MENU BAR

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

♥ FOLLOW ME ♥

Tuesday, November 30, 2010

Syilasyira 1st Giveaway


STICKY MODE




Buat julung kalinya, tercapai hajat utk buat GA
 Dialu-alukan semua rakan blogger sudi join k
Syarat2 Untuk Menyertai:

1. Anda merupakan seorang blogger dan mempunyai alamat di Malaysia.

2. Anda mesti tersenarai sebagai follower di blog http://syilasyira.blogspot.com/

3. Tepekkan banner GiveAway disidebar & buat satu entry bertajuk "Syilasyira 1st Giveaway" di blog anda 
( pastikan ianya di link back ke entry ini )

4. Giveaway bermula dari 1 Nov - 30 Nov 2010.

5. Bila dah siap, tinggalkan link penyertaan di entry ini sahaja

6. Hadiah akan diupdate kemudian, jumlah hadiah bergantung kepada jumlah penyertaan.

Hadiah Bagi Syilasyira 1st GiveAway


Mesti ada yg tertanya2, apakah hadiah yg bakal diterima oleh pemenang bertuah GA Syilasyira 1st Giveaway kan?

Pada mulanya aku cuma menjangkakan penyertaan mungkin xmelebihi 50 orang. Nama pun blog yg dok sekadar di pinggiran kan. Tapi alhamdulillah penyertaan dah mencecah hampir 150 org. Ada lagi yg xsempat terjah sbb penyertaan last minit. Insyaallah akan diterjah secepat yg boleh k.

Ok, seperti yg dijanjikan jumlah hadiah bergantung kepada jumlah penyertaan. Klo penyertaan dalam lingkungan 50 org, mmg dah bajet nak pilih 2 org pemenang, tapi disebabkan jumlah penyertaan mmg xdisangka2, so telah diputuskan seramai  6 org akan dipilih utk menerima hadiah yg xseberapa.

Hadiah yg akan diterima merupakan

- 1 botol Perfume yg comel lote  (3 org pemenang bertuah)
- 1 PVC Vase (3 orang pemenang bertuah)

Sapa yg bertuah???? TUNGGU....

p/s : Tersangat seksa nak buat entry mlm ni...Internet tersangat slow...arghhhh

Letak Banner Di Sidebar


Pertama kali nak buat tutorial. Kalau ada kekurangan minta maaf k. Niatku hanya nak berkongsi ngan mereka-mereka yg masih belum tau. Mcm aku dulu pun xtau semua ni.

Bagi yg selalu join GA atau Contest abaikan jek k..korang dah cukup otai kan???hihihi. Ni bg mereka2 yg baru jek nak berjinak2 ngan dunia GA ngan Contest2. Mmg dah jadi kemestian penganjur akan letak antara syarat penyertaannya "letakkan banner GA/Contest di bahagian sidebar blog anda". So, bagi mereka yg masih xtau caranya aku tutorial di sini k..

1. Pergi ke bahagian DASHBOARD dan klik DESIGN. Akan kuar skrin mcm kat bawah ni k




  2. Klik kat ADD A GADGET

3. Bila skrin di atas keluar, cari PICTURE dan klik ikon +




4. Isikan ruang2 kosong yg ada di skrin kat atas. Masukkan link yg dikehendaki dan gambar yg diperlukan.


5. Contoh nak amik link seperti kat atas tu k. Copy dan paste jek kat kotak link di step ke 4 k.


6. Dah isikan semua maklumat seperti contoh di atas, klik SAVE



7. Bila dah SAVE akan kuar seperti Title/tajuk yg korang isikan di step 4. Kotak tajuk yg telah diSAVE seperti contoh syilasyira 1st Giveaway tu korang leh tarik dah letak di tempat yg korang nak supaya lebih cantik.


Itu jek yang dapat dikongsi, klo rasa mcm ada yg terkurang sory k. Tapi kalau ada yg still xfaham dgn cara penerangan di atas bleh hubungi syila k...insyaallah akan dibantu walaupun syila pun masih belajar lagi...


ADIOS.....

p/s : Buat Noriz yg ada bertanya tentang cara letak banner di sidebar tu, Syila arap tutorial ini dapat membantu k...
 

