MENU BAR

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

♥ FOLLOW ME ♥

Monday, July 25, 2011

AKU DiSiNi


Salam 1 Malaysia dan salam 1 blogger.

2 Hari aku xjenguk blog sbb balik ke kampung. Almaklum, skang ni pakai streamyx, so klo balik kampung mana leh angkut kan. Kat kampung plk xda internet, so sunyilah blog ni.

Pasni nak bw sambil buat keje yang ada saki baki ni. Baru start nak buat pembayaran pergerakan gaji kakitangan. Ari Isnin mesti uolls pun banyal kerja kan...

Ok...kita bersiaran lagi selepas ni...Ops...Harini hari gaji kakitangan kerajaan kan...so, kat mana uolls memperabihkan duit..huhuhu...apapun selamat berbelanja...

Entry ringkas...sekadar  berupdate..ngeh..ngeh..ngeh

Friday, July 22, 2011

TAHNiAH BUAT ADiKKU



Alhamdulillah..semalam 21 Julai 2011, Adikku telah bergelar bapa. Tahniah juga buat adik iparku yang telah melahirkan seorang bayi lelaki. Bayi lelaki ke-2 dalam family kami lepas kakakku yang bersalin awal tahun hari tu. Kalau korang mengikuti blog aku. Adik Iparku pernah melalui detik cemas bila dia dan adik kandungku terlibat dalam satu kemalangan tak jauh dengan rumah familyku.

Nak baca...jenguk link kat bawah ye

Insyaallah esok kami akan pulang ke kampung. Gambar baby belum lagi aku terima. Tapi alhamdulillah 2-2 selamat. Skang ni berada di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Kelahiran secara pembedahan berikutan baby songsang..

Ni gambar masa wedding adik n adik iparku


SEMOGA MEREKA LEBIH BAHAGIA DENGAN KEHADIRAN BABY...TAHNIAH...

♥♥ MINTA TOLONG LIKE² KALAU SUDI ♥♥
STEP 1 : LIKE THIS PAGE FIRST 
http://www.facebook.com/pages/​Permata-Sofea/111692082213724 
 STEP 2 : LIKE SYIRA PHOTO

Thursday, July 21, 2011

POKOK - MEET UNCLE HUSSAiN FEATURiNG HAZAMA



Sangat suka lagu ni, sampai aku letak dalam blog ye..hihihi...Jom Layan..




Tersesat malu bertanya tak tahu tak tahu kemana
Terlalu bnyk alasannya
Duk terdiam
Menyusur dikaki lima terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Tanya sama pokok apa sebab goyang jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang patah sayap diduga
Seandainya rebah kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu terlupa apa yg belum
Terlalu bnyk alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Tanya sama pokok apa sebab goyang jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang patah sayap diduga
Seandainya rebah kau masih ada ,,

Nanana.. nananana..
Nanana.. nananana..

Kau masih ada..
Kau masih ada..
Kau masih ada..
Kau masih adaaaaa...... ooooooooo!

Terlalu mahu dan mahu terlupa apa yg belum
Terlalu bnyk alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Tanya sama pokok......



Setiap pagi klo bergema dalam HotFM lagu ni...mmg layan abisla..:-)

BUFFERED EARNiNGS KE-8


Setelah 7 BE dah jadi ME, akhirnya setelah sekian lama, ada juga BE yang sudi diberi oleh En. Nuffnang ke Blog kecil ini. Sejuta tq buat En. Nuffnang. 

- Celcom MTV World Stage SS -

Walaupun satu² BE aku tu jumlahnya ciput jek, tapi syukur sekurang²nya masih ada rezeki. Buat En. Nuffnang, nanti² rajin²la bagi lagi ye...

Berhari² menjenguk Nuffnang, akhirnya baru harini ada BE...Bertambah semangat lagi nak berblog

♥♥ MINTA TOLONG LIKE² KALAU SUDI ♥♥
STEP 1 : LIKE THIS PAGE FIRST 
http://www.facebook.com/pages/​Permata-Sofea/111692082213724 
 STEP 2 : LIKE SYIRA PHOTO

Wednesday, July 20, 2011

Di SEBALiK PANGGiLAN NAMA DAN GELARAN


Petang Uolls...

Entry mmg untuk korang, leh juga dikatakan sebagai pertanyaan ataupun pendapat atau seangkatan dengannya.

