MENU BAR

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

♥ FOLLOW ME ♥

Tuesday, July 19, 2011

RESiPi PUDiNG KASTARD PELANGi


Sebelum ni aku ada share resipi Resipi Puding Roti Marble. Cara dan bahan lebih kurang sama. Cumanya Puding Kastard Pelangi ni tekstur dia lebih licin. Of cos la kan, sbb xpakai roti. 


Aku ingat dan masih segar lagi. Masa pregnantkan Syira aku teringin sgt makan puding kastard ni. Sbb xtau buat, aku tempah. 1 loyang RM15.00. Sanggup tempah sbb teringin nak makan sgt. Selalu orang buat warna kuning ngan coklat (macam puding roti marble tu), tapi yg ni aku tukar jadi pelangi. Cantik sikit. hihihi

Oklah..stop bebel...jom tgk resipinya.

Bahan-bahan
  • 13 gram serbuk agar² (beli yg perasa original)
  • 675 ml air
  • 1/2 tin susu cair (boleh juga guna susu segar)
  • 65 gram mentega
  • 4 biji telur
  • 200 gram Gula - Kalau korang nak tambah silakan. Aku mmg xsuka manis² 
  • 1 Sudu besar tepung kastard
  • 1 Sudu Teh Esen Vanilla (untuk kurangkan bau telur)
  • Pewarna Kuning, Hijau Dan Merah 

Cara-cara
  1. Didihkan air, gula dan serbuk agar² di atas api. Bila dah mendidih, kecilkan api dan masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair.
  2. Dalam bekas berasingan, pukul telur esen vanilla (aku pukul guna sudip khas untuk pukul telur tu). Kemudian masukkan susu, tepung kastard dan gaul sampai sebati.
  3. Masukkan aduan di no 2 ke dalam adunan no 1. Kacau sampai mendidih. Jgn bagi berketul ye.
  4. Tunggu sampai mendidih, kemudian tutup api.
  5. Adunan yang telah siap ditapis supaya lebih halus. (Pakai penapis yg besar, yg lubangnya kasar² sikit. Klo pakai penapis teh, sampai ke sudahla takleh menapis ye..hihihihi)
  6. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan dengan warna pilihan anda.
  7. Pastu korang marblekan/pelangikan mcm gambar puding aku tu ye. Cara memarble korang leh klik SINI. (CARA MEMARBLE)
  8. Dah siap masukkan ke dalam peti sejuk kira² sejam. Kerana puding ini lebih sedap dimakan sejuk...
Daa...sekian resipi puding kastard pelangi. Buat tau, jgn xbuat. Senang sgt..semudah A+B+C..eceh..hihihi



Kalau dah cuba, seperti biasa bg link..nanti aku jenguk dapur korang k.

♥♥ MINTA TOLONG LIKE² KALAU SUDI ♥♥


STEP 1 : LIKE THIS PAGE FIRST 
http://www.facebook.com/pages/​Permata-Sofea/111692082213724 
 STEP 2 : LIKE SYIRA PHOTO
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=202603109789287&set=a.195448120504786.45417.111692082213724&type=1&theater

8 Kawan Yg Sudi Tinggal Jejak:

**Nora** said...

tengok jer dah terliur,, belum lagi makan...

mummy_ayu said...

puding lagi..best..hari tu ayu try dah puding roti tu..
meh tgk hasilnya...
http://mummyayu.blogspot.com/2011/07/4th-cooking-session-puding-roti-marble.html

♥SyilaSyira♥ said...

Nora : cuba mesti teruja..hihihi

♥SyilaSyira♥ said...

Ayu : nanti syila skodeng k...

Bionic women said...

ingatkan baru petang ni nak buat yg roti aritu...dah ada yg baru ler plak. hehe.
nnti nak cuba jugak

Mek Rose said...

waaaaa cantiknyeee....pandai shila buat eh..

Aini Arif said...

nnt nak mkn yg ko buat la, nak buat sendiri malas hahahaa

Aini Arif said...

dah buat, sile sekodeng sini

http://nurainizakaria.blogspot.com/2011/09/cuba-resepi.html

♥ Jom Tambah Pendapatan Bersama HeartBeat - Just Klik² ♥

Sebelum tu korang klik banner kat bawah ni k...



Tutorial penuh untuk mendaftar HeartBeat korang klik kat bawah ni ok
http://syilasyira.blogspot.com/2011/02/tutorial-heart-beat-jom-tambah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...