Tarikh Last Syilasyira 1st Giveaway


Arini dah sampai ke tarikh 30 NOVEMBER 2010. Hari berakhirnya penyertaan Syilasyira 1st Giveaway. Bagi yg belum lagi menyertainya penyertaan masih akan diterima sehingga jam 12.00 malam. Tepat jam 12.01, penyertaan akan ditutup.

Alhamdulillah penyertaan amat menggalakkan walaupun pada mulanya xbape yakin ramai nak join sbb blog ni pun kategori baru lagi.

Bagi yg syila belum terjah tu, harap bersabar k, kat umah semalam internet problem...xbleh buka langsung...insyaallah rini syila cuba terjah juga k...hadiah juga syila akan upload arini (klo xda apa halangan). Agak2 baper org yg akan bertuah???hadiah xda la best sgt k...tapi yg bertuah knerla sudi2kan terima..hihi

p/s : Penghujung thn yg sibuk...almaklum dah sampai penutupan akaun kan....

Monday, November 29, 2010

Pengalaman Pertama Drive Ngan Syira (Ipoh-Kedah) - Part 4


Sampai ke Part 4 plk...
Ini entry terakhir pengalaman aku. Mesti korang boring baca kan

Sapa2 yg belum baca korang leh baca entry yg aku buat sebelum ni.

Kang ada yg cakap, tteber plk aku buat entry ni kan. So, nak tau lebih lanjut klik link kat atas tu k. Sebenarnya entry part 4 ni lebih kepada aku nak rumuskan (ewah...mcm nak jwb peksa plk) apa yg aku asa, dan ingatan buat diri sendiri di samping aku nak kongsi ngan korang2.

Perkara yg lebih kepada pengajaran buatku atas kejadian yg berlaku :-
  1. Belajar selok belok penyelenggaraan kenderaan (apa yg perlu diselenggara)
  2. Belajar benda2 asas klo nak bawa kereta. cth : angin tayar, meter minyak
  3. Pastikan bateri telefon sentiasa ada
  4. Simpan semua nombor2 yg penting termasuk No PLUS : 1800-88-0000 (sgt2 penting)
  5. Yg pakai topup pastikan kredit ada, yg pakai line pastikan line aktif
  6. Jgn mudah Gabra
  7. Amik tau keadaan sekeliling perjalanan (huhu..klo x, sure aku leh agak jarak aku ngan hentian rehat hanya 2km jek)
  8. Rancang perjalanan (dah tau nak bw kete sorg2 jgn mulakan perjalanan yg akan menempuh mlm)
  9. Nak drive ngan Syira pastikan stok makanan mcm kedai mini. Mcm2 ada..^_^
  10.  Sebelum memulakan perjalanan joh, pasang radio utk mengatahui info trafik terkini.
  11. Terjebak dlm perkara2 yg xdiingini jgn pk yg bkn2...think positif..(",) 
  12. Klo ada rasa yg xkene dgn kenderaan, buka lampu Emergency sepanjang jln.
  13. Jika terpaksa berhenti kereta tepi jalan di waktu mlm, JGN buka lampu dalam kereta. (Org luar akan tau kita seorang perempuan dan siapa bersama kita)
Antara perkara yg aku sempat pk skang ni...ianya hanya pandangan peribadi aku dan melalui apa yg telah aku alami. Apapun aku harap kejadian seumpama itu xkan berlaku lagi...Insyaallah...

p/s : Sesungguhnya umurku dan Syira masih panjang...Syukur Alhamdulillah

Sunday, November 28, 2010

Pengalaman Pertama Drive Ngan Syira (Ipoh-Kedah) - Part 3


Sambungan entry INI......

Utk pengetahuan korang dekat 2 jam tau aku tunggu hubby aku datang. Kebetulan time dier gerak tu, jalan dr Tol Jelapang masih jem lagi...aku yg xlepas2 tpon merata2 asa mcm dah seharian dok ctu. Ada juga aku jenguk kat luar tingkap (nak kuar aku xda keberanian k) tgk tayar mana yg pancit, tapi aku xnampak mcm ada tayar yg kempis pun. Abah ngan adik aku pun pening gak, sbbnya diorg nak tau gak tayar blah mana kan. Time aku bawa aku hanya asa tayar mcm bersegi2 jek...bila aku cakap cemtu, lagi poning kpala demer. (",)

Masa tu gak air mata aku dah bergenang2, kakak aku pun mmg asik2 call..kelam kabut dier cari no tpon PLUS. huh..aku plk time tula bateri fon kureng...hish...mcm2 toi..elok dekat 30 minit dok situ, ttber line plk xdak. Gigil bdn aku, yelah ttber jd cemtu, tadi elok jek.