Nak tanya la, ada tak antara Uolls² yang pernah terasa ngan aku. Ni bab panggilan² nama dan gelaran. Maksud gelaran yang aku maksudkan ialah, korang lebih berusia dari aku, tapi aku xpanggil pun kakak/sis/che-che/dll. Aku just panggil nama jek. Kalau ada, minta ampun ye. 

Sebabnya aku ni bkn jenis yg leh teka² umur org, leh agak² umur org, sbb tekaan aku sure salah. Rupa plk xleh buat ukuran umur, sbbnya kdg² muka cam budak²..sweet sgt, tapi rupanya umur dah lebih dari aku, pastu plk klo muka matang sgt². Tapi rupanya mudalah sgt. Aku tak tuju kat sesapa tau. Contoh jek tu

Kat sini juga aku nak minta maaf klo dalam aku bw, tegur² uolls tu aku panggil korang guna nama jek. Aku tak tau umur korang. Nak suh aku ingat pun payah. Banyak sgt makan semut agaknya. Eceh...

Nak panggil uolls tetiba kakak tup² korang muda dari aku mau kata aku xsedar kediri kan. Nak panggil korang adik, kang kata aku perasan kakak korang plk...hahahahah...

Okla, ni entry saja². Tapi lama dah pikiaq nak tanya. Kalau ada yg terasa AMPUN ye...

Entry mmg merapu..jap² uolls, jap² korang..hihihi

HOT TiKET RAMADHAN


Nantikan kedatangan Hot Tiket Ramadhan

 RM 15.00
 RM 10.00
RM 5.00

Aku mmg pengguna hot tiket ni. Tapi yg ramadhan ni cam rugi sikit. (rugi banyak kot). Nak compare ngan tahun lepas mmg berbeza. Tahun lepas RM 15.00 leh redeem pizza tambah just RM 1.00 only. Yang ramadhan ni, 2 tiket RM 15.00 baru dapat 2 ketul ayam...

Hot tiket yang biasa RM 15.00 ada 120 minit masa berbuatl. Yang ramadhan tinggal 50 minit jek masa berbual. Banyak bezanya tu. Dahlah masa hanya 7 hari, berbanding ngan yang biasa leh guna 10 hari

Dah nak kuar hot tiket ramadhan agaknya sbb tu hot tiket biasa dah tak da kat Ipoh ni. Kalau ada sesapa jual hot tiket, dan ada stok lagi..bgtau aku ye..kihkihkihkih

Tuesday, July 19, 2011

FEMES KERETAKU


Sedang aku sibuk buat keje sambil layan internet tiba² dikejutkan dengan 1 announcement. Lebih kurang begini bunyinya
" Perhatian kepada pemilik kenderaan bernombor Kxx 7xxx, sila alihkan kenderaan anda kerana kenderaan anda sedang menghalang laluan"
Setelah dihayati dengan penuh perasaan.... uih....rupanya no kereta aku tu...
Kihkihkih...mmg letak kat tengah alam pun. Almaklum sbbnya parking tak da, sebab aku kuar lebih kurang jam 10 pagi tadi atas urusan peribadi sikit. Dah xda parking, aku tenggek je mana aku suka..hihihi..Tapi bukan suka suki tenggek tau. Mmg ada pak guard yg bagi kad hijau..ekekeke..

Penat lelah aku berlari turun. Dalam ati mmgla heran kan, sbbnya sapa plk nak kuar sebelum kul 5 nih. 
Sesampai aku kat bawah, dah ada pak guard dok sengeh².
Aku cakap " Sory...ada orang nak kuar ye"
Korang tau apa guard tu cakap????
Geram ada, nak gelak pun ada.
"Saja je panggil, nak bg parking...hihihi..ada org kuar, so, leh parking situ...nanti jgn lupa blanja makan tau"
Huah..huah..huah...sesaja jek tau. Mula tu aku dah cuak dah. Yelah takut juga ada yg angin tgk aku parking tengah². kihkihkih

Tapi mmg sejarah la 4 taun lebih aku keje sini 1st time kete aku kene announcement...femes nombor kete aku. leh amik buat no loteri..Ish..ish..ish..xleh, xleh haram tu.

