MENU BAR

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

♥ FOLLOW ME ♥

Wednesday, September 21, 2011

SEHARi SEBELUM AiDiLFiTRi


Aku tgk blog orang lain dok galak bercerita pasal raya...aku...???entahlah..malas gila nak transfer gambar raya masuk dalam PC. Tapi kena gagah juga sebelum bulan syawal berlalu...Zulkaedah pula mengambil tempat. kikikiki..orang lain dah sibuk dok cete sal open house sana sini...arini baru aku nak cete, tapi mula ngan kejadian sehari sebelum raya.

Alkisah kejadian terjadi kepada anak daraku Syira. Dah nama balik kampung, jadi chewi..klo mak pak bercakap macam angin lalu jek dibuatnya..dek jek..ish..ish..

So, jom tgk apa terjadi pada anak daraku ini.

 - Gambar Syira yg keletihan, diambil pagi raya..payah toi budak ni suh bgn pagi raya tu -

 - Sedap betoi tido -

 - Nampak mcm biasa jek kan... -

Tapi...

v

v

v

- Luka yang dalam -

Syira terjatuh masa main basikal kat umah mertua. Masa tu hubby ngan Syira je balik pendang, aku kat umah mak kat Yan. So, masa hubby tpon tu mcm nak runtuh jantung aku, nak buat kerja serba tak kena...macam aku nak lari balik umah mertua masa tu juga. Aduhai anak....tapi masa cakap ngan syira dalam tpon budak ni cool jek..so dapatlah tenteramkan hati aku.

Yup, aku akui, klo ngan aku jgn arap dia nak lepas main basikal kat luar rumah. Sbb aku tau, umah mertua aku berbukit, so, perhatian mmg kena lebih, klo aku letih, alamat mmg berbasikal dalam umah jelah budak ni. Tapi dah nama dok ngan abahnya...mesti syok sakan kan. Orang lelaki ni plk bukan macam kita yg pempuan ni. Byk amik mudah, tapi apa yang berlaku dah ketentuan, nasiblah tak teruk walaupun bagi aku lukanya mmg leh tahan dalamnya.

So, pung pang jugalah hubby kena ceramah free ngan aku...kikikiki...oklah kan, ceramah motivasi tanpa bayaran...tadah jelah telinga dengar bini ni bg kaunseling kan.

Luka Syira baru minggu ni tau sembuh sepenuhnya. Bayangkan 3 minggu ++ tau. Antara sebabnya hubby buh lotion biru tu pada luka Syira. Mmg darah cepat berhenti, tapi kakak aku ada bgtau mmg lotion biru tu dah tak digunakan di klinik mahupun hospital. Dari apa yg kakak aku cakap, aku simpulkan ianya klo melibatkan luka menyebabkab luka lambat sembuh sbb dalam tu masih berair, kering luar je dan luka tak dapat dilihat dengan jelas dan paling risau luka yang disapu ngan lotion tu akan meninggalkan parut.

Nasibla hubby buh sekali jek, pastu aku lebihkan buh minyak gamat je...lagi selamat, tapi mmg pun, warna lotion tu lama toi nak hilang, sbb dah masuk dalam luka, n luka Syira lambat sgt sembuh. Ini pun sebagai satu info pada uolls yang klo anak jatuh, elakkanlah menggunakan lotion biru tu. Rupanya mmg dah tak dijual lotion ni kat kedai atau farmasi, aku cuba cari mmg xda..tempat uolls ada jual lagi x??? tapi tah mcm mana agaknya senang plk hubby aku beli.

Panjang berjela aku cete..stop kat cni dulu k..pasni entry raya...kuikuikui


8 Kawan Yg Sudi Tinggal Jejak:

ch@ said...

teringat adik kita masa kekecik dulu, tempat yg sama dgn syira, tapi tersangkut dawai kasar. dulu2 mmg guna lotion biru ni, skrg guna iodin, warna kuning. tak pnh dh jmpa lotion biru ni.

luka tempat sensitif mmglmbt baik, ena jaga elok2.

Salina@IbuAqil said...

ya allah!!! dalam lukanya syila.. bahaya tuh.. yang, agak2 bila ai nak datang beraya umah u ni.. x yah masak special2 pun.. ayor pun dah cukup.. ;)

Masya said...

cian nyer syira.. kt pun ngilu tgk gambar ni... semoga syira cpt sembuh yer.. nasib kat dagu.. klu dkt hidung lg haru....

kakyong said...

salam singgah dari kakyong..

YA Allah.. kalo kakyong pun sure ceramah pjg lebor juga.. siannya anak..

munna said...

aduhai...ngerinya tgk luka syira.... dulu masa kecik2 selalu tgk ubat luka warna biru ni..skrg mmg dah takde rasanya

♥SyilaSyira♥ said...

cha :
skang ni ada jual iodin jek..tapi klo buh tu pedih kan...

salina@ibuaqil :
mmg dalam juga ina...xleh..klo ina datang kita wajib kena masak walaupun simple+xsedap..wakakaka..nanti kita adjust tarikhnya ok...minggu ni kita balik kpg

masya :
tulah...nasib kat dagu, sekali pandang org tak perasan pun. sbb lukanya kat bawah

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

kesian syira....nasib baik dagu tak nampak sangat..biasal ayahnya mestilah kena tadah telinga...
lotion biru tu apa?tak pernah jumpa pun...

akiratoriza said...

seramnyer tgk luka syira tu.. kesian kat dia mesti pedih bila terkena air kan...

♥ Jom Tambah Pendapatan Bersama HeartBeat - Just Klik² ♥

Sebelum tu korang klik banner kat bawah ni k...



Tutorial penuh untuk mendaftar HeartBeat korang klik kat bawah ni ok
http://syilasyira.blogspot.com/2011/02/tutorial-heart-beat-jom-tambah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...