Dekat 10 minit gak line xda..bila ada line, pihak PLUS call aku. Teme kasih buat pihak PLUS yg sanggup tpon aku melalui no yg akak aku bg. Siap aku suh diorg datang cepat, sbb aku ngan anak kecik. Demer janji paling cepat 30 mint. Tapi korang nak tau sejam lebih baru diorg datang. Hubby aku yg sampai dulu.

Apapun aku xsalahkan pihak PLUS sbbnya aku fhm jalan nak ke tempat aku tu jem truk atas sbb kejadian tanah runtuh. Diorg pun dah minta maaf sbb kebetulan diorg terpaksa tunda kete len yg rosak. Aku xkan lupakan tempat kejadian di mana aku benti kete...kat tepi jalan tu tertulis 229.7. No tu aku bg PLUS supaya senang diorg nak tau kedudukan aku. Tempat tu aku still ingat lagi, klo balik kampung mesti aku usha dulu tempat tu...

Korang tau apa yg aku sgt2 terkilan????? lepas je hubby ngan PLUS datang baru aku tau, kedudukan aku ngan R&R Bukit Gantang hanya 2km jek..sal aku xtau, klo aku tau, sure aku gagah gak bawa kete slow. Xda la aku takut sgt. Dok R&R lagi selamat dari dok tepi jalan mcm tu. Hishhhh...tapi benda dah nak jadi kan???

Dalam hujan dok lebat2 tu, aku tukar kete ngan hubby, dier cek tayar xda yg bermasalahpun. So, aku bawa Gen2 dier bawa kancil. Nek gigil tangan aku bawa Gen2. utk pengetahuan korang, aku mmg xpernah ye bawa Gen2 sorg2 sebelum ni. Dulu pernah try bwa, tapi sekerat jln sbb asa mcm xmampu jek.

Alhamdulillah selamat aku bawa kete sampai ke Bukit Gantang...Pihak PLUS yg belakang kami ikut jugala, kat ctu juga baru hubby aku bgtau bkn tayar yg bermasalah tp Drive Shaft yg mungkin longgar atau bengkok. Apa tu Drive Shaft??? aku baru tau jek...upanya Drive Shaft tu satu batang besi yg memegang tayar. Sampai situ, bleh plk org PLUS tu tanya aku knapa xjalan je sampai bukit Gantang...cam nak lekuk je kpala dier tau. Klo aku tau dekat, dah tentu aku jalan...hishhhh..sapa yg bodo nak tunggu tepi jalan yg dah tentu kebarangkalian meragut nyawa tinggi kan???apa da..geram aku.

Last2 dah xleh nak buat apa, kami decide utk tukar kete. Asalnya aku nak ikut hubby balik Ipoh, tapi dier beria xbg, suh aku balik jek kampung, ye r cuti dah lama. Sok plk dah nak raya, mcm2 plk tu aku dah beli barang nak wak lik kampung...emmmm. Akhirnya aku akur juga, aku drive Gen2 balik kampung n hubby bawa balik kancil balik Ipoh semula.

Aku sampai kampung jam 12.30 Tengah Malam dan terkejut aku hubby sampai Ipoh pun lebih kurang jam 12.35 Tengah Malam. Hubby terpaksa bawa kete slow, tupun kner ikut jln bawah, tkut ttber kete nak buat hal lagi. Pagi raya tu, aku tido jek, penat giler tau...huhuhu...tahun pertama aku beraya tanpa suami..sob...sob.

Utk pengetahuan korang kete kancil aku baru je servis dan tukar mcm2 yg melibatkan kos hampir RM 1,500 termasuk juga bateri, tapi xsangka Drive Shaft plk bermasalah.

Nak tgk Drive Shaft tu apa????


