MENU BAR

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

♥ FOLLOW ME ♥

Friday, April 27, 2012

MY BREASTFEEDiNG JOURNEY


Arini genap usia kembarku 96 hari...Alhamdulillah bermakna 96 hari juga kembarku menyusu susu ibu sepenuhnya....Sesuatu yang tidak dapat aku lakukan buat puteri sulungku, Nurul Syahira...(Maafkan mama ye, ceteknya pengetahuan mama saat itu)..atas kesilapan itu, aku kuatkan diri agar kesilapan pertama tidak berulang. 

Ya, akan aku realisasikan apa yang terlepas untuk Syahira, untuk kembarku pula. Semoga aku berjaya menyusukan mereka sepenuhnya selama yang termampu. NIATKU semoga aku berjaya menyusukan Syuhada dan Syahida selama 6 bulan, HARAPANKU selama 1 tahun dan DOAKU semoga berjaya sehingga kembar mencapai usia 2 Tahun...Semoga niatku ini dipermudahkan...Insyaallah...

Terlalu banyak suka duka sepanjang 96 hari ini. Akan aku kongsikan di blog kecilku ini...kerana ianya satu pengalaman yang sangat indah....

- Mereka, hanya akan meikmati susu ibu..no FM..Insyaallah -

- Alhamdulillah -

Gambar kat atas, perahanku semasa di Hospital. Ini perahan kali kedua. Menangis nak memerah sebanyak ini. Perahan pertama semasa di NICU. Sangat stress...susu tak nak keluar. Masa tu mmg menangis tak ingat. Kembar perlu menyusu, rasa down sgt masa tu.

Alhamdulillah aku berjaya juga...tak sanggup klo kembar diberi susu FM. Masa tgk kembar menyusu susu aku melalui tiub khas...menangis lagi aku...hahahha..cengeng toi masa tu....

Lepas ni akan sentiasa ada entry tentang breastfeed. Almaklumlah, tuan punya blog ada anak kecik..yang mana rasa boring leh klik X kat atas ek..heheheh..

MY BREASTFEEDiNG JOURNEY - WiTH ALL MY HEART







Tuesday, April 24, 2012

1ST DAY BEKERJA.....


Sebenarnya entry ni patutnya dipost kelmarin...tapi disebabkan rasa penat dan nak merasai suasana ofis setelah 3 bulan bercuti membuatkan komputer di opis tidak berapa nak berfungsi..ekekekeke...fungsinya lebih kepada Fb..hahaha

Okey, kelmarin tepat 23 hb April, tarikh aku melapor diri..pergh...rasa mcm cepat jek masa berlalu...sedar tak sedar 3 bulan dah rupanya aku bersalin....

Walaupun wiwinku dah 3 Bulan, tapi secara terus terang, aku baru nak menyesuaikan diri dengan mereka. Tambah pula sebelum ni aku banyak dibantu oleh mak, so, balik umah sendiri semuanya perlu dilakukan sendiri. Memang tak dinafikan teramat penat, dah tak da istilah tido yang lama. Wiwinku jenis minum susu secara serentak, jarang2 sgt klo nak bergilir. klo menangis seorang yang seorang lagi confirm akan menyahut. So, masa tu berjemaahlah mereka lawan menjerit...Yang kakak suara lebih lantang, lebih kuat, tapi si adik lebih mendayu...masa ni mamanya rasa nak nagis sekali..sob..sob..

Lebih mencabar bila hubbyku jenis bekerja shift...masa ni bantuan anak sulungku Syahira mmg diperlukan...tapi dah namanya budak kan...kdg2 rajin, kdg2 bo layan jelah..:-)

Oklah, nanti baru sambung lagi...apapun keadaan dan suasana di opisku ini banyak yang positif...i like...hahahahahaha

SEMOGA LEPAS NI PERJALANAN HIDUPKU LEBIH LANCAR...AMIN

Friday, April 20, 2012

TWiN DALAM INCUBATOR...


Sambungan entry lepas....malasnya aku nak update blog skang ni. Macam bercinta rasanya...buka bukan men lagi, last2 tanda X juga aku tekan...kadang2 tak jenguk langsung...alahai mood, entah mana melayang....

Kali ni nak update gambar twin dalam inkubator. Alhamdulillah twin dok dalam balang tu tak sampai sebulan, sbb ada juga antara geng Dianugerahkan Kembar yang twin diorg sampaikan abis pantangpun belum keluar. Syukur, segalanya berjalan lancar.

Untuk info aku di masa depan

  • 1st twin  dalam incubator NICU selama 7 hari...admit wad 10 hari...Total 1st twin berada di Hospital selama 17 hari (terasa sgt lama aku menunggu 17 hari itu)
  • 2nd twin  dalam incubator NICU selama 7 hari...incubator wad 14 hari...Total 1st twin berada di Hospital selama 21 hari  (menunggu 21 hari amat memeritkan)

- 1st twin (Masa yang tercatat salah sbb yang betul 5.29pm)

- 1st Twin - Nurul Syuhada Mohamad Razali -





- 2nd twin -

- 2nd Twin - Nurul Syahida Mohamad Razali -





Kalau ada yang perasan gambar 1st twin nampak mcm lebam dari dahi ke mata. Ada yang terperasan x...???? Mmg masa lahir begitu. Klo tgk betul2 lagi menakutkan. Aku sebagai mamanya menangis tak hingat 1st time tgk....hubby yg bgtau keadaan Syuhada pada aku, masa bersalin tu aku mmg xtau lebam tu ada. Apa cerita sebenar dan gambar yang jelas aku akan buh next entry k....

MINGGU DEPAN DAH NAIK KEJE...ALAHAI CEPATNYA MASA BERLALU...

♥ Jom Tambah Pendapatan Bersama HeartBeat - Just Klik² ♥

Sebelum tu korang klik banner kat bawah ni k...



Tutorial penuh untuk mendaftar HeartBeat korang klik kat bawah ni ok
http://syilasyira.blogspot.com/2011/02/tutorial-heart-beat-jom-tambah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...