Bestnya klo ari² exam sbb lepas exam leh balik umah. Almaklum dah dapat cuti tanpa rekod kan. tapi aku plk bukan terus balik rumah k..kebetulan ada kawan utk berjalan ronggeng2. hihi. Kwn ronggeng tu tak lain xbukan kak syida. Kakak ni kebetulan umah maknya berdepan ngan umah aku, n kebetulan juga kami dapat tempat exam yang sama. Xdala aku sorg2 ke tempat Exam..:-)
Hari 1st kami ke Ipoh Parade sbb akak ni nak beli barang sikit. Lepas tu kami jln² ke kedai² buku. Buku yang ingin dibeli sold out. Huhu..dah musim exam kan, semua buku yang diperlukan sold out. Aku plk masih xda buku utk jawab exam hari ke-3. Pengajaran di sini, kalau tau nak exam carilah buku awal2. Jgn 'nak berak baru korek lubang'..mcm aku.
Lepas cari², tetap xjumpa, rasanya mcm semua kedai buku aku dah terjah...pastu aku decide nak pergi perpustakaan. Penangan exam mmg hebat, akhirnya buat pertama kali selepas 5-6 tahun aku xjejak kaki ke perpustakaan aku jejakkan juga. 1st time masuk perpustakaan di Perak ni. Keadaan mmg lenggang sgt. boleh kira bape kerat jek orang.
-Buku² tersusun rapi -
- Lengang kan??? Tapi ada couple kat situ...hihi -
Semangat kami naik tingkat 5 utk cari buku yang diperlukan. Mula tu best sgt bila tgk buku yang aku nak ada kat situ. Semangat aku amik 2 buah (satu nak tlg pinjamkan utk sorg kakak opis) dan jumpa sorg staf situ utk tanya prosedur nak pinjam. Almaklum org xpernah datang katakan.
Tapi kecewanya aku bila kakak/staf tu cakap
'Adik amik buku tu kat mana? Kat tingkat 5 ni utk rujukan sahaja, xbleh pinjam, kalau nak kena fotostat atau salin sahaja'
Huahhhhhhhhhhhhhhh, baru nak syok sikit, dah kecewa menjelma. Nampak benar aku xpernah g situ..sob..sob..
Pastu tunggu apa lagi...Kami blah dari situ ngan wajah kehampaan...aku jek yang hampa, kak syida tukang kesian jek kat aku, sbb dier dah beli buku tu awal2..
p/s : Kalu bleh mau jek aku g pusat percetakan buku tu......
♥♥ Jom sama2 klik2..u klik me, i klik u ♥♥
0 Kawan Yg Sudi Tinggal Jejak:
Post a Comment