- Gambar kurang jelas sbb amik malam dan guna hp jek -

 - Rupa drive shaft, aku tukar terus kiri ngan kanan -

Emmm...tulah pengalaman yg xkan aku lupakan sampai bila2. byk pengajaran yg aku dapat dr kejadian tu...nanti aku kongsi ngan korang di entry akan datang k...

p/s : Korang da pengalaman cam aku x???

“GIVE AWAY BULANAN”

Join GA di bawah :-




Nak join? klik SINI

Syarat-syaratnya....

1) copy gambar di atas dan pastekan di page u all beserta isi pertandingan ini..
2) kena la jadi follower ...tapi pastikan letak jejak (link ) di komen GA ini yer...
3) letak bul bul craft dalam list u all yer...
4)Letakkan sekali tentang blog u all semasa meninggalkan jejak untuk kita promotekan sekali...
5)terbuka kepada semua.........=)

hadiah2nya...........comel sgt


1)key chain flower (1pcs)
2)fabric button ( 30 pcs)
3)h/p strip english cotton (1 pcs )
4)brooch english cotton ( 2 pcs )
5) Tiny Button (assorted shapes) (50 pcs)

1'st GA CIKGU CT JUNIOR


Syila cuba nasib GA dari blog wafiyahousecollection

Hadiahnya menarik tau...jom join ramai2...


HADIAH UTAMA

SPECIAL GIVEAWAY

Ucapan buat Cikgu Ct:-
Salam perkenalan dari Syila. Semoga persahabatan yang terjalin walaupun bermula di alam maya dapat mengeratkan silaturrahim antara kita....AMIN

GA - Salam Ukhuwah Corat Coret Keyphochee


Syila join GA di bawah


 
Nak join? klik SINI
Syila follower ke 89

GiVe Away...Sapa Nak Baju Nie???

Jom join GA di bawah


Nak join..klik SINI

SEMAKAN....!!!! Senarai Peserta Syilasyira 1st Giveaway


Minta perhatian pada semua peserta Syilasyira 1st Giveaway....sila semak nama dan link penyertaan anda. Tarikh ttp dah hampir, so, sila inform jika nama anda tercicir secepat yg mungkin k...

Nama dan link yg di highligh putih masih belum melengkapi syarat2 yg diberikan. Sila lengkapkan k..then jgn lupa inform semula agar syila dapat terjah...Klo bleh Syila xnak gugurkan penyertaan anda. Penat buat entry kan...tapi dah tentu xadil pada mereka yg buat entry lengkap kan??? PLEASE k....Tarikh ttp 30 hb November.



1. Imaan09

2. ♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥

3. Rizziela

4. MRS. K

5. Huda

6. transformed housewife

7. Nad @ MamaZakwan

8. ^linas^

9. muslimah sejati 

10. bun_nee *BELUM FOLLOW*

11. norihan

12. Cute MuM

13. imanmom

14. Nur Qistina

15. zaikulim

16. Enna Banana

17. syaqira

18. atie @ ejay

19. nad


21. cha

22. LyNn'Azlina

23. Nana

24. ~cik Non~

25. atiQ iStar

26. CT @ MUMMYAWISH

27. Puan nOLie

28. ~dYaHaHa~

29. inahasan

30. ytekecik

31. ibu_BatRiSya @wardah

32. kuntumz

33. Fara

34. safinaz

35. Qard91

36. sarah

37. zurazari

38. Pn. Zana
http://sasuzanazanudin.blogspot.com/2010/11/syilasyira-1st-giveaway.html

39. ♥CuteMummy ♥ 

40. mRs. JujUE

41. kakngah

42. Jieda

43. Kehelan

44. rosilah

45. izan cute

46. BIONIC WOMEN

47. segalanyer kuterima

48. azryNaiN

49. mrs_zura

50. Yatie

51. anin

52. KINA

53. Myra Jay

54. Fatin a.k.a. Aten

55. Keyna

56. SyUhAdA

57. ieyza

58. LyNn HaMzAh

59. Mama Balqis

60. nuraarin-life

61. Norazrani Maamin

62. nurezzat

63. ♥♥azatiesayang ♥♥

64. Ogy

65. Ibu Ayra

66. cikanna

67. Mimiey.. (^-^) 

68. tiefazatie

69. aanie

70. dak eina 

71. 'NuReeN'

