MENU BAR

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

♥ FOLLOW ME ♥

Tuesday, May 8, 2012

23 JANUARi 2012 - KELAHiRAN KEMBAR YANG DiNANTi - PART 2


Sambungan  entry PART 1...

Masuk dalam bilik² yang dikhaskan untuk men'delivered' baby..Dalam hati aku..Syukur, hajatku untuk bersalin di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, dimakbulkan. Bukan nak demand..tapi secara peribadi aku lebih selesa di sini daripada Hospital Ipoh...Maaf, aku bukan demand k..bukan aku minta hospital swasta pun..gov juga kan...

Antara sebab aku mmg nak sgt deliver kat Sungai Petani ialah..
  • Hospital dekat ngan family aku...susah senang ada family leh tgk..klo kat perak aku ngan hubby jelah..
  • Hospital familiar ngan family aku, sbb kakak aku ngan hubby aku selalu antar kes kat spital ni, kebetulan ipar2 kakak aku keje cni..senang sikit kan..Hahahahaha
  • Suasana yng sgt selesa..hospital baru katakan
  • Aku melahirkan anak prem dan kat sini lebih byk incubatornya..so, xda lah aku terpaksa diterbangkan ke negeri² lain atas masalah tiada incubator kan
Uih...panjang plk entrynya...klo xbuat entry, blog ni mmg sepi..tapi bila dah da entry..panjang berjela r cetenya..kikikiki...

Berbalik pada cete kat labour room...sakitnya kejap2 terasa..sampai 2-3 kalilah aku kena seluk...huhuhu...leh tahan gak sakitnya. Tapi lagi sakit aku menahan kontraksinya. Sambil² aku dok melayan perasaan adalah seorang doktor ni datang bertanya pada seorang jururawat ni..Aku sebenarnya tak pasti jururawat ke hapa sbb diorg dalam labour room ni pakai semuanya sama jek, pastu xda plk nama kat baju masing². Entah JM ke, Staf nurse ke atau Sister ker, aku pun xtau..lebih byk layan sakit jek masa ni kan. Doktor tu tau dia doktor sbb dengar jururawat tu panggil..versi bahasa inggeris yang dia cakap, sempat aku curi dengar. Nak cete balik dalam english versi kang salah ayat plk..tapi maksudnya lebih kurang doktor tu bertanya kat jururawat tu adakah dia patut memegang perut aku semasa 1st twin selamat keluar...Yg aku dgr leh plk jururawat tu cakap xyah...Ish..Ish...Kang yg 2nd twin berpusing camna plk tu...???Sapa mau jawab..??aku gak yg sakit klo kena operate...Dalam hati, aku tekadkan diri..takkan aku plk nak ngajar doktor tu kan..so, aku ada perancangan sendiri..hahahhaha...sempat tu buat perancangan.

Sebenarnya aku sendiri tak tahu jam berapa aku bersalin ketika itu..yelah, mana ada jam kat bilik bersalin tu..selama aku berada dalam labour room tu, 3x aku terasa nak membuang air kecil..dan tiga kali juga jururawat terpaksa memasukkan dan membuang tiub utk aku membuang air kecil..1st time aku rasa, dan mmg rasa serik sgt..sakitnya Allah je yg tau, masa tu pula lah aku sakan nak terkucir..heran juga padahal hari tu xsempat pun aku nak teguk air. manalah datang air bebanyak..:-)

Saat aku terasa mcm sakit yang teramat, barulah doktor memeriksa bukaan yang rupanya dah 8-9 cm, masa tu mmg aku nak meneran sgt...Feel meneran sampai arini aku xkan lupa..time kontraksi datang, semangat r nak meneran, time kontaksi ilang..dendiam jelah kan...Okey...di sinilah Kisah entry sebelum ini terjadi. Masa aku meneran tetiba doktor yang nak menyambut 1st twin muka semacam jek. Tetiba aku dapat rasa yg dia seolah² menekan dengan jari sesuatu disusuli ngan perkataan "eh...eh..."siap menundurkan badan lagi...2x tau doktor tu wat camgitu. Pastu cakap.."eh, apa ni..." Aku masa tu mmg berdebar sgt...Hanya perkataan Allah jek aku mampu sebut, dalam hati berdebar dan mula nak memikirkan perkara yg tidak elok.."ish..???apakan bukan baby..???..Tapi hati ni rasa tenang bila jururawat tu siap cakap "eh, doktor...tu baby r...tu dahi ngan mata dia..mendongak"..Ish, lega aku..cuak je aku ngan doktor ni..1st time sambut baby yg mukanya di atas ke, sbb aku tau kebanyakan baby muka ke bawah masa dilahirkan kan...???

Gambar bahagian muka 1st twin yang lebam anda di leh tgk di SiNi. Sebagai mama, aku dapat rasa kemungkinan lebam itu dari jari jemari tersebut..Tapi itu hanya pendapat aku..aku ada dapatkan kepastian doktor yang merawat tetapi katanya ianya kerana muka baby tersepit disebabkan proses meneran yang lama...Wallahualam...aku pun xnak panjangkan cerita kerana kesan lebam itu hilang selepas 3 minggu..seperti yang diperkatakan oleh doktor...

