MENU BAR

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

♥ FOLLOW ME ♥

Wednesday, May 25, 2011

AKU DALAM DiLEMA.....


ENTRY NI AMAT MEMERLUKAN PENDAPAT KORANG

  Aku hanya nak berkongsi cerita dan ingin memohon pandangan dan pendapat kalian. (Bukan bermakna aku nak besarkan isu ini ye)

Ceritanya begini. Minggu ni aku akan bercuti disebabkan kakak hubby akan bernikah....Majlis yg sgt² dinantikan oleh family blah mertuaku. Faktornya disebabkan kakak iparku, perempuan last dalam keluarga mereka. Dah tentu walaupun tidak semeriah kenduri Dato' Siti, tapi ianya amat bermakna lebih² lagi buat mertuaku. Hubbyku yang pangkat adik pun dah dikurniakan anak seorang (anak aku juga tu). Ni plk kakaknya baru nak kahwin. Tipu aku cakap mertua aku xrisau bila anak perempuan last dier masih belum menjadi raja sehari kan. Bukan memilih, tetapi jodoh, ajal, maut semua di tangan ALLAH S.W.T kan??? Tapi syukur, tahun lepas selamat sudah kakak iparku menjadi tunangan orang.

Akad nikah akan diadakan minggu ni. Kami insyaallah tiada masalah untuk balik ke kampung. Masalah aku ialah pada hari kenduri. Bab ini nak mintak pendapat korang. Secara tiba² kelmarin pula dapat surat dan arahan dari bos utk attend satu kursus. Kursus tu singkat jek, tapi bermula hari Jumaat dan berakhir hari Sabtu lebih kurang jam 2 ptg.

Huahhhh...Sabtu tu plk kenduri rumah mertua aku. Hari bersejarah kakak iparku. Pening kepala tau. Kenduri mustahil untuk postpon hanya sbb aku. gilor tu. Sebelum surat tu masuk bilik bos, aku dah slow talk ngan ketua aku, alhamdulillah mcm fhm. Alih² pagi ni nak dijadikan cerita, pagi ni aku dapat nota diarahkan juga pergi. Siap suh lari² kejap. Korang bayangkan x...bab lari² tu aku tak leh tahan sabar. Kenduri kat Kedah, Kursus kat Perak...nak lari mcm ner??? Lainlah klo satu bandar.

Seandainya aku pergi kursus dan tak pergi kenduri, apa pula kata mertua aku...apa pula kata org kampung hubby aku. Dah mcm cerita Dato' Siti tak hadiri majlis kahwin Saerah, Rita Rudaini xhadiri kenduri kahwin Ayu Raudhah pulak kan??? Sib aku atau adik beradik hubbyku bkn artis. hahahha..(sempat lagi nak wat lawak dlm kepala dok pusing² nih)

Pening tau. Kalau korang kat tempat aku mcm mana. Alasan aku utk hadiri majlis perkahwinan iparku tak relevan ker???xleh diterima pakai ker?? Rasanya bleh jek tukar org tapi yg tahu masalah aku disini akan fhm. Bukan aku xnak pergi kursus tu. Best tu, leh timba ilmu lagi, dahla kat hotel pula tu. Sebelum ni aku tak pernah tolak apa² kursus yang diberikan. Untuk pengetahuan korang, anakku Syira lahir ketika aku sedang berkursus tau. Tanpa suami, tanpa keluarga. Aku lahirkan syira ketika aku berkursus di Port Dickson. Aku xnak story cerita tu, sbb di sebalik kenangan manis melahirkan Syira, ada kenangan pahit di situ. Baru nak cete aku dah bergenang air mata nih. Ok stop..xnak terus menangis ni...sob...sob...

Kat sini aku nak minta pendapat korang. Ikhlas ok. Kalu korang kat tempat aku apa tindakan korang. Aku xnak jadi menantu hantu, adik ipar tak perikemanusiaan, isteri yang tak bertimbangrasa. Tapi dalam masa yg sama aku xnak menimbulkan kemarahan orang lain di tempat kerja. Kalau aku xpergi kursus tu aku yakin seyakinnya akan ada 'surat cinta' untuk aku. sob..sob...

p/s : Mohon pendapat kalian....aku sgt² dilema sekarang ni


♥♥ Jom sama² klik²..u klik me, i klik u ♥♥


10 Kawan Yg Sudi Tinggal Jejak:

ibu qaleesya said...

macam ni la.. bagitahu family mertua dulu pasal kursus tu. kalo mertua izinkan pergi je kursus tu. sebab tu kerja kita.. try the best kak

ch@ said...

kalau dah macam tu memang tak boleh nak nak pilihan lagi dah, memang kena pergi jugala kursus tu. beritahu, keluarga mertua la. nanti balik kursus terus pergi kenduri. insya-Allah, minta tolong hubby syila terangkan keadaan.

chekna @ mama ziyad said...

mmg dilema ni.. for me, family is always priority, kerja boleh cari.. tp kalo hal kerja tu mmg kritikal, mybe hubby bleh tolong support mana yg patut.. ye la bila melibatkan family ni susah skit.. kang kecik ati la, apa la..

munna said...

cuba maklumkan dulu pada keluarga suami... insyaALLAH mereka semua memahami....lagipun hubby ada utk pergi kenduri kan...

Aini Arif said...

kalau zali blk sorg xleh ke, kite dulu adik ipar kawin kite lak dlm pantang, arif blk sorg, tp dlm pantang alasan kukuh skit hihiii,xpe ko bg adiah beso2 ke kat pengantin, xpun ko call kak ipar ko time dia tgh make up2 nak sanding atau nikah ucp slmt pngntin baru, xkan tu pun nak tecik ati kot kan, panjg lak ceramah kite hiii

♥SyilaSyira♥ said...

Ibu Qaleesya : Teme kasih ye atas pendapat tu..akan dicuba sebaik mungkin

♥SyilaSyira♥ said...

Cha : Teme kasih cha...dah minta hubby tolong terangkan nanti...

♥SyilaSyira♥ said...

chekna @ mama ziyad : bab yang melibatkan family ni susah sikit..betul kata chekna..klo kecik ati susah kan

♥SyilaSyira♥ said...

Munna : Nanti balik masa akad nikah akan diinformkan pada keluarga mertua

♥SyilaSyira♥ said...

Aini : Amboi..panjangnya ko punya pendapat yek...klo betul xleh balik kita praktikkan apa yg ko suh..hahhaha

♥ Jom Tambah Pendapatan Bersama HeartBeat - Just Klik² ♥

Sebelum tu korang klik banner kat bawah ni k...



Tutorial penuh untuk mendaftar HeartBeat korang klik kat bawah ni ok
http://syilasyira.blogspot.com/2011/02/tutorial-heart-beat-jom-tambah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...