72. ainzuryn 

73. Zalina

74. PUTERA2PUTERI 

75. S@hB@Nu-BaNuu

76. Miza Yusof

77. Sitisifir10

78. shera haifa

79. syira qahira

80. (One) SiTi*

81. EraWaTiE

82. saBriaH bInti SileH(Qiqie ♥)

83. ♥FieDa♥ *BELUM FOLLOW* (blog ni juga tteber xbleh buka)

84. Noriz *TIADA BANNER SIDEBAR*

85. : anna :

86. syakila

87. cik gha

88. SoFiaHB 

89. Honey 

90. BABY(MAMA AMANA&ARIEF)

91. leen

92. kakyong

93. ladymiaka86

94. Fateen

95. taufidris



97. nikadilafiziani

98. missrivebell mumun

99. res ipsa liquitor

100. inasepi

101. ♥♥Muslimah Vouge♥♥ 

102. sumimie

103. ayuselalu

104. Dina a.k.a Ibu Aqimi

105. Dila

106. Faryza

107. aEyInn

108. Mama Zharfan

109. simplemama

110. keyphochee

111. zuneta

112. misz h0neyz

113. MamaYatie

114. akiratoriza

115. Nadiah Sidek

116. Norhayati Rostam

117. hadina

118. Mama AminAzim

119. haszuraidah ishak

120. sall

121. shekechik [̲̅ə̲̅٨̲̅٥̲̅٦̲̅]

122. Cik Bulat

123. alia shahira

124. * iZzaRa *

125. nEa FleriDa / nIL

126. Sharifah Aida

127. wanilee

128. The Giveawaystuff

128. Sari

130. Notami

131. ika puk puk



133. kHaZiNaTuL_HuMaiRa'

134. miera momo chan

135. nur *BELUM FOLLOW*

p/s : Pening dan berpinar2 tgk penyertaan...thanks pada yg menyertai...xsangka capai ratusan peserta.
p/s : Hadiah??? insyaallah akan dibertahu sebelum tarikh ttp

Pengalaman Pertama Drive Ngan Syira (Ipoh-Kedah) - Part 2

Sambungan entry INI (lama tertangguh)

Ok, lepas je aku berjaya melalui terowong dalam keadaan jem truk, hujan pula trun dgn lebatnya. Cuaknya aku masa tu, jalan plk dah la asik kona-kona. Mmg slow giler r aku bwk, ye r dahla ujan, pastu 1st time bawa kat jln yg byk pusing2. alhamdulillah Syira pun diam jek, almaklum xda sapa nak rapat2 ngan kete mamanya...hahaha

Then, lepas je baper minit jln ttber aku rasa mcm ada sesuatu yg xkener ngan tayar kete...tuhan je yg tau perasaan aku time tu. Takut yg teramat sgt, nak pegang stereng pun macam xterdaya dah. Dalam ati sempat lagi pk minta2 perasaan aku jek, sbb ujan masa tu lebat sgt hahaha, ada plk pk mcm tu..kihkih.

Aku teruskan gak perjalanan miskipun asa xsedap ati tu membuak2. Tp bila nak nek je kwsn berbukit tu kete aku mcm xleh nak jalan dah, semacam plk beratnya, tayar plk dah aku rasa mcm bersegi2 dah, xbulat mcm biasa. Arghhhhh, sure tayar pancit r ni. Nak nangis wooo masa tu. tapi adakah pancit atau tayar pecah?? sgt terasa ngeknya aku masa tu. Rasa nak lempang diri sendiri...PANGGGGG

Aku ni mmg reti bawa kete ngan buh minyak jek, trus terang aku cakap nak buh angin tayar kete pun aku xpernah tau. (Dah xblajar mana nak reti kan) Tp kan..buang angin dlm kete aku pandai...hahahaha

Mesti ada yg tertanya2 xkan aku xasa apa2 sebelum tayar jdi cemgitu kan??tapi entahlah, mmg xda asa apa2 la, tah pe hapa aku kan..PANG sekali lgi. Bayangkan masa tu dahla hujan trun dgn lebatnya, suasana plk dah gelap sgt2, klo siang kurang ckit takut aku. Kerap kali aku tgk Syira cakap "adik jgn takut tau"..tercengang2 mek tu...padahal aku yg takut, saja nak sedapkan ati.

