MENU BAR

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

♥ FOLLOW ME ♥

Tuesday, May 8, 2012

23 JANUARi 2012 - KELAHiRAN KEMBAR YANG DiNANTi - PART 1


Dengan lafaz bismillah aku mulakan entry ni....

Entry ni dibuat selepas 3 bulan kelahiran si kembar. Lebih kurang kronologilah ye...Ianyanya juga entry menjawab entry YANG LEPAS. Ada kan yang nak tau penyebabnya...Setiap yang berlaku ada hikmahnya..aku tak nak salahkan mana² pihak. Sebabnya segalanya telah dirancang oleh Allah SWT, walaupun terkilan, tapi aku bersyukur segalanya berjalan dengan lancar...

Segalanya berlaku ....:-

Aku selamat melahirkan kembar pada usia kandungan 33 minggu 5 hari. Untuk info, aku mmg sentiasa mengalami kontraksi ketika usia kandungan 20 minggu lagi. Kontraksi masa tu tidak disusuli dengan rasa sakit, tetapi hanya rasa perut yang mengeras...sehingga kandungan 28 minggu...rasa mengeras tu kerap sgt...disebabkan takut, aku ke hospital...Masa ni aku bersyukur sgt²..rupanya kontraksi yang aku rasakan sebelum ni adalah amat merbahaya jika dibiarkan. Syukur kembar belum mahu keluar. Kontraksi iaitu perut mengeras, jika tidak dipantau boleh mengakibatkan pintu rahiim terbuka..Uih..Bodohnya aku masa tu...anggap benda tu hanya remeh semata.

Ketika berjumpa doktor, doktor memaklumkan mengandung kembar mmg ada yang sering berasa perut mengeras, tetapi jgn dianggap perkara biasa, lebih² lagi bila masa mengeras kerap terjadi. Apa yang berlaku kepada aku saat mengeras 2:10. Akhirnya aku ditahan di wad dan perlu mengambil ubat untuk menghentikan kontraksi. Saat ini, dok minta aku memujuk baby supaya tidak keluar lagi...oh..rupanya jika kembarku keluar, saat itu tiada incubator yang ada di dalam Hospital...jenuh mencari di semua negeri terhampir..tetapi TIADA sebarang incubator yang kosong...Masa ni aku dah cuak...klo bersalin masa ni dah tentu baby masuk dalam incubator..tapi klo tiada incubator mcm mana pula ye...???klo ada kat negeri yang terhampir pun, jenuh juga...baby akan dihantar ke negeri berkenaan...huh...lagi pening...masa tu jenuhla aku memujuk si kembar, tambah pula berat kembar masa tu hanya lebih kurang 1 kilo seorang.

Stop cete tu....kembali ke kronologi kelahiran kembar

23 Januari 2012
Masa ni aku dah berada di kampung halaman di Kedah. Cuti raya cina katakan. Perancangan malam semalam kami sepakat, hari ni nak ke rumah mertua kakakku untuk melihat adik iparnya yang baru bersalin. Pagi lebih kurang kul 4 pagi hubby ngan adikku bersiap untuk ke laut. Hubby mmg pantang ckit klo balik kampung mesti nak ikut adikku mancing kat laut. Lebih kurang kul 4.30 pagi aku dah rasa mcm sengal² badan. Perut asik nak mengeras...lately mmg perut selalu pun mengeras...so, selagi tidak kerap, aku abaikan jek. Aku tahan juga sampailah hampir kul 10.00 pagi tetiba aku rasa sakit pinggang yg amat sgt..kontaksi pula semakin kerap. Disebabkan dah tak tahan..kakakku ajak ke hospital. Dok menahan sakit tu sempat juga aku makan apam balik yg kecik sebiji. Masa tu baru perasan, aku dah xleh nak duduk dah. Sakitnya menjadi sgt. Sampaikan nak masuk kereta abah yang pimpinkan...tapi masih kuingat, kat tangan aku masa tu, sempat amik kuih apom beras sebiji..hehehe...

10.30 AM
Kami bertolak ke hospital..masa tu dok pot pet pot pet ngan kakak aku..."aku nak bersalin dah ke ha..???, takutnya..." kakak aku seorang jururawat, tapi xda lah plk aku nak suh dia cek, bukaan aku dah buka ke tak kan..hahahah...Sampai kat spital naiklah kerusi roda..mana leh jalan dah masa tu..aku plk rasa mcm mungkin aku ni xbersalin lagi lah kot. sbbnya kan aku selalu rasa kontraksi..so, anggap pasni kena tahan wad n bg makan ubat jelah kan.