♥♥ MINTA TOLONG LIKE² KALAU SUDI ♥♥


STEP 1 : LIKE THIS PAGE FIRST 
http://www.facebook.com/pages/​Permata-Sofea/111692082213724 
 STEP 2 : LIKE SYIRA PHOTO
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=202603109789287&set=a.195448120504786.45417.111692082213724&type=1&theater

RESiPi PUDiNG KASTARD PELANGi


Sebelum ni aku ada share resipi Resipi Puding Roti Marble. Cara dan bahan lebih kurang sama. Cumanya Puding Kastard Pelangi ni tekstur dia lebih licin. Of cos la kan, sbb xpakai roti. 


Aku ingat dan masih segar lagi. Masa pregnantkan Syira aku teringin sgt makan puding kastard ni. Sbb xtau buat, aku tempah. 1 loyang RM15.00. Sanggup tempah sbb teringin nak makan sgt. Selalu orang buat warna kuning ngan coklat (macam puding roti marble tu), tapi yg ni aku tukar jadi pelangi. Cantik sikit. hihihi

Oklah..stop bebel...jom tgk resipinya.

Bahan-bahan
  • 13 gram serbuk agar² (beli yg perasa original)
  • 675 ml air
  • 1/2 tin susu cair (boleh juga guna susu segar)
  • 65 gram mentega
  • 4 biji telur
  • 200 gram Gula - Kalau korang nak tambah silakan. Aku mmg xsuka manis² 
  • 1 Sudu besar tepung kastard
  • 1 Sudu Teh Esen Vanilla (untuk kurangkan bau telur)
  • Pewarna Kuning, Hijau Dan Merah 

Cara-cara
  1. Didihkan air, gula dan serbuk agar² di atas api. Bila dah mendidih, kecilkan api dan masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair.
  2. Dalam bekas berasingan, pukul telur esen vanilla (aku pukul guna sudip khas untuk pukul telur tu). Kemudian masukkan susu, tepung kastard dan gaul sampai sebati.
  3. Masukkan aduan di no 2 ke dalam adunan no 1. Kacau sampai mendidih. Jgn bagi berketul ye.
  4. Tunggu sampai mendidih, kemudian tutup api.
  5. Adunan yang telah siap ditapis supaya lebih halus. (Pakai penapis yg besar, yg lubangnya kasar² sikit. Klo pakai penapis teh, sampai ke sudahla takleh menapis ye..hihihihi)
  6. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan dengan warna pilihan anda.
  7. Pastu korang marblekan/pelangikan mcm gambar puding aku tu ye. Cara memarble korang leh klik SINI. (CARA MEMARBLE)
  8. Dah siap masukkan ke dalam peti sejuk kira² sejam. Kerana puding ini lebih sedap dimakan sejuk...
Daa...sekian resipi puding kastard pelangi. Buat tau, jgn xbuat. Senang sgt..semudah A+B+C..eceh..hihihi



Kalau dah cuba, seperti biasa bg link..nanti aku jenguk dapur korang k.

♥♥ MINTA TOLONG LIKE² KALAU SUDI ♥♥


STEP 1 : LIKE THIS PAGE FIRST 
http://www.facebook.com/pages/​Permata-Sofea/111692082213724 
 STEP 2 : LIKE SYIRA PHOTO
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=202603109789287&set=a.195448120504786.45417.111692082213724&type=1&theater

BUBUR NASi @ KANJi


Pagi semua. Dah kul 10 dah pun..apa bfast korang arini??? aku makan roti banjir. Sedap.
Arini nak cete sal anak daraku lagi. Huhuhu. Blog ni mmg byk sal budak ni pun. Dah mmg start dari awal mmg aku buat blog untuk cerita perkembangan Syira.

Jom tgk dia makan bubur nasi atau ada yg suka sebut kanji. Makanan yg aku lebih suka masak sejak akhir² ni disebabkan nak menyenangkan sistem pembuangan Syira. Ubat pun dah abis makan. Tunggu tgk mcm mana agaknya pembuangan dia. Sbb sekarang ni dah jarang² dia membuang

 - Bubur Nasi for Syira -

 - Untuk mamanya -

 - Untuk mama juga. Kalau buat bubur wajib buat sambal telur cemgini -

 - Telur goreng untuk Syira -

- Budak tak berbaju dengan muncung²nya..hihihi -

Aku mmg dari dulu suka makan bubur nasi. Kalau xsihat lagi suka makan bubur. Sbb hanya bubur jek leh masuk ke tekak

♥♥ MINTA TOLONG LIKE² KALAU SUDI ♥♥



STEP 1 : LIKE THIS PAGE FIRST 
http://www.facebook.com/pages/​Permata-Sofea/111692082213724 
 STEP 2 : LIKE SYIRA PHOTO
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=202603109789287&set=a.195448120504786.45417.111692082213724&type=1&theater

Monday, July 18, 2011

KENDURi KESYUKURAN - PART 2



Sambungan Part 1...

