MENU BAR

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

♥ FOLLOW ME ♥

Tuesday, September 14, 2010

Soother

Tentu ramai yg sedia maklum anak aku Syira ni mmg menggunakan soother/puting kosong kan? nak kata aku risau mmg tersangatla risau. Almaklumlah byk keburukan klo still menggunakannya terutama bila digunakan dalam jangka masa yg panjang. 

Syira plak skang ni dan 2 tahun, bertambah2 aku risau, dan lama aku berniat nak 'lah'kan dier dari menghisap soother ni. Mmg xdapat dinafikan, tido Syira lebih lena dan mudah klo ada bendaalah ni. Asal usul soother ni dgn Syira sbbnya dulu Syila ada sawan tangis, nangis xkira masa, lama juga dier berkeadaan mcm ni. So, lepas je abis cuti 2bln, aku terpaksa tinggalkan Syira dgn mak aku. Dgn keadaan dier yg memanjang nangis, terpaksala toknya bg Syira soother. Nasib ada tok yang nak jaga, yelah..... pengasuh mana nak jga klo budak yg sepanjang masa nangis jek kejenya kan?

Jenis soother yg Syira gunakan...(silikon)
Klo dulu mmg aku bg Syira jenis yg biasa (yg plastik keras tu), tapi bila dier start tido meniarap aku gunakan yg jenis silikon ni, sbbnya lebih lembut dan xkan menyakitkan mulutnya. 

Pendapat aku buat bakal2 ibu...klo anda boleh elakkan baby anda dr menggunakan soother ni lakukanlah, bukan senang nak lahkan anak2 nih klo dah start menggunakannya. Klo ilang plak, mcm nak mati selongkar satu rumah, sbbnya... jgn harap anak anda leh tido tanpa soother tu tau. Aku dah merasakannya.

Tapi, skang ni aku bersyukur yg teramat sgt, sbbnya termasuk arini dah 4 ari Syira x menggunakan soother. Alhamdulillah. Nilah hadiah Hari Raya yg paling istimewa...hahahha. Ada juga beberapa kali Syira mintak, tapi aku kena wat 'dek' je la. Memula tu sian juga tgk dier, tambah masa nak tido, tapi bila dier tgk mama dier dah mcm singa kelaparan, terpaksala dier tido tanpa soother...hihi..berjaya juga aku...

Skang ni pun tgh berusaha agar Syira trus lupakan 'candu' dier tu. berbaloi aku amik cuti panjang ni, sbbnya selain dari nak cuti raya, aku mmg nak putuskan hubungan Syira ngan soother dier, klo cuti 2 ari mana nak cukup, kang dok ngan pangasuh dah tentu pengasuh bg kan. So, inilah cuti aku yg berbaloi2 klo Syira trus lupakan soother@putingnya...

Moga tido Syira tidak lagi seperti ini:-


dan ini :-


Tapi mama nak tido Syira ttp nyenyak k.....jgn cari soother lagik k...syg Syira


p/s : Aku juga berusaha amik air dari Ustaz dalam usaha meng'lah' kan soother nih.
p/s : Soother Syira yg terakhir pun aku dah xtau campak kat mana..hahahha
p/s : Buat masa ni Syira aku tidokan dlm buaian sbb masih tercari2 soothernya..huhu


4 Kawan Yg Sudi Tinggal Jejak:

cha said...

masa cikOni tinggal ngan tokMama dia, ada juga tokMama bagi soother ni, tapi cikOni campak jauh2, haha...

Rizziela said...

Alhamdullilah....Semoga terus lupa dengan puting dia

Anak saya memang x ambil puting dari kecik lagi

♥sYiLaSyiRa♥ said...

dulu syira pun xnak, tapi dah ditinggalkan mamanya, terpaksa juga hisap...tupun syukur toknya nak jga..

♥sYiLaSyiRa♥ said...

rizziela : amin....

♥ Jom Tambah Pendapatan Bersama HeartBeat - Just Klik² ♥

Sebelum tu korang klik banner kat bawah ni k...



Tutorial penuh untuk mendaftar HeartBeat korang klik kat bawah ni ok
http://syilasyira.blogspot.com/2011/02/tutorial-heart-beat-jom-tambah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...