MENU BAR

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

♥ FOLLOW ME ♥

Tuesday, May 31, 2011

BE TERBARU


Tetiba terasa hati nak buka akaun nuffnang...seyes terkejut...Lepas 5 ketul BE dah bertukar ME. Alhamdulillah rezeki xputus en nuffnang bagi.
2 BE masih running di blog kecil. 

- BE ke-6 dan ke-7 -

 Walaupun amaunnya sgt² ciput, tapi sekurang²nya ada kan...mmgla ciput je amaun satu² BE tu, dah UV trafik pun ciput kan...

Terima Kasih En Nuffnang...lepas ni silalah bagi lagi...:-)

Bersyukur apa yg ada...ALHAMDULILLAH

♥♥ Jom sama² klik²..u klik me, i klik u ♥♥

Monday, May 30, 2011

HEPY BiRTDAY 2011


Balik kampung baru ni, ada celebrate besday kat rumah familyku
Asalnya nak celebrate besday adikku yg baru jek sambut besday 25 Mei aritu. Tapi rupanya baru perasan ramai lagi yg sambut besday lepas² tanpa kek. So kakakku buat keputusan rangkum sekali..hahaha...jimat tu. Sebelum² ni sambut ala kadar, buat makan² je.

Walaupun ringkas tapi best sbb makan ramai²..

-Kek yg mmg best -

- 3 orang budak penyeri majlis -

- Masa baik...baik..masa gaduh..pergh...pening kepala -

- Nyanyi sama²-

- Budak bertiga yg pulun habis, diorg nyanyi, diorg tiup lilin, diorg jugalah yg potong kek -

- Jemput makan ye -

- Tak cukup tempat duduk, sila berdiri ye -

- Mamam -

- 2 orang budak yg xrenggang ngan pak lang -

- Aku pun xlepas peluang bergambar..hihihi-

- Peace -

Lepas je makan, trus balik umah mertua sbb esoknya kakak iparku nak akad nikah. Gambar akad nikah nanti² upload ok

Tahniah juga kakakku sbb tahun ni dapat Anugerah Pekerja Cemerlang..Rezeki anak..AMIN

♥♥ Jom sama² klik²..u klik me, i klik u ♥♥

MAMA.....MANYAKNYA KELET.......


Sempena dengan majlis perkahwinan Kakak Iparku, aku ngan hubby decide nak packing gula² untuk bagi budak² yang datang.

Budak² ngan gula² xbleh dipisahkan kan...

Kat Ipoh ni mmg banyak kedai borong yang menjual gula². Aku ajak hubby pergi kedai di pekan ipoh. Kedai yg kemas, dan mudah nak mencari barang. Bukan apa, ada satu kedai yg aku pernah pergi, mmg harga lebih murah (murah sikit je) tapi kedainya sepah sikit, harga pun xda, nak tau harga kena tanya dulu..emmm, menyusahkan jek.

 - Dah namanya kedai borong...tgk..byk kan -

Sampai jek kat kedai ni Syira yg baru bangun trus terbeliak biji mata tgk segala coklat + keropok + asam yang banyak.

Siap terjerit²
" Mama, manyaknya kelet...huyoooo manyaknya "
(manyak tu maksudnya banyak ye, kelet tu pula maksudnya coklat. Dah mcm apek plk budak ni cakap)

Berkali² tau diulangnya cakap mcm tu...hishhhh, nampak sgt anakku peraq jakun..hahaha


Abah sedang belek-membelek. Syira lepas jalan keliling kedai, mcm terpaku pun ada....hahaha...mana pernah
jumpa 'kelet' sekeliling dier...atas bawah plk tu

 - Yang kotak² pun banyak -

- Sampai terduduk² anak mama -

Abis RM50++ juga di kedai tu...berbaloi..mmg murah tau. Kalu beli kat kedai biasa, mau kopak wooo

Gula² ke coklat ke semua syira panggil kelet. Tapi aku perasan syira kurang sikit minat ngan coklat. Gula² tu ok jugalah

♥♥ Jom sama² klik²..u klik me, i klik u ♥♥


Sunday, May 29, 2011

HADIAH SAGUHATi GA CiK ZAi PENANG


Hadiah sampai minggu lepas sebenarnya...
Cenderahati dari Cik Zai Penang

Dapat FM...cantik..

 - Tgk sampul dah tau dari sapa..hihihi, Almaklum bukan hari² pun surat utk aku kan -

- FM Bukit Merah -

Bertambah koleksi FMku...Terima kasih Cik Zai

♥♥ Jom sama² klik²..u klik me, i klik u ♥♥


HEPY BESDAY TO MY BEST FREN


Harini 29 Mei 2011...
Selamat ulangtahun kelahiran buat sahabatku

- NURAINI BINTI ZAKARIA -

Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...
Semoga kebahagian sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu..