Agak2 dah mcm berat yg terlampau tu terpaksa gak aku bentikan kete tepi jalan highway. Lampu emergency mmg aku dah buka awal2 lagi. Korang bayangkanlah bila aku ngan keteku dok tepi jalan..giler takut sgt2 masa tu. Nama pun dah bawa kancil, sekali lori, bas ngan kenderaan besar2 lalu, asa mcm nak terbang kete aku.

Dok tepi jalan bersama ngan kete walaupun lampu emergency dibuka buat aku pk MATI jek, rapat aku peluk Syira. Takut yg xpernah aku rasakan sebelum ni. Dalam ati dok doa agar Allah lindungi aku dan anakku. Takut aku bila tiba2 tringat treler rempuh kete yg diletakkan kat tepi jalan highway. Nauzubillah..klo lampu kete ada sekeliling kete, mmg aku akan pasang semuanya, risau juga klo mat2 moto yg bw laju2, terrempuh kete aku. Dalam keadaan masa tu, aku plk pk yg bkn2, lagi sakan la perasaan takut tu, tpon mmg xlepas dr tangan aku. Hubby ngan semua adik bradik aku call.

Syira plk mmg ok jek sepanjang masa tu, cuma sesekali cakap " mama, jalan...bawa kete"..pastu dok ngap2..nasib byk makanan aku beli, Syira ni pemakan orgnya, klo nak suh senyap dan dok diam, beli jek makanan byk2...sepanjang masa tu pun aku xlepas dari pegang Syira. Kat kampung, Abah ngan adik aku dah ready nak kuar tgk aku, tapi disebabkan joh, aku minta diorg tunggu jek, so hubby jek yg datang. Terpaksa r hubby bergegas datang kat aku walaupun masa tu time keje. Xkan nak biar aku toyak sorg2 plk kan.

- Gambar aku google jek...bkn mata aku tau -

Penat juga aku menaip sampil terkenang kenangan yg xkan aku lupakan tu...aku stop dulu...sambung part ke 3 k..

p/s : Ada yg sudi tunggu part 3????

Saturday, November 27, 2010

Syira n Abah Tersenarai Lagi...


Salam all...

Klo entry lepas Syira tersenarai dalam Top 25 anjuran contest CuteMum, Kali ni alhamdulillah Syira n Abah tersenarai dalam Top 10 Papa & Baby Contest "Kategori Cute Girl" . CuteMum dah umumkan ari khamis aritu lagi...baru arini aku terperasan... HUHU..

Antara Top 10 :-


Klo nak tgk senarai penuh sila terjah DISINI

p/s : Kriteria pemenang dipilih berdasarkan gambar PALING KREATIF, MENARIK & LUCU serta menunjukkan kemesraan & keceriaan Papa bersama Baby.. Mudah2an da rezeki Syira n Abah...AMIN...^_^


Friday, November 26, 2010

Rezeki Menang GA Lagi


Syukur Alhamdulillah...rezeki datang lagi..Aku antara pemenang GA dari belogmj.

- Banner GA 1st Gaji Yang Happy -

- Syok pepagi ni bila tgk nama aku ada di ctu - 

Alhamdulillah...rezeki yg xdisangka2...terima kasih kepada mj atas pemilihan aku sebagai salah seorg pemenang...suka sgt2...detail pemenang leh jenguk DI SINI

p/s : Kemarin seharian aku xbuka blog sbb internet problem...TQ kepada owner blog sbb bgtau kemenangan aku ni...muah...

Tuesday, November 23, 2010

Top 25


Alhamdulillah Syira tersenarai dalam Top 25 Papa & Baby Contest "Kategori Cute Girl" anjuran Cute Mum. 1st time nih...mudah2an ada rezeki anak mama....


Nak tgk senarai penuh korang terjah tuan tanah k. Semua yang tersenarai sememangnya sgt2 best dan tentunya juri leh juling biji mata nak pilih kan... Pada aku semuanya comel dan lucu. Good Luck semua...

♥ Jom Tambah Pendapatan Bersama HeartBeat - Just Klik² ♥

Sebelum tu korang klik banner kat bawah ni k...



Tutorial penuh untuk mendaftar HeartBeat korang klik kat bawah ni ok
http://syilasyira.blogspot.com/2011/02/tutorial-heart-beat-jom-tambah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...