Resipi ni atas permintaan Ita. Ita ada tanya senang ke x nak buat. Jawapan aku untuk Ita
Sangat² senang. Masa yang diambil juga sgt singkat. Dalam kelam kabut pun sure leh buat.
PUDING ROTI MARBLE
Bahan-bahan
· 4 keping roti (xperlu dibuang tepi²nya)
· 2 biji telur
· 800ml Air (Asingkan 700ml dan 100ml)
· 115ml susu pekat
· 170ml susu cair
· 10gram serbuk agar2 (Aku guna jenama Nona. Mmg siap² 10 gram)
· 5 sudu besar gula
· 2 sudu besar marjerin (cairkan terlebih dahulu)
· 2 sudu besar coklat emulco. Kalau tak da boleh guna serbuk koko.*
(Tapi better guna coklat emulco sbb warna dan rasa lagi sedap)
Cara-cara
1. Masukkan 700 ml air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk dan didihkan
2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan 100ml air. Kemudian masukkan dalam periuk
agar2 yg sudah mendidih tadi.
3. Masukkan marjerin yang telah dicairkan dan kacau rata sampai mendidih lagi. Kacau
sehingga bawah periuk bagi mengelakkan ianya tidak berketul. Tutup api.
4. Bahagi adunan kepada 2. Satu adunan biarkan warna asal dan satu adunan lagi masukkan
coklat emulco.
5. Bila adunan telah siap, marblekan sahaja. Masukkan ke dalam peti selama sejam
sebelum dihidangkan
* Jika menggunakan serbuk koko, kacau bersama sesudu air panas terlebih dulu bagi
mengelakkan ianya berketul
Cara Memarble
Sesenduk adunan warna asal dituang di tengah² loyang, kemudian ambil pula sesenduk
adunan warna coklat dan dituang betul² di atas adunan warna asal tadi. Lapisi sehingga habis
adunan dengan mengulang step di atas, tapi jangan kacau, biarkan adunan bergerak sendiri.
Ketika memarble hendaklah cepat cos adunan nih cepat membeku. Kalau lambat jadi mcm
yg aku buat kat atas..
Contoh : Tgk adunan aku yg tengah² warna coklat tu. Nampak terbonjol sikit..ekekekeke
Yang berjaya buat jgn lupa bg link. Nanti aku leh skodeng
♥♥ Jom sama² klik²..u klik me, i klik u ♥♥
10 Kawan Yg Sudi Tinggal Jejak:
aahhh la mmg senang sgt2...t ada masa umi nak try gak lah...(^_^)
senang je ek .. nk try la buat nanti .. bahan pun tak rumit ngan tak berkos tinggi
koko emulco tu ape ??
sweet umi : nanti try ye
eima : senang sgt eima..koko emulko tu cecair warna koko. mmg namanya koko emulco. nanti syila letak gambar koko emulco tu k..kat pasaraya pun ada jual benda tu
saya nak try, saya nak try, saya nak try..best nih..hehehe..nnti saya bagi link yea
yummeh..
leh try wat gak, hehehhe
tq share resepi.. =)
wah macam best je..asiah nak try buat la puding ni..coklat emulco tu coklat ape kak?coklat cair ke?
best best bst... nnt nak cuba buat.... terima kasih yer sanggup kongsi resepi ni untuk saya...
wahhh..... menarikkkk nak cube jgkkk... hihihihihihi......
macam sedap aje...nak cubalah bulan puasa nanti...
wakakaaaa 2 sudu coklat emulco je rupenyeee
Post a Comment