To Aini : Calculate tgk dah bape tahun kita kwn...alhamdulillah kekal hingga ke hari ini..Semoga hubungan kita kekal selamanya

Harini umur dah baper tahun yek??? nak rahsiakan ker???hahahha
Entry Autopublish, Tuan Rumah Bercuti

♥♥ Jom sama² klik²..u klik me, i klik u ♥♥





Saturday, May 28, 2011

KISAH YG BUAT AKU HAMPiR MENGANGiS


Satu cerita yg aku dapat dari seorang rakan melalui FB
Hayati Kisahnya

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...

Apa perasaan korang selepas membacanya....??? Aku yg membacanya pun sedih sgt², bergenang air mata. Inikan pula mereka yg berada di tempat kejadian....

Aku berbangga dilahirkan sebagai wanita, dan syukur diberi peluang menjadi seorang MAMA


♥♥ Jom sama² klik²..u klik me, i klik u ♥♥

SELAMAT PENGANTiN BARU


Salam..ini entry autopublish ok. Tuan rumah kini berada di Pendang, Kedah.

Harini 28 Mei 2011...
Kakak Iparku
NOR  RAZITA BINTI ABDUL RAZAK
melangkah ke satu lagi fasa kehidupan
Insyaallah harini akan bergelar seorang isteri..

Buat Kak Ta,
Selamat Pengantin Baru
Adik doakan akak sentiasa berbahagia..........Semoga tabah dalam mengharungi hidup berumahtangga...
Semoga cepat bagi cucu untuk mak dan ayah...ngeeee

Semoga majlis harini berjalan dengan lancar..AMIN..

Masih berharap dapat pergi ke Kenduri Kahwin minggu depan

♥♥ Jom sama² klik²..u klik me, i klik u ♥♥

Friday, May 27, 2011

KOPi CiNCAU


Nak tau..????
skang ni aku gila air ni...
Sedap sgt² tau

 - Air Kopi Cincau-

- Pergh...terliurnya -

Korang pernah minum x..?? nak buat senang jek sebenarnya. Tapi klo dah malas, g kedai order jek..hahahha.

Kalau makan kat Restoran Simpang 3, wajib order air ni..

Yang belum pernah cuba better tukar selera cuba air ni plk

♥♥ Jom sama² klik²..u klik me, i klik u ♥♥

PENGUMUMAN UNTUK MEREKA BER-5


Entry pagi tadi ada aku buat mengenai aku nak buat pengumuman untuk 5 orang blogger.
Kalau ada yg perasan aku pernah buat entry yang memerlukan pendapat kalian.

Entry yang aku maksudkan ialah entry AKU DALAM DiLEMA.

Hanya 5 orang yang bagi pendapat mereka di entry tersebut. Aku amat berterima kasih buat mereka ber-5.
Sapa mereka tu???
Meh aku habaq..mereka yang dimaksudkan ialah :-

ibu qaleesya
ch@
chekna @ mama ziyad
munna
Aini Arif

Kepada pengomen di entry tersebut iaitu nama² di atas
Sila emailkan nama, alamat dan no tpon ke

Ada cenderahati kecil²an untuk korang..sebagai tanda terima kasih

♥♥ Jom sama² klik²..u klik me, i klik u ♥♥ 


FACEBOOK | SKiM LOGiN DAPAT RM100


Ada akaun Fesbuk x?? Aku sure ramai ada kan. Selepas friendster, wujud plk fesbuk yg lagi mendapat perhatian ramai. Dari muda sampai ke tua. Dari yg perempuan sampai ke lelaki.
Ownernya pun dah kaya raya dengan mewujudkan fb ni

Kali ni aku bukan nak cete sal owner fb tu, tapi berkenaan skim login FB yang bila login dapat RM100. Aku rasa semua pernah dapat atau pernah dilinkkan dari akaun fb kengkawan kan....pastu link balik ke akaun org lain
Tapi tau ke hukumnya..? Kalau xtau baik bertanya pada yang tahu kan...?

Pagi ni aku tertarik dengan entry yang dituliskan oleh Ustaz Love (Ustaz ni aku kenal dari MZ...)