11.20 AM ++
Masuk labour room..ada seorg doc lelaki n perempuan..cute toi doc perempuan tu..tgk muka dia yg manis tu, xda lah aku sakit sgt..hahahha..yg doc laki tu xpasan plk aku mukanya..aiseh, camna leh tak pasan kan..hahaha...

Masa tgk aku jelas kelihatan muka doktor perempuan tu cuak sgt. Aku plk yg pelik. Akhirnya 'kecuakkan' doktor tu terjawab  bila dia cakap "Puan, saya tgk cara puan ni jalan mcm sakit sgt..rasanya mcm dah buka byk dah ni..."...aku masa tu sengeh jeklah..(sempat lagi tu nak sengeh)...yolah sbb aku tak rasa plk aku nak bersalin walaupun sakitnya bukan main..masa tu plk tak da sebarang tanda samaada darah ataupun air yang turun.

Sekali doktor tu seluk..aku pula nak melompat bila doktor tu cakap dah buka 5 hingga 6cm...terkejut badak aku masa tu, terus menggigil...doktor tu muka mcm stress sgt..sampai doktor lelaki tu plk cuba tenangkan dia. Aku tau perasaan doktor tu (eceh)..yolah tetiba didatangi patient yang tak pernah buat check-up kat citu...kandungan plk prem 33 week..masalah kembar lagi..tak ke haru kan..

Masalah timbul pula bila buku merah yang aku bawa, tidak mencatatkan secara detail perihal kandungan aku. (aku perasan sbb sebelum ni masa aku check-up kat pakar Ipoh, diorg hanya catit dalam fail diorg jek)...so, kelam kabut jugalah doktor-doktor kat HSAH, Sungai Petani tu. Terpaksa pula diorg interview aku untuk tau tahap kesihatan aku. Untuk info, masa aku ngandung kembar ni, aku disahkan mengalami masalah injap jantung longgar. Tapi tidak dapat diputuskan adakah ianya kekal atau hanya aku alami disebabkan mengandung, sbb sebelum ni xda plk masalah begitu.

Lepas pong pang pong pang interview, aku selamba tanya..
Aku : "Doktor, berat anak saya bape..???saya nak bersalin camna..operate leh???"
Doktor : "Skang anggaran dalam 1.8kg dan 1.6kg, saya bg normal sbb kepala anak 2-2 dah kat bawah dah. Dah leh normal kenapa puan nak operate???
Aku : " Saya takut sorg leh bersalin normal, kang sorg pula berpusing..kena pula operate..2x plk sakit saya dapat...huhuhu..(bila pikir balik..cam bodo jek aku cakap camtu kat doc tu...heheheh)
Doktor : Jangan riso...xda apa2 la...
Aku : Terus terdiam (mudah²an xda apa²..AMIN)

Lepas jek sesi sembang membang tu, aku dibawa ke tempat bersalin, naik kerusi roda. waris dipanggil...so, disebabkan ada kakak aku jek kat luar tu...dialah tukang amik segala baju bajan aku yg dah tukar ke uniform pink..hehehhe..masa tu kakak aku pun jelas muka terkejut sbb aku dah nak bersalin..sempat cakap "good luck" kat aku..ceh..ngat nak jawab peksa ke..hahahha

Nanti sambung lagi...panjang berjela plk cete aku ni.....

ADA ANTARA AYAT YG SKEMA HABIS...LAYANKAN JELAH...

3 Kawan Yg Sudi Tinggal Jejak:

eima said...

wahhh suspen .. leh plak benti kat cni ... huhuhu

cik abg pi laut .... alahai sempat die balik tu ???

Masya said...

panjangnya entry kembar ni... tahun depan sambut bestday dengan auntie tau.... selamaba jer.. baca cerita ko ni.. boleh borak² pulak yer...

nad said...

adoi, ada to be continued plak, huhu!
cepat2 tau! :)

kak, org kata, kalu bini preknen, laki takleh pi memancing..pantang org tua2 kata..huhu!

♥ Jom Tambah Pendapatan Bersama HeartBeat - Just Klik² ♥

Sebelum tu korang klik banner kat bawah ni k...



Tutorial penuh untuk mendaftar HeartBeat korang klik kat bawah ni ok
http://syilasyira.blogspot.com/2011/02/tutorial-heart-beat-jom-tambah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...