MENU BAR

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

♥ FOLLOW ME ♥

Monday, July 30, 2012

DAH ADA PEMENANG....:-)


Alhamdulillah akhirnya pemenang untuk TEKA TEKI telahpun memunculkan diri bersama dengan jawapan yang betul...

Siap aku print skrin lagi pemenangnya...hheehe...

Jom tgk

Yup..jawapannya TWIN STROLLER or STROLLER BERKEMBAR

Kepada akiratoriza sila like page LITTLE NS SHOPPE dulu ye...
then,
Sila emailkan nama, alamat dan no telefon ke email syila ye...
shira7536@yahoo.com...

Hadiah yg akiratoriza dapat 1x botol eco 500 ml mcm gambar kat bawah ni...(warna mengikut stok yg ada ye)


TAHNIAH DEAR


PEMENANG MASiH DiCARi


Assalamualaikum...

Macam tajuk kat atas tu...pemenang masih belum ditemui..so, fahamlah uolls yang dah bagi jawapan tu...jawapan uolls salah tu...oklah pada yg belum join klik link kat bawah untuk tgk apa teka tekinya...


Nak tau hadiahnya klik link kat bawah ni pula

(Hadiahnya dari jenama Tupperware tau...cepat join tau..nak bg free jek nih)

Disebabkan rasa mcm susah je uolls nak bg jawapan ye....aku bg klu ckit...

1. Barang dalam tu takda kena mengena ngan model yang ada ye...so, bukan utk kegunaan model tersebut..Dia tolong sibuk jek..hehehehe

2. Barang di dalam kotak itu adalah untuk kegunaan wiwinku...:-)...

Ok, kepada yang bertanya leh jawab bape kali, lupa pula nak mention awal²....uolls jawap 3x udahlah ye....komen jawapan kat entry teka-teki je akan dikira...CEPAT...CEPAT...

(jawapan start arini, yg jawab salah aku buka peluang jawab 3x arini..yg lepas kira batal k.....muah...muah...muah)

(KLO XDA JUGA YG JAWAB BETOI.............AKU CLOSE JE TEKA TEKI NI YE...)


Friday, July 27, 2012

SAPA NAK HADiAH FREEE


Buat peminat tupperware..saja suka² nak bg hadiah ni...Ada yang nak x...????

Senang sgt..syarat yg sgt mudah...

1. Mestilah follow blog aku ni...

2. Like my page kat FB

3. Buka link kat bawah ni then teka jek apa dalam gambar tu

Jawapan hanya perlu letak di bahagian komen entry teka teki itu sahaja k..Tak perlu susah² korang nak buat entry,......tp klo nak buat juga akan dipertimbangkan extra gift kepada yg bertuah...:-)

Hadiah yg aku nak bg..meh tgk

1x botol tuppy kat atas...500 ml

So, hanya ada 1 jek pemenang k...cepat...cepat....
klo ada yg jawab betul, terus jek aku close teka teki tu...
Kalau agak lama tapi xda yg jawab tepat..kita postpone hadiah leh...???:-)

Yana, boleh bg jawapan lain ok...sbb dah terpublish jawapan u. Jawapan tu salah k ..:-)



TEKA TEKi


ENTRY SUKA SUKI...
(Akan ditempek sehingga pemenang ditemui..:-)..cerita baru scroll kat bawah k)

Tetiba pula nak buat teka teki yang simple mimple..
Meh sapa nak join sila tinggalkan jawapan anda di ruang komen blog ini k..

Soalan :
Cuba teka apa benda yang berada di dalam kotak di bawah. Tingginya dah sama ngan model kotak ni...hahahaha


Jawapan yang tepat dan pantas akan menerima hadiah dari aku..


KLU RASANYA MCM XPERLU KOT, SBB KORANG SEMUA PANDAI KAN...heheheh

Wednesday, July 25, 2012

AKHiRNYA....PAGEKU DiLANCARKAN


Assalamualaikum..........