Sebahagian dari entry Ustaz Love:-

Maka, nyatalah skim2 seperti ini (tak kira la guna apa nama sekalipun.. login facebook ke, skim ikhlas ke, skim jutawan Muslim ke dsb), jika menggunakan kaedah yg sama, maka di situ terdapat unsur2 gharar (keraguan) dan zalim (penindasan).. keraguan kerana tak berpaksi kepada asas yg betul.. berlaku penindasan kerana ianya berbentuk skim piramid.. yg mana orang di atas yg akan jadi jutawan Muslim, sedangkan yg di bawahnya bakal menjadi fakir al-Muslim (letak al tu kasi nampak Islamik sket.. hehe).
Hukum menjalankan program2 seperti ini adalah haram dan hasil pendapatan daripadanya juga adalah syubhah dan haram.

Mmg kebenaran jelas tertulis di situ. Tertarik aku dengan ayat "orang di atas yg akan jadi jutawan Muslim, sedangkan yg di bawahnya bakal menjadi fakir al-Muslim"...

Yang nak baca sepenuhnya uoll pergi link kat bawah ni ye

Renung²kan dan Selamat Beramal


♥♥ Jom sama² klik²..u klik me, i klik u ♥♥

ARiNi NAK BALiK KAMPUNG


Selamat pagi dan Salam Satu Blogger...
Korang belum sarapan ye...??? sarapan tu penting untuk memulakan keja. So, pas baca entry ni g makan dulu ye.

Arini aku cuti, dan insyaallah tengahari lepas hubby balik kerja kami bertolak balik ke Kedah. Esok kakak iparku akad nikah. Moga semuanya berjalan dengan lancar...

Okla...actually aku nak buat entry 2-3 post untuk autopublish sepanjang aku bercuti start tengahari sehingga hari Ahad. Aku cuti, blog ni pun kena cuti juga la. Sbbnya dah pakai streamyx xleh nak bawa ke hulu ke hilir kan...

Ada pengumumam penting untuk 5 orang rakan blogger...Adakan anda..??
TUNGGU..

Sambil berblog, sambil basuh baju..tenangnya berada di rumah..ngeeee


♥♥ Jom sama² klik²..u klik me, i klik u ♥♥


Thursday, May 26, 2011

iKON BARU


Setelah jenuh mengkodek akhirnya berjaya..
Ikon baru di blogku...
So, sesiapa yg menjenguk blogku tentu ada terlihat sofa hijau di situ...jemput duduk sambil baca entry ye.

 - Nampak ikon yg kecik tu -

- Ni plk dekat entry -

p/s : Pasni kalau ada masa jom kodek² blog lagi...:-)
♥♥ Jom sama² klik²..u klik me, i klik u ♥♥



Wednesday, May 25, 2011

AKU DALAM DiLEMA.....


ENTRY NI AMAT MEMERLUKAN PENDAPAT KORANG

  Aku hanya nak berkongsi cerita dan ingin memohon pandangan dan pendapat kalian. (Bukan bermakna aku nak besarkan isu ini ye)

Ceritanya begini. Minggu ni aku akan bercuti disebabkan kakak hubby akan bernikah....Majlis yg sgt² dinantikan oleh family blah mertuaku. Faktornya disebabkan kakak iparku, perempuan last dalam keluarga mereka. Dah tentu walaupun tidak semeriah kenduri Dato' Siti, tapi ianya amat bermakna lebih² lagi buat mertuaku. Hubbyku yang pangkat adik pun dah dikurniakan anak seorang (anak aku juga tu). Ni plk kakaknya baru nak kahwin. Tipu aku cakap mertua aku xrisau bila anak perempuan last dier masih belum menjadi raja sehari kan. Bukan memilih, tetapi jodoh, ajal, maut semua di tangan ALLAH S.W.T kan??? Tapi syukur, tahun lepas selamat sudah kakak iparku menjadi tunangan orang.

Akad nikah akan diadakan minggu ni. Kami insyaallah tiada masalah untuk balik ke kampung. Masalah aku ialah pada hari kenduri. Bab ini nak mintak pendapat korang. Secara tiba² kelmarin pula dapat surat dan arahan dari bos utk attend satu kursus. Kursus tu singkat jek, tapi bermula hari Jumaat dan berakhir hari Sabtu lebih kurang jam 2 ptg.

Huahhhh...Sabtu tu plk kenduri rumah mertua aku. Hari bersejarah kakak iparku. Pening kepala tau. Kenduri mustahil untuk postpon hanya sbb aku. gilor tu. Sebelum surat tu masuk bilik bos, aku dah slow talk ngan ketua aku, alhamdulillah mcm fhm. Alih² pagi ni nak dijadikan cerita, pagi ni aku dapat nota diarahkan juga pergi. Siap suh lari² kejap. Korang bayangkan x...bab lari² tu aku tak leh tahan sabar. Kenduri kat Kedah, Kursus kat Perak...nak lari mcm ner??? Lainlah klo satu bandar.

