???
Ok..2 ari ni sibuk menerjah peserta GA...Alhamdulillah abis juga.
Esok senarai peserta akan dilistkan. Sapa yg nak join, cepat..cepat..penyertaan masih dibuka sehingga 20 Jun iaitu hari Isnin.
Mesti tertanya² apa hadiahnya ye..?? Insyallah akan dimaklum selepas senarai peserta keluar esok. Jgn mengharap hadiah yg gempak giler tau. Yang pasti FM tersenarai antara hadiahnya.


♥♥ Jom sama² klik²..u klik me, i klik u ♥♥

Monday, June 13, 2011

SGT BUSY


Arini xsempat pun nak update entry. Apapun skang ni sedang slow² nak terjah peserta contest. Tarikh ttp dah xlama lagi ha...Hutang dari blog Cha iaitu kenapa suka ke blog beliau pun masih xsempat disiapkan. Sory ye cha..Insyaallah Syila akan buat satu entry khas untuk cha bagi menjawab pertanyaan tersebut..Ngeeee.
BW pun dah slow sgt².
Lagipun skang ni busy tahap max...

Terima Kasih buat mereka yg selalu support blog ni...

♥♥ Jom sama² klik²..u klik me, i klik u ♥♥

Saturday, May 21, 2011

BiLA CUTi TETiBA SEMALAM

Salam dan selamat menjenguk tengahari ye.
Kelmarin juga "Syilasyira 2nd Giveaway" dilancarkan.
Alhamdulillah sambutan pada hari pertama sgt membanggakan.
Untuk blog picisan mcm blog ni, penyertaan 31 orang orang pada hari pertama sgt² syukur Alhamdulillah.
Terima kasih kepada mereka yang dah join k..yang belum join dijemput yek.
Semua peserta Syilasyira 1st Giveaway belum diterjah lagi. Kebetulan semalam syila cuti sbb kakak n familynya datang. Ada urusan keluarga yang perlu dibereskan.
Entry GA pun di publish secara kelam kabut.
Okey..nanti² jumpa lagi...daaaa

p/s : Apa rancangan korang cuti arini?? mesti best jenjalan kan?
p/s : Semalam maksudnya kelmarin ye. Jgn salah anggap. Aku dah terbiasa cakap mcm tu. Malam plk aku cakap tengah malam. hihi


♥♥ Jom sama² klik²..u klik me, i klik u ♥♥

Tuesday, May 3, 2011

MOOD KELETiHAN


Salam...
Kembali dari 4 hari bercuti
Harini hari yang sangat letih..kepala tingtong..mata ngantuk..ish..ni penangan sampai umah  jam 1 pagi tadi. Semalam balik sempat singgah expo. Penat jadi berganda..huhuhu

Nak update blog pun dah tak bermaya. Sekadar bw umah kengkawan yang lama tidak kujenguk. Tapi aku lebih banyak jadi  silent readers je...nak menaip xda kudrat.

Nanti2 blog ni ber'update'. Bukan sekarang k. Banyak nak cerita...jumpa lagi nanti k...

p/s : Minggu ni balik kampung lagi..huwaaaa...letihnya..


♥♥ Jom sama2 klik2..u klik me, i klik u ♥♥

Tuesday, April 26, 2011

PAGi YANG MENYENANGKAN

 
Good Morning...
 
Selasa sudah..Lagi 2 hari jek aku keje. Pastu Jumaat cuti..sambung plk ngan cuti Hari Buruh lagi. Terasa lamanya bercuti. Kebetulan kat kampung nanti akan diadakan kenduri akikah baby baru kakakku. Ada yang istimewa di sebalik kenduri itu..insyaallah..story morynya tunggu majlis tu berlangsung k.
 
Cerita ttg tajuk..ahaks..minggu ni minggu yang menyenangkan k. Sebabnya hubby ada time aku nak keluar keje. Byk yang aku xpayah buat. Antaranya :-
  • Sediakan beg barangan anak. Tapi baju utk ke rumah pengasuh aku still pilihkan lagi.
  •  Syira sure tak nangis pagi2 sbb klo bila bangun ada hubby yg suka wat lawak2 pagi2 tu...hihhi
  • Aku xperlu dukung Syira masuk kete. (Time dia tido). Lenguh tau tangan aku klo ari2 nak dukung budak ni.
  • Belikan sarapan kalau aku tak sempat membuatnya. bkn xsempat tapi ada rasa malas sikit...hihihi
Korang jgn heran, masa kami sekeluarga bersama terhad tau. Aku lebih banyak ngan Syira sbb hubby kerja shift. Macam minggu ni turn hubby keje mlm, kami hanya leh jumpa dalam 4 jam jek tau, pastu pagi sebelum g keje jumpa sekejap....sob..sob...
 
p/s : Perut dah lapar...jom breakfast............
 
 
♥♥ Jom sama2 klik2..u klik me, i klik u ♥♥




♥ Jom Tambah Pendapatan Bersama HeartBeat - Just Klik² ♥

Sebelum tu korang klik banner kat bawah ni k...



Tutorial penuh untuk mendaftar HeartBeat korang klik kat bawah ni ok
http://syilasyira.blogspot.com/2011/02/tutorial-heart-beat-jom-tambah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...