MENU BAR

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

♥ FOLLOW ME ♥

Tuesday, July 10, 2012

1st TiME EBM KENA TRAVEL


Pertama kali travelkan stok EBM dari Yan, Kedah ke Ipoh, Perak. Stok yang seciput ni bagi aku nilainya umpama emas berlian. Salah cara mentravel..melalak meraunglah aku. Tapi syukur, atas bacaan dan info yang aku dapat dari online dan bacaan dari majalah PAMA banyak membantu aku.

Penuh yakin aku memasukkan semuanya ke dalam cooler box. Dengan bantuan en hubby, mak dan mandur dari En Abah..semuanya berjalan dengan lancar...

Seram sejuk juga sbb 1st time katakan. Tambah pula masa ni kami bergerak waktu tengahari. Panas terik tu. Walaupun perjalanan just memakan masa 2 jam 30 minit hingga ke 3 jam, ianya mmg membimbangkan.

Meh aku kongsi cara yang aku buat bila nak memindahkan stok susu selepas abis berpantang.

- Susun secara berselang-seli dengan ketulan ais -

- Taburkan garam ketika proses diselang selikan itu -

- Ops..ternampak pula kaki² di situ..abaikan jek k..hahahha -

- Tutupkan bahagian atas dengan sehelai tuala supaya hawa sejuk tidak mudah keluar -

Kalau mereka yang menggunakan tong ikan yang putih tu, aku sarankan supaya diplasterkan bahagian antara penutup dengan badan tong dengan plaster sellotape {betui ke ejaan aku ye,...?}. (tapi jgn pula plaster ngan simen, jenuh nanti..wakakakka)

Klo pakai plas yang telah digunakan mcm selalu orang buh kuah, ke nasi ke masa jamuan tu aku sangat tak galakkan, sbbnya plus nasi tu penggunaannya untuk panas, so sebaiknya jgn dicampur panas n sejuk, sebaiknya penggunaan plas klo panas, sampai bila² guna untuk panas je, begitulah sebaliknya. Klo beli baru oklah leh je guna, tp pastikan guna untuk sejuk, gunakan plas tu untuk sejuk sampai bila². Faham ke aku membebel ni?????

Dah siap, selamatlah mentravelkan stok² ini. Elakkan dari meletak cooler box ke bahagian bonet kereta, sebaiknya letak di ruang dalam kereta kerana dah tentu naik highway pakai econ kan, so, ianya sedikit sebanyak membantu menyejukkan cooler box itu.

- Stok emas berlianku yang selamat tiba di IPOH..Alhamdulillah semuanya elok² belaka -

- Tengok, ketul² aisnya pun mmg elok je lagi bila dibuka, siap melekat² lagi -

- Syukur, kesemuanya elok dan aku menyusun ke dalam peti dengan hati berbunga riang..heheheh -

Next entry aku update stok aku yang seciput tu k...:-)

SEMOGA REZEKI UNTUK SI KEMBAR SENTIASA ADA..AMIN

3 Kawan Yg Sudi Tinggal Jejak:

Eliss Mie said...

kalau saya dari trg, 5-6 jam, agak2 kena tambah ais tak erk..uishh..mencabar jugak yer.

♥SyilaSyira♥ said...

Eliss Mie :
pastikan ais tu byk..insyaallah boleh...n jgn lupa ye tabur garam untuk melambatkan proses pencairan ais k...

hah said...

assalamualaikum. size cooler box ni brapa yer. Muat untuk brapa botol? tq :)

♥ Jom Tambah Pendapatan Bersama HeartBeat - Just Klik² ♥

Sebelum tu korang klik banner kat bawah ni k...



Tutorial penuh untuk mendaftar HeartBeat korang klik kat bawah ni ok
http://syilasyira.blogspot.com/2011/02/tutorial-heart-beat-jom-tambah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...