Seandainya aku pergi kursus dan tak pergi kenduri, apa pula kata mertua aku...apa pula kata org kampung hubby aku. Dah mcm cerita Dato' Siti tak hadiri majlis kahwin Saerah, Rita Rudaini xhadiri kenduri kahwin Ayu Raudhah pulak kan??? Sib aku atau adik beradik hubbyku bkn artis. hahahha..(sempat lagi nak wat lawak dlm kepala dok pusing² nih)

Pening tau. Kalau korang kat tempat aku mcm mana. Alasan aku utk hadiri majlis perkahwinan iparku tak relevan ker???xleh diterima pakai ker?? Rasanya bleh jek tukar org tapi yg tahu masalah aku disini akan fhm. Bukan aku xnak pergi kursus tu. Best tu, leh timba ilmu lagi, dahla kat hotel pula tu. Sebelum ni aku tak pernah tolak apa² kursus yang diberikan. Untuk pengetahuan korang, anakku Syira lahir ketika aku sedang berkursus tau. Tanpa suami, tanpa keluarga. Aku lahirkan syira ketika aku berkursus di Port Dickson. Aku xnak story cerita tu, sbb di sebalik kenangan manis melahirkan Syira, ada kenangan pahit di situ. Baru nak cete aku dah bergenang air mata nih. Ok stop..xnak terus menangis ni...sob...sob...

Kat sini aku nak minta pendapat korang. Ikhlas ok. Kalu korang kat tempat aku apa tindakan korang. Aku xnak jadi menantu hantu, adik ipar tak perikemanusiaan, isteri yang tak bertimbangrasa. Tapi dalam masa yg sama aku xnak menimbulkan kemarahan orang lain di tempat kerja. Kalau aku xpergi kursus tu aku yakin seyakinnya akan ada 'surat cinta' untuk aku. sob..sob...

p/s : Mohon pendapat kalian....aku sgt² dilema sekarang ni


♥♥ Jom sama² klik²..u klik me, i klik u ♥♥


HEPY BESDAY AWAL...


HEPY BESDAY to
Adik lelakiku,
Muhammad Syawal Bin Md Isa
25 Mei 2011


Semoga Dipanjangkan Umur, dimurahkan rezeki...Semoga kebahagian senantiasa mengiringimu.
Semoga tabah menghadapi hari² yang mendatang....

p/s : Byk dugaan dlm hidup adik aku ni...mudah² semua ada hikmah disebaliknya


♥♥ Jom sama² klik²..u klik me, i klik u ♥♥

SELAMAT PAGi


 Korang dah sarapan...??
Aku mulakan entry ngan gambar budak tak mandi k..

- Mulut tersenget² dek kerana tgh makan kuih donut -

 Termuncung² mulutnya. Tangan plk penuh gula.

Oklah, itu jek....mood aku pun down ckit ni...nanti aku cete

p/s : Ada benda aku nak minta pendapat korang...next entry ok.


♥♥ Jom sama² klik²..u klik me, i klik u ♥♥

Tuesday, May 24, 2011

KEROPOK LEKOR BALL


Sapa suka makan keropok lekor ball.
1st time aku beli ni, sebelum ni beli yg panjang² je.
Rasanya bagi aku biasa² jek. Huhu...sedap lagi rasanya kopok losong...kopok losong mmg xleh lawan kan??


- Dah macam cekodok pisang pun ada -

Tapi kan masa aku tgk demonstrasi orang yg jual ni masak, ok jek, bila time aku masak, nak bagi garing sikit, tetiba bleh plk ada letupan² kecil. Seriau aku tau. Keropok tu secara xlangsung merekah. Merasa jugala tangan aku kena percikan minyak panas tu....Pasni klo nak masak aku kena paksa hubby tlg..huhu..boleh cenggitu..?? Korang yg pernah beli ni ada letupan² kecil x masa menggoreng??

Okla, syira nak tido ni, klo dia nak tido wajib ada aksi peluk-memeluk dulu...ngeeee...

p/s : Jap g klo sempat nak join GA ngan contest montest plk...


♥♥ Jom sama² klik²..u klik me, i klik u ♥♥

DAH TAK BOLEH ACCESS...???


