MENU BAR

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

♥ FOLLOW ME ♥

Saturday, September 18, 2010

Isu Duit Hantaran - Abby+Norman





KUALA LUMPUR: “Saya tak tertekan dengan apa yang berlaku kerana tiada kena mengena dengan saya. Ia hal peribadi membabitkan mereka berdua (Norman dan Abby). Namun jika difikir secara logik, kenapa sekarang baru isu ini dibangkitkan?
“Kenapa dia (Abby) tak keluarkan kenyataan begini selepas bercerai dulu,” tegas Suhaiza Suhaimi atau Memey ketika dihubungi Harian Metro semalam mengulas dakwaan Abby yang mendakwa bekas suaminya itu masih belum melangsaikan wang hantaran berjumlah RM11,111.11 sehingga sekarang. Abby menimbulkan isu itu menerusi akhbar selepas mendapati tiada cara lain boleh dibuatnya bagi menuntut haknya itu daripada Norman Hakim atau nama sebenarnya Mohamad Nor Hakim Zaidon, 34.

Memey yang kini bergelar tunang Norman Hakim dalam majlis serba meriah yang berlangsung di kampung halamannya, Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi pada 13 September lalu, mempersoalkan tindakan Abby yang memilih cara kontroversi berbanding cara yang lebih berhemah.

“Kalau betul pun ia berlaku, selesaikanlah cara baik kerana masing-masing sudah dewasa dan matang. Cara yang dipilih Kak Abby sebenarnya bukan boleh menyelesaikan masalah tapi akan mengeruhkan lagi keadaan. Keadaan menjadi bertambah kusut sekarang dengan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan.

“Saya sebenarnya tahu keadaan sebenar tapi tak berniat nak masuk campur dalam isu ini. Tak dinafikan saya agak terkejut apabila isu ini diungkit sekarang. Saya malas nak fikirkan sangat sehingga menjejaskan kerja seharian saya. Harapnya mereka dapat selesaikan masalah ini dengan baik,” kata Memey lagi.

Pelakon berusia 22 tahun itu berkata, sepanjang perkenalan dengan Norman dia kecewa kerana sering dilemparkan dengan pelbagai kata-kata tidak enak. Malah, dia tidak tahu apa sebenarnya yang diinginkan oleh Abby daripada Norman. Katanya, perkembangan terbaru ini sedikit menjejaskan menjejaskan keceriaan mereka setelah selamat bertunang.

“Dalam keseronokan kami mengadakan majlis yang penuh berkat tiba-tiba saja dikejutkan dengan berita ini. Kalau betullah jadi masalah, patutnya lepas bercerai dia cari Norman dan selesaikan terus, bukan bangkitkannya sekarang.

“Saya tengok abang Norman tak pernah sentuh pun hal peribadi dia dan dengan siapa dia berkawan, bila kena hal kami macam-macam pula yang dikatakan.

“Hendak buat macam mana lagi kerana lain orang lain caranya. Saya tabah menghadapi ujian ini dan takkan mudah melenting dengan apa yang berlaku. Pada saya hal-hal peribadi antara mereka bukan untuk didedahkan kepada masyarakat kerana nanti akan menimbulkan persepsi negatif pelbagai pihak. Orang luar tak faham perkara sebenarnya. “Hanya keluarga kami yang tahu cerita sebenar. Saya bersyukur kerana tengok abang Norman berada dalam keadaan tenang berdepan situasi ini. Cuma dia beritahu agak terkejut kerana di saat gembira dengan majlis pertunangan tiba-tiba dikejutkan dengan isu ini,” katanya yang dijadual mendirikan rumah tangga bersama Norman tahun depan.

Ketika dihubungi, Memey berkata dia berada di majlis rumah terbuka anjuran rakannya. Nada suaranya ceria membayangkan dia tidak tertekan langsung dengan apa yang berlaku. Dia memberitahu tidak terikat dengan jadual penggambaran drama dan sedang mencari tarikh yang sesuai untuk bercuti bersama keluarganya dalam masa terdekat. Bagaimanapun dia enggan memberitahu lokasi dan tarikh percutiannya.


sumber : metro dan internet

p/s : Mcm2 isu timbul antara mereka, bila agaknya nak selesai....???

1 Kawan Yg Sudi Tinggal Jejak:

cikpuanhady said...

macam-macam la..ingatkan dah setel hari tu..

♥ Jom Tambah Pendapatan Bersama HeartBeat - Just Klik² ♥

Sebelum tu korang klik banner kat bawah ni k...



Tutorial penuh untuk mendaftar HeartBeat korang klik kat bawah ni ok
http://syilasyira.blogspot.com/2011/02/tutorial-heart-beat-jom-tambah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...