MENU BAR

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

♥ FOLLOW ME ♥

Thursday, July 7, 2011

SYiRA BERTEMU PAKAR


Susulan kelmarin aku n hubby bawa syira bertemu pakar.
Masalah syira aku ada cete kat entry INI
Masalah yang hampir mencecah 3 minggu. Aku sebagai mama, mmg sgt² susah ati. 
Terima kasih pada yang bagi komen kat entry itu. Aku sgt menghargainya.
Berbalik pada cerita bertemu pakar.
Kami buat keputusan untuk bawa Syira ke Pakar Kanak² di Ipoh Specialist Hospital.
(Gambar kat hospital dalam hfon, kat opis plk xda kabel+bluetooth...so, entry lain aku letak gambar)

Ada 4 pilihan doktor. Kami pilih Dr Liew. Ada beberapa perbincangan antara doc, aku n hubby.
Aku letakkan kesimpulan di sini.
Uolls yang bergelar mama, ibu perlu baca dan ambil tahu, kerana ianya juga satu info yang doc bg buat aku n hubby.

Seperti yang aku bgtau, sepanjang Syira susah nak "melabur". Bukan bermaksud x membuang langsung tau. Tapi sgt² susah. Najisnya mmg klo tgk mmg xsesuai dgn umurnya. Sgt keras, besar dan sgt panjang. (maaf klo mengelikan Uolls) Aku sekadar nak berkongsi cerita. Itu antara sbb Syira ssh nak membuang. Tapi syukur, tidak pernah membuang sehingga mengeluarkan darah

Entry lepas pun aku ada cakap aku bg Syira makan pisang. Yup..dia makan dgn banyaknya. Masa jumpa doc Liew aku cerita yg syira makan pisang, betik, minum air byk..tapi still ssh nak membuang. Tau apa yg doc tu cakap..aku tak jangka langsung tau....

'Pisang bukan semua melembutkan najis, tetapi akan lebih mengeraskan najis'
Hohoho...
Kesimpulan dari percakapan doc tu.
Pisang yg besar² yakni yg org buat kuih tu xsesuai utk budak yang mengalami masalah sembelit, so, senangnya xyah la bg klo kita sendiri pun xtau pisang jenis² yang melembutkan najis.

Dan apa yang doc sarankan..
'Just bg anak makan papaya n minum air masak dengan banyak. Kurangkan minum susu'

Lepas tu pula, aku cakap syira skang ada selesema ngan batuk. Dan lagi info doc tu
'Kurangkan pengambilan ubat selesema yang dia makan sekarang, kerana ubat selesema bukan sahaja mengeringkan atas tetapi juga bawah '
(Kesimpulannya : Ubat selesema selain dari mengeringkan selesema juga mengeringkan aliran air ketika nak membuang)

Seingat aku itu jek info yang doc bg. Kalau ada yang tertinggal aku cete next² entry k.

Perkembangan Syira pula.
Punca Syira susah membuang tak dapat dipastikan tetapi 2 jenis ubat yg doc tu bg. Dari apa yang doc cakap cuma takut Syira ni akan menjadikan membuang adalah aktiviti yang sgt ditakuti. Kalau jadi habit lagi ssh. Sebabnya klo dier takut, ianya akan menyebabkan dia tahan setiap kali membuang, dan akan menyebabkan salurannya terganggu. Huwaa...anak mama...jgnlah ada habit cemtu.

Semalam buat permulaan doc bg ubat dulu. Follow up 13 Julai pula. Aku harap syira ok dan tak memerlukan follow up tu. Kalau dier membuang ok..alhamdulillah..tak yah pergi dah
Tapi apa yg doc tu cakap..seandainya syira masih ssh nak membuang, terpaksa bg ubat lagi kuat...kena scan dan kalau perlu terpaksa CUCI USUS....
(sgt ngeri bila mendengarnya)

(Gambar budak bersungguh meneran..)
3 Minggu mendengar syira menangis dan menjerit setiap kali membuang sgt memeritkan...semoga anak mama cepat sembuh..

♥♥ Jom sama² klik²..u klik me, i klik u ♥♥

9 Kawan Yg Sudi Tinggal Jejak:

Masya said...

kesian nyer syira.... moga lps ni sembuh yer.. mam ikut nasihat doc yer... bg pisang lemak manis baru ok utk buang air bsr hihihihihi.. jgn bg pisang berangan yg bsr 2.. mmg berangan syira nak membuang nyer...

emma said...

thanks for sharing this info..

Mek Rose said...

a'a..sy pernah gak dengar doc amdan, paed rafiq cakap tak semua pisang leh buatk taik lmbut..sbb kadar potasium dia tinggi..

moga takde ape2 yg serius la ye ngan usus dia..

ann @ hatiberbunga said...

siannya syira.. do get well soon!
good info ni. thanks for sharing. :D

zaidah said...

takutnyer dengar...semoga syira cepat sembuh n tak ade ape2....

Bionic women said...

Alahai kesiannya syira,
fakta pasal pisang tu doc pernah bagitau kat kita sebab kita jugak alami masalah pembuangan..
pisang kalau makan skit dia membantu, tapi kalau terlebih amik ia memudaratkan.

semoga syira cepat sembuh yea..

Aini Arif said...

kite yg tua ni pun kalau dtg sembelit mau merah muke2 ni kan lak bebudak cam syira tu, kalau kite sembelit mnum nescafe trus laju je ke tandas, tp budak mungkin xsesuai, pe pun moga syira cepat2 sembuh ye, aminnn

Bionic women said...

dear..lupa nak share tips yg paed pernah bagi:
try bagi syira makan yogurt..seeloknya bagi yogurt dulu sebelum makan...
pastu buat salad buah ngan yogurt.
insyallah boleh settle masalah syira.
yogurt ada prebiotik yg boleh membantu fungsi usus.

Unknown said...

terima kasih berkongsi info ni...

buat lesson utk kakyong juga nih... so far anak2 okay jer mbuang, tp masa depan x tau lah camana kan..

♥ Jom Tambah Pendapatan Bersama HeartBeat - Just Klik² ♥

Sebelum tu korang klik banner kat bawah ni k...



Tutorial penuh untuk mendaftar HeartBeat korang klik kat bawah ni ok
http://syilasyira.blogspot.com/2011/02/tutorial-heart-beat-jom-tambah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...