 Susulan dari entry INI
Ramai yang xbleh access kan???
Takkan mak cik tu takut sampai padam kot. Dari apa yg dier cakap mcm berani sgt. Entahla kan...
Tapi kepada pihak² yang berkenaan klo nakkan segala benda yg dier pos tu korang leh tgk melalui blog blogger² yg rata² ada print skrin kan???
Aku skang ni pun masih still boleh baca sbb start dari aku buka blog mak cik tak bape nak sihat tu sampai skang ni aku xsign out lagi.
Dan lepas aku buka new tab utk baca blog dier lagi mmg betul dah xleh nak access. 
Tapi kan mak cik...........
Saya dah copy paste semua entry mak cik tu...xcukup ngan tu, sy dah print skrin sekali tau...Klo nak cakap blog tu xpernah wujud, sy ada buktinya...huhuhu

p/s : Moga mak cik dapat HIDAYAH dari ALLAH S.W.T....sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui dan Maha Pengampun...


♥♥ Jom sama² klik²..u klik me, i klik u ♥♥

SELAMBA KUTUK AGAMA iSLAM....ASTAGHFiRULLAHALAZiM..


HANYA SATU MAMPU KUSEBUT.... ASTAGHFiRULLAHALAZiM.
Tengah syok² BW kat umah kengkawan tadi, sempat singgah ke blog Hezrina.
Entry yang dier buat berkenaan satu blog yg terlampau menghina AGAMA ISLAM. Aku terus terjah blog yang dimaksudkan.  Masyaallah............ Tak sanggup rasanya nak baca al-kisah seterusnya. Mau nangis juga.

Tak sanggup juga nak copy paste kat sini. Tak nak merosakkan blog aku ngan benda² jijik mcm tu...Tapi kalau korang sanggup baca korang g ke link kat bawah ni


Apa yang aku dapat simpulkan :-
(Ikhlas dari sudut pandangan aku, tiada kena mengena dengan sesiapa)
  • Owner blog bukan calang² orang
  • Bukan berAgama Islam tetapi byk tahu tentang Agama Islam. (Sekarang kan ke semua information di hujung jari jek)
  • Sangat bijak dalam bab² internet sehingga boleh mewujudkan blog, fb, twitter dll..
Tu jelah serba sedikit...dari apa yg aku dah baca, dah ada yang buat aduan mengenai blog seseorang yg menggelarkan diri dier mak cik ni. Mudah²an adalah pihak yang bertindak.

p/s : Islam tu penuh sinar dan kebahagian....


♥♥ Jom sama² klik²..u klik me, i klik u ♥♥

CERiTA MALAM KENDURi

Dah namanya org berbudi kita mestilah berbahasa kan...sambungan dari entry ini
Dah org memberi tanpa mengharapkan apa² balasan. So, abahku bermurah ati nak sedekah plk ikan tenggiri sebagai salah satu menu masa kenduri nanti...Jom tgk.


Kejadian di malam kenduri. Aku tukang amik gambar jek, org yg kuat mengerjakan ikan² ini adalah 2 org kuat di atas ye...Baju merah tu kakak aku yg baru abis pantang. Rajin woo kakak ngan mak aku ni..hehehe


Yang lagi sorg baju merah tu abg ipar aku. Suka interframe ok..Jgn terpedaya, dia tak da tolong nyiang tau..spesis aku juga. tgk dan kaco jek..hahaha


Suami Isteri yg suka bergambar, ngan ikan pun jadilah..hahaha


Yg nampak tangan tu, adik ipar  aku. Hihi..seorang lagi kaki sibuk..sibuk menengok..meriah keadaan dengan geng sibuk..


Siang jgn xsiang. Aku bukan malas tau, sbenarnya aku tak larat woo nak siang ikan² besar gedabak cemgitu. Mau lenguh tangan satu hari..(alasan ker???)


Ikan² bergelimpangan...fresh lagi ni..semuanya hasil tangkapan abah ngan adikku...

- Siap Penimbang tu -


Ni pun kaki interframe yek..semuanya pakat nak amik gambar je...ish..ish..laki sapa la gamaknya ni...


Orang kuat mancing gak ni. Leh katakan tiap² minggu ajak balik kampung semata² nak mancing laut..huhuu


Hampir selesai dikerjakan oleh dua beranak.


Ops...abah aku seksi plk. Tapi kejap jek nolongnya. abah aku tu lebih kurang macam mandur lagakny. Tgk dan pot..pet..pot..pet..hahahah....

p/s : Teringin Ikan Tenggiri fresh...??? mai Kedah yek, naik darat trus korang leh ngap..


♥♥ Jom sama² klik²..u klik me, i klik u ♥♥


♥ Jom Tambah Pendapatan Bersama HeartBeat - Just Klik² ♥

Sebelum tu korang klik banner kat bawah ni k...



Tutorial penuh untuk mendaftar HeartBeat korang klik kat bawah ni ok
http://syilasyira.blogspot.com/2011/02/tutorial-heart-beat-jom-tambah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...