MENU BAR

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

♥ FOLLOW ME ♥

Wednesday, March 28, 2012

ANUGERAH TERiNDAH BUAT KAMi SEKELUARGA


Seperti yang telah aku bgtau pada entry semalam...Alhamdulillah aku dah selamat melahirkan kembar perempuan. Entry kali ni pula aku nak tempek gambar seperti yang dijanjikan. Selama aku dalam tempoh berpantang, sememangnya aku terputus hubungan ngan rakan2 blogger...berpantang di kampung yang mmg xda kemudahan internet. Nak nyibuk umah kakakku manalah bleh,dah namanya berpantang kan.

Gambar lebih banyak akan aku upload dalam facebook...biar muntah kwn2ku melihatnya...hhahaha...cian diorang, lama dah minta aku upload, tapi apakan daya...masa tidak mengizinkan. Dengan masalah internet lagi, masalah hset lagi...sampai ke hari ini masih belum membeli hset baru...kikiki..asik kena kutuk ngan adik beradik je,sbb bendalain leh beli, hset murah pun xleh beli..hahahaha.

Berbalik pada tajuk asal....Anugerah Terindah Buat Kami Sekeluarga...Selepas kelahiran Nurul Syahira iaitu puteri sulungku, kami dikurniakan pula anugerah yang tak disangka2. Syukur, aku antara hamba yang dipilih oleh Allah SWT untuk merasa mengandung, melahirkan dan menjaga kembar..Mereka adalah amanah yang telah Kau titipkan kepadaku. Semoga semuanya di bawah LindunganMu Ya Allah...

Dengan rasa Syukur atas kurniaan yang sgt berharga ini, aku perkenalkan ahli keluarga baru kami

Kedua-duanya adalah perempuan, jgn ada yg tersalah faham nampak mcm twin sepasang pula. Blanket je kebetulan warna pink ngan biru..(menggunakan apa yg ada kekdahnya)

 Kanan - 1st Twin (Nurul Syuhada Binti Mohamad Razali)
Kiri - 2ndTwin (Nurul Syahida Binti Mohamad Razali)



 Selepas blanket dibuka...

Ada yang nak cakap twin mcm baby boy x???? huhuhu..bukan apa, dah ada pun yg cakap twin ni mcm boy..Apapun gambar kat atas nun sgt2 berharga buat twin, sbbnya saat itulah pertama kali twin berada bersama, baring bersebelahan. Masa ni juga aku baru amik 2nd twin dari hospital. Saat ni mmg tak dapat aku nak gambarkan. Pertama kali aku dapat menatap dan memegang twin serentak.

Untuk pengetahuan uolls juga, 1st twin 17 hari berkampung di Hospital, 2nd twin pula selama 21 hari. Aku berjaya membawa pulang mereka berdua apabila berat 1st twin 1.8kg manakala 2nd twin 1.7kg. Bercinta nak tunggu berat diorang ni tau. 1st twin lahir 1.77, tapi amik masa untuk cecah 1.8kg disebabkan berat yang menurun (pengecutan). Aku pula lepas bersalin kena admit wad 5 hari, kemudian menjalani orentasi untuk baby prem selama seminggu. Bukan masuk sekolah ngan keje jek ada orentasi tau, nak jaga baby prem pun kena juga, tambahan pula twin tersangatlah kecik.

Okeylah sampai sini jek, penat aku updet pepagi buta nih..Nanti2 aku update lagi, sebelum ni tak cukup tido sbb twin meragam, arini xcukup tdo sbb update blog plk..hehehe..Sebelum tu meh nak tempek gambar aku selepas sehari bersalin...ngeh...ngeh



ENTRY AKAN DATANG AKU TEMPEK GAMBAR TWIN DALAM INCUBATOR PULA K

Monday, March 26, 2012

ALHAMDULiLLAH.............


Entry pertama bagi tahun 2012...:-)

Alhamdulillah...aku telahpun selamat melahirkan twin girl di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah pada 23 Januari 2012...

1st Twin - 
Nurul Syuhada Binti Mohamad Razali - 1.77 kg - 5.29 ptg

2nd Twin - 
Nurul Syahida Binti Mohamad Razali - 1.51 kg - 5.30 ptg 

Syukur kepada Allah SWT, mengizinkan diri ini melahirkan twin secara normal ketika usia kandungan 33w5d.

p/s : Sangat kekok mengupdate blog...huhuhu...lama sgt ber'pantang' gamaknya...hehehe


♥ Jom Tambah Pendapatan Bersama HeartBeat - Just Klik² ♥

Sebelum tu korang klik banner kat bawah ni k...



Tutorial penuh untuk mendaftar HeartBeat korang klik kat bawah ni ok
http://syilasyira.blogspot.com/2011/02/tutorial-heart-beat-jom-tambah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...