Semakin ramai geng blooger yang berbisnes kan...Ok..daku tak nak ketinggalan...So, harini nak bgtau secara rasminya daku telahpun melancarkan page baruku....baru nak memulakan bisnes kecil²lah..sebelum ni buat kat rumah mak je..so, skang ni beralih ke internet pula..Insyaallah klo ada rezeki buat kat blog pula...Meh like² ye...



Kedai onlineku menjual segala barangan untuk semua golongan dan lapisan usia (eceh). Insyaallah dari masa ke semasa akan ada pertambahan barangan.

Aku memang suka berniaga..di samping tambah pendapatan ianya adalah disebabkan aku yg juga salah seorang pembeli online tegar..hehehe...pantang nampak barang best. Terutama sekali barang Tupperware...huhuhu...

Kepada yg belum like..g like k, yang dah like, terima kasih bebanyak k...cayang korang

ALHAMDULILLAH TERCAPAI JUGA NAK BISNES ONLINE

Wednesday, July 11, 2012

HiJAUCANTiK 3rd GiVEAWAY


Nak support member suka duka di alam maya..hehehehe
meh reramai join..HiJAUCANTIK 3rd GIVEAWAY


Syaratnya mudah just cari muka korang n print screen..cam aku buat kat bawah ni..hehehhe


ID : ♥syilasyira♥
Name Blog : With All My Heart

Buat cha sempena ulangtahun perkahwinan :
Hepy Anniversary Cha n Abi...Semoga ikatan perkahwinan korang kekal ke akhir hayat...semoga bertambah² lagi zuriat...bertambah² lagi rezeki...AMIN..

Nota Buat Cha : Lama dah pencen dari join GA ni..cer tengok ada ke yang xlengkap..hehehehe

Tuesday, July 10, 2012

STOK EBM KESAYANGANKU


Kutahu lebih ramai lagi ibu di luar yang punya stok berlambak²...kutahu stokku hanyalah seciput sahaja..tetapi aku tetap BERSYUKUR dengan rezeki yang Allah berikan...

- Update stok selepas cuti berpantang -

- Zoom -

Alhamdulillah di atas rezekinya, walaupun tidak sebanyak rakan² di luar sana, tapi aku sangat² bersyukur..semoga Allah permudahkan perjalanan breastfeeding untuk Nurul Syuhada n Nurul Syahida. 

Semoga aku kuat untuk menyusukan wiwin...Amin

BILA GAMAKNYA NAK PENUH SATU PETI YE...???

1st TiME EBM KENA TRAVEL


Pertama kali travelkan stok EBM dari Yan, Kedah ke Ipoh, Perak. Stok yang seciput ni bagi aku nilainya umpama emas berlian. Salah cara mentravel..melalak meraunglah aku. Tapi syukur, atas bacaan dan info yang aku dapat dari online dan bacaan dari majalah PAMA banyak membantu aku.

Penuh yakin aku memasukkan semuanya ke dalam cooler box. Dengan bantuan en hubby, mak dan mandur dari En Abah..semuanya berjalan dengan lancar...

Seram sejuk juga sbb 1st time katakan. Tambah pula masa ni kami bergerak waktu tengahari. Panas terik tu. Walaupun perjalanan just memakan masa 2 jam 30 minit hingga ke 3 jam, ianya mmg membimbangkan.

Meh aku kongsi cara yang aku buat bila nak memindahkan stok susu selepas abis berpantang.

- Susun secara berselang-seli dengan ketulan ais -

- Taburkan garam ketika proses diselang selikan itu -

- Ops..ternampak pula kaki² di situ..abaikan jek k..hahahha -

- Tutupkan bahagian atas dengan sehelai tuala supaya hawa sejuk tidak mudah keluar -

Kalau mereka yang menggunakan tong ikan yang putih tu, aku sarankan supaya diplasterkan bahagian antara penutup dengan badan tong dengan plaster sellotape {betui ke ejaan aku ye,...?}. (tapi jgn pula plaster ngan simen, jenuh nanti..wakakakka)

Klo pakai plas yang telah digunakan mcm selalu orang buh kuah, ke nasi ke masa jamuan tu aku sangat tak galakkan, sbbnya plus nasi tu penggunaannya untuk panas, so sebaiknya jgn dicampur panas n sejuk, sebaiknya penggunaan plas klo panas, sampai bila² guna untuk panas je, begitulah sebaliknya. Klo beli baru oklah leh je guna, tp pastikan guna untuk sejuk, gunakan plas tu untuk sejuk sampai bila². Faham ke aku membebel ni?????

