MENU BAR

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

♥ FOLLOW ME ♥

Thursday, June 30, 2011

RESiPi APAM POLKA DOT


Harini nak share resipi apam polka dot. Ada beberapa orang tanya berkenaan resipi ini. Senang jek nak buat. Resipi pun ringkas. Dah buat, korang bg la link entry korang...nanti aku skodeng..hihi


Untuk entry berkaitan leh klik SINI

Bahan-bahan
  • 3 biji telur
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - Syila letak 180 gm je
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  •  Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  •  Pewarna
  • Sedikit Esen Vanilla - Untuk mengurangkan bau telur
Cara-cara
  1.  Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
Kredit to : Hana Jepun
SELAMAT MENCUBA

♥♥ Jom sama² klik²..u klik me, i klik u ♥♥

Wednesday, June 29, 2011

DAH PANDAI REKA CERiTA


Semalam masa amik Syira kat rumah pengasuh tetiba pengasuh aku bertanyakan sesuatu yg memang tidak kujangkakan.
Ni semua gara² anakku Syira.
Sekarang ni semakin petah berkata². Suka bercerita dan kadang² suka mereka cerita...Tang reka tu yang aku risau sikit.

Alkisah pengasuh aku bagitau anakku ada cakap 
"Mama muntah semalam"
Dengan penuh semangat je aku tengok muka pengasuh aku tanya...
"Yeker syila???, ada apa² ker??"
Aku..???? mmg terkejut sgt² tau. Chait..pandai betul mek tecik ni reka cerita. Pengasuh aku pun cakap 
"Okla..nak dapat adik"

Mmg kelakar sgt². Syira macam biasa..mmg muka xbersalah langsung.

Balik rumah aku cete kat hubby..hubby tanya kat syira.
Selamba lagi dier cakap
"Ha'a mama muntah semalam.."

Huah...bila masa pulak aku muntah. Budak ni kan..
Bikin kontroversi toi. 

Nilah budak yg suka bikin aku pening...


Skang ni setiap perbuatan, percakapan kena hati². Dah mcm tagline Kiah propa..
"Hati²..ada yang memeqati"
Anak uolls pernah tak cete bukan² kat orang...???
♥♥ Jom sama² klik²..u klik me, i klik u ♥♥

Tuesday, June 28, 2011

KENNY ROGERS


1st time aku, hubby ngan syira makan kat kenny rogers. Sebelum ni aku makan ngan kawan² opis jek. Tapi leh dikirala bape kali jek ngadap kenny rogers tu..gila kopak klo nak g kerap². Sbbnya harganya leh tahan kan. Kuang²

 - Berbaju pesen sikit -

 - Tersengih² sbb nak tunjuk kat auntie² lipstiknya -

 - Sama plk baju hubby ngan sofa tu...kihkihkih...-

 - Dak ni tangan tak reti dok diam -

 - Muffin ngan tangan sama gebu -

 - Nyum² -

 - Hubby ngan syira je makan..aku tak minat..-

 - Terserlah keruncingan dagumu syira oit -

 - Mama punya -

 - Hubby punya -

 - Syira suka makan makaroni jek -

 - Masuk Jusco...padahal xbeli apa pun...kihkihkih -

Apapun hubby cakap dier lagi suka makan johnny's...dan aku amat setuju ngan ayat tu. Hihi..aku klo g jusco mmg xtahan toi bau sup johnny tu..semerbak tu.

Lagi  satu kan..3 benda yg dok tepi² ayam kenny rogers tu mmg caca merba...dalam pinggan aku ada hubby punya..tertukar. Padahal ia² aku order. Nasib boleh main rasa². hehehe

Kalau beli oven pastiku cuba buat ayam ala kenny rogers ni...hahaha...ops...tetiba plk cete sal oven..

♥♥ Jom sama² klik²..u klik me, i klik u ♥♥

OVEN OH OVEN


Puasa dah tak lama lagi dah..lepas tu dah nak raya.
Yang sedihnya aku masih belum memiliki oven.
Dah 2 Tahun oven yang aku beli rosak. 

gambar ikhsan : dilabangi fotopages at google

Google punya google jumpalah oven sebiji macam aku punya dulu. Ni oven pertama aku beli ngan gaji pertama aku masa keje kat syarikat Zhulian. Jangka hayat 5 tahun rasanya. Memang berbaloi sbb banyak menabur jasa.
Dan disebabkan xda oven jugalah raya lepas² aku hanya buat coklat cornflakes. Sbbnya biskut tu xmemerlukan pembakaran..just masuk dalam peti sejuk jek.

Tahun ni rasa nak buat biskut sgt² membuak². huhuhhu. Kalau dapat dalam masa terdekat nak bakar ayam ala² kenny roger..hukhukhuk...impian xbleh blah..hahahha

So, ini wishlish yang akan berada di tangga teratas....kena usaha untuk mendapatkannya supaya raya tahun ni ada biskut buatan sendiri masuk dalam balang kuih rayaku...hihihihi

Kerajaan tak bagi bonus ker....???hahahha

♥♥ Jom sama² klik²..u klik me, i klik u ♥♥

RiADAH PETANG


Lambatnya bersiaran hari ni. BW sungguh² tadi. Ada yang kutinggalkan jejak...banyak juga yg hanya kunjungan secara senyap..ekekekek

Nak tempek gambar kami sekeluarga beriadah di Taman Jepun - Taman DR, Ipoh


Mulakan ngan gambar anak dara ni. 1st beskal pink ni dibawa keluar...sebelum ni klo g tempat mainan hanya naik motor..Tapi disebabkan saja nak tukar angin..g tempat yg joh sikit. Naik kereta dan beskal inipun leh diangkut sekali

- Syira request nak pakai tudung macam mama -

- Mula datang mcm pelik sikit muka syira -

- Masih warm up -

- Dah start senyum² -

Sebenarnya Syira ni mcm pelik sbb dekat ngan pintu masuk Taman Jepun ada pasangan pengantin tgh photoshot. Tak lepas dia tgk pengantin tu..Nasib xdimintanya nak gambar cantik sama. kihkihkih

- Mama n Anak -

- Candid -

- Cantik pemandangannya -

- Tasik yg cantik....cuba cari mana syira n abahnya...Nun disana -

- Ala² model tudung -

- Ralik-

- Eh..eh...mama pula -

- Interframe sikit -



- Gambar ni Syira tlg amik..sibuk nak pegang kamera -

Apapun bagus juga anak mama..leh diharap..gambar pun center je..hihihi..



- Yang ni Syira sure dok tekan² zoom... -




- Budak ni kalau bawa beskal mmg laju...xda brek² punya -

- Eceh..konon² larat tu -

- Dah letih..ajak duduk -





- Jenuh woo amik gambar sendirik -


- Syira klo naik beskal...jenuh nak dikejar -

- Jom balik -



Masuk jek kete Syira leh bantai melalak sbb nak naik basikal lagi...aduhai..xkan nak bermalam kat taman jepun tu plk...Sian anak mama..nanti kita pergi lagi ye

Nyesal tak bawa tripod...huhuhuhu

♥♥ Jom sama² klik²..u klik me, i klik u ♥♥


♥ Jom Tambah Pendapatan Bersama HeartBeat - Just Klik² ♥

Sebelum tu korang klik banner kat bawah ni k...



Tutorial penuh untuk mendaftar HeartBeat korang klik kat bawah ni ok
http://syilasyira.blogspot.com/2011/02/tutorial-heart-beat-jom-tambah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...