Bersiaran dari Negeri Jelapang Padi.....
Di kesempatan ini, Shila ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan yang mengenali Shila samaada secara langsung ataupun melalui alam maya.
Ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa mahupun terlanjur bicara samaada secara sengaja ataupun tidak disengajakan sepanjang perkenalan ini. Kita sebagai manusia sentiasa melakukan kesilapan dan kadangkala kita tidak sedar bicara atau perlakuan kita telah mengguris perasaan orang lain. Harap korang maafkan segala kesalahan dan kesilapan Shila klo ada ek.
Terimalah kad ucapan Selamat Hari Raya dari Shila n family :-
Semoga Lebaran yang akan menjelma lagi beberapa jam ini memberikan seribu kebahagian buat anda semua. Yang masih belum pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya...ingatlah ada yang menanti anda untuk sama2 menyambut lebaran....
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
p/s : Esok dah leh mkn di siang hari.....Sesapa yg dok di Kedah...sila2lah datang ke rumah....
0 Kawan Yg Sudi Tinggal Jejak:
Post a Comment