Dah siap, selamatlah mentravelkan stok² ini. Elakkan dari meletak cooler box ke bahagian bonet kereta, sebaiknya letak di ruang dalam kereta kerana dah tentu naik highway pakai econ kan, so, ianya sedikit sebanyak membantu menyejukkan cooler box itu.

- Stok emas berlianku yang selamat tiba di IPOH..Alhamdulillah semuanya elok² belaka -

- Tengok, ketul² aisnya pun mmg elok je lagi bila dibuka, siap melekat² lagi -

- Syukur, kesemuanya elok dan aku menyusun ke dalam peti dengan hati berbunga riang..heheheh -

Next entry aku update stok aku yang seciput tu k...:-)

SEMOGA REZEKI UNTUK SI KEMBAR SENTIASA ADA..AMIN

Monday, July 2, 2012

KETAKUTAN BUAT AKU KERUGiAN


Nak cete sal breastfeeding pula...Alhamdulillah sekarang Syuhada dan Syahida dah berusia 5 Bulan 8 hari. Dan alhamdulillah masih menyusu secara exclusive. Syukur atas rezeki yang Allah berikan. Syukur juga Allah berikan jalan yang mudah untuk aku merealisasikan penyusuaan susu ibu sepenuhnya kepada si kembar.

Nak cerita satu kisah dimana tajuk dan menceritakan serba sedikit. Ceritanya bila pada mulanya masa mengandung dan aku dah berangan² nak menyusukan baby yang bakal lahir dengan susu ibu secara berterusan. So, mulalah mencari alatan yang bersesuaian. Rata² kat opis ni ada 3 member yang memang anak diorg bf sepenuhnya. 2 orang menggunakan pam manual, manakala seorang marmet (mmg aku tabik spring kak mohaina...terbaik, langsung tak menggunakan pam segala bagai..)

Bila kulihat rupa mak² yang steady mengepam menggunakan manual, aku plk rasa gerun.."boleh ke aku nak mengepam mcm tu...leguh wooo"..kaji punya kaji aku buat keputusan beli spectra3. Sbb ramai yang pakai n semuanya kata mesra alam gitu (ops..mesra ibu)..dan alhamdulillah aku xda masalah menggunakan pam tersebut sehingga ke hari ini.


Tapi ada masalah yang buat aku rasa rugi sampai sekarang. Huwaaaa...korang bayangkan sejak dari bersalinkan twin sampai abis pantang aku just menggunakan single pumping walaupun pam aku aku beli adalah DOUBLE pumping....ngek toi..apa yang aku rasa, dulu aku sangat TAKUT nak pakai double pumping..


Tah mcm mana satu hari aku cuba double pumping..dan hasilnya :-



Rugi sgt dulu aku membuang masa...padahal klo dulu lagi aku buat double pumping mesti stok aku lebih banyak..n banyak...n banyak...

Itu cerita dulu tau, sekarang ni mmg aku sepenuhnya DOUBLE pumping, single pumping klo sebelah lagi wiwin menyusu,....(tapi tetap double pumping lagi kan..)

YA ALLAH YA TUHANKU, KAU PERMURAHKANLAH REZEKI ANAK² KU..AMIN

♥ Jom Tambah Pendapatan Bersama HeartBeat - Just Klik² ♥

Sebelum tu korang klik banner kat bawah ni k...



Tutorial penuh untuk mendaftar HeartBeat korang klik kat bawah ni ok
http://syilasyira.blogspot.com/2011/02/tutorial-heart-beat-jom-tambah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...