Lepas dari tu barulah ada lagi 2 orang doktor masuk nak bg semangat kat aku. Tapi syukur, dengan sedikit guntingan, menunggu lepasan dahi, mata, hidung dan seluruh badan 1st twin...1st twin selamat aku lahirkan tepat jam 5.29 PM. Aku masa tu xda pikir apa melainkan lega bila 1st twin dah keluar...so, sibuk2 diorang nak settle 1st twin..aku terus ngan perancangan aku yg aku sebut tadi. Tanpa berlengah, aku terus je meneran untuk 2nd twin tanpa dapat green light dari doktor..tu semua sebab aku takut 2nd twin berpusing...Dan Alhamdulillah, 2nd twin keluar dengan mudah sekali, selang seminit dari 1st twin. Muka 2nd twin menangkup iaitu muka kebawah, so mmg mudah 2nd twin keluar.

Aku hanya dapat lihat anak² ketika mereka menunjukkan jantina..nak memegang jauh sekali kerana anakku perlu pengawasan disebabkan tidak cukup berat dan lahir tidak cukup bulan. Aku melahirkan kembar tanpa hubby di sisi....mungkin perancangan dari Allah..manalah tau, klo hubby di sisi, tgk darah dibuatnya dia pengsan xke lagi haru kan..:-) Syukur aku dapat melahirkan kembar secara normal dan punya tenaga walaupun seharian hanya sebiji apam balik kecil dan sebiji apam beras yang sempat kujamah.

Tiba masa jahit-menjahit..masa ni dah xda rasa sakit sgt..dah berserah, aku pun letih yang teramat, makanan yang diberi pun xterjamah aku..hilang sudah selera makan. dalam kepala hanya rasa nak tgk anak dan rehat. Lepas aktiviti jahit menjahit, ada pula sorg nurse ni leh pula seluk lagi tau..katanya nak buang darah beku..masa die seluk tu Masyaallah sakitnya Allah jek yang tau. Aku pun pelik, kenapa lepas dah jahit baru nak cek ada lagi tak darah beku..???tak terbuka ke benang yang baru berjahit...Hish..mcm² plk step to step diorg ni..Sapalah kita nak bangkang² kan?? 

Lepas je maghrib, masa ni aku terkejut sgt dah maghrib...(dgr azan dari radio)sbb rasa mcm baru jek masuk labour room, aku ditolak ke wad. Yang bestnya masa ni katilku ditolak oleh hubby sendiri sbb staf hospital tak cukup....keluar dari labour room kelihatan mak, abah dan semua adik beradikku...rasa nak menangis bila melihat semua keluarga berkumpul..orang yang paling lama berada di hospital ialah kakakku...start dari pagi sehingga ke malam..setia menanti adiknya ini. Dan dialah orang yang paling teruja dapat anak sedara kembar..dan dia juga mcm tak percaya adiknya yg kurus ni mampu melahirkan anak kembar secara normal...Semuanya perancangan Allah kan...Syukur atas nikmatnya..

Buat mak dan abah....terima kasih atas doa kalian dan segala²nya..
Buat hubby...telah selamat kulahirkan anak² buatmu..semoga hubungan kita kekal ke akhir hayat..semoga anak² kita menjadi anak² yang solehah...nak boy...next preggy klo diizinkan Allah SWT...:-) klo girl juga...ramailah tukang masak dirumah nanti...hehehe
Buat kakakku...terima kasih atas kasih sayangmu....terima kasih atas pengorbananmu, masamu setia menunggu adikmu ini...
Buat adik²ku...kembarku yang kuat menangis, akan terdiam klo korang asik bermain PS dan menjerit...GOLLLLL...hahahha
Buat kawan² yang setia mendoakan aku...jutaan terima kasih..semoga Allah membalas kebaikan kalian

Sekian ceritaku...hehehehe

Inilah 2 orang budak di sebalik cerita di atas...

- Kiri (1st Twin) Nurul Syuhada  ; Kanan (2nd Twin) Nurul Syahida -
ENTRY INI ADALAH DARIPADA PENDAPAT DAN PENGALAMAN AKU SEMATA²...DILARANG SAMA SEKALI MENG'COPY'..

6 Kawan Yg Sudi Tinggal Jejak:

ch@ said...

terbayang kita bersalinkan adli. huhuuu. itu baru seorang, ini dua org. huaaaa...

eima said...

alhamdulillah ....
doktor yg tak byk pengalaman la ni kan ....

ibuhebat said...

first time baca pengalaman bersalin normal baby twins! alhamdulillah semuanya selamat :)

♥EeiNz♥ said...

alhamdulillah, sumenye slmt.

kin pun cmtu gak dulu, sblm jahit seluk kuarkan darah, da jahit pun seluk lagi.. amboihhh ! heheh

Ibu Lala said...

tahniah. seronoknye dapat twin..salam kenal.

Unknown said...

alahai seronoknye la kan dapat twin...harap2 sayapon dapat bersalin normal...klu operate musti lambat nak baik...

♥ Jom Tambah Pendapatan Bersama HeartBeat - Just Klik² ♥

Sebelum tu korang klik banner kat bawah ni k...



Tutorial penuh untuk mendaftar HeartBeat korang klik kat bawah ni ok
http://syilasyira.blogspot.com/2011/02/tutorial-heart-beat-jom-tambah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...