- Sebahagian tetamu yang hadir -

- Lagi tetamu yang sudi hadir -

- Kaum hawa lebih ramai berminat duduk di dapur -

- Hall ke-2 -

- Budak berdua ni main je kejenya -

- Start makan..jemput semua -

- Hidangan secara bufet -

- Depa ni mmg suka benar makan kat dapur..ekekekek... -

- Cedok pakcik..makan sampai kenyang ye -

- Kalau tak cukup, jgn malu, jgn segan, tambah jek -




- Geng² memancing abahku ngan adikku -

- Sakan berborak nampaknya -

- Sebahagian keluargaku -

- Tukang basuh periuk, aku basuh pinggan jek..hihihi -

- Memula sekadar berlegar je budak² nih -

- Dah start menyibukkan diri -

- Tukang basuh periuk dah ada pembantu..ekekekek -

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Majlis bermula selepas asar sehingga jam 12 malam. Tetamu yang last dapat makan laksa jek. Nasib mak buat byk..Soto sold out. Aku pun xdan nak makan.


Insyaallah ada rezeki kami buat lagi makan²..

♥♥ MINTA TOLONG LIKE² KALAU SUDI ♥♥


STEP 1 : LIKE THIS PAGE FIRST 
http://www.facebook.com/pages/​Permata-Sofea/111692082213724 
 STEP 2 : LIKE SYIRA PHOTO
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=202603109789287&set=a.195448120504786.45417.111692082213724&type=1&theater

KENDURi KESYUKURAN - PART 1


Alhamdulillah...Baru² ni rumah keluargaku di Yan, Kedah ada mengadakan Kenduri Kesyukuran. Dibuat secara kecil²an. Syukur hajat keluarga kami tercapai. Jemputan terdiri daripada jiran tetangga kawasan rumah keluargaku dan kwn² terdekat keluargaku.

Menu :-
1) Air Sarsi
2) Laksa Beras
3) Soto Ayam + Bergedil
4) Pulut Kuning + Kari Ayam
5) Agar-agar + Puding
6) Buah Rambutan

Jom tengok persiapan yang dibuat :-

- Ikan untuk bergedil dan Rendaman Beras pulut - 

- Ketua Tukang Masak (My sis) - 

 - Budak ni suka interframe -

- Kastard Marble, Hasil tanganku - 



 - Mak ngan + Tok -

 - Macam² ada -

 - Tukang gelente bergedil -

 - Tukang buat laksa -

 - Nasi impit buatan sendiri -

- Kuah Soto -


 - Kari Ayam -

 - Bergedil sebelum digoreng -

 
 - Bergedil sedang digoreng -

 - Kawasan Soto -

- Kawasan Laksa Beras -

Kawasan laksa ngan soto diasingkan atas permintaan abahku. Sebabnya...???kuahnya kan ke sekali tgk xberapa nak perasan, mcm sama jek. So takut ada yg tersalah bubuh plk..haru..lagipun kebanyakan tetamu mmg semuanya di kalangan berusia. Geng² abah ngan makku katakan..

Part 2 suasana kenduri ok


♥♥ MINTA TOLONG LIKE² KALAU SUDI ♥♥
STEP 1 : LIKE THIS PAGE FIRST 
http://www.facebook.com/pages/​Permata-Sofea/111692082213724 
 STEP 2 : LIKE SYIRA PHOTO
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=202603109789287&set=a.195448120504786.45417.111692082213724&type=1&theater

MENGORAK LANGKAH


Sekali melangkah tak akan berpaling ke belakang. Aku mengorak langkah mencari kebenaran. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. BERANI KERANA BENAR. Semoga langkahku dirahmati Allah. Terima kasih pada yang memberi semangat dan dorongan. Kalian sahabat sejati.

Nak pergi berperang nih..cam gambar kat bawah...Hihihi..acah je tu..


Doakan yang terbaik buatku...Di sebalik berita gembira buat keluargaku, ada juga berita duka diselit antaranya. Di sebalik senyuman dan kegembiraan rupanya ada tangisan di sebaliknya.

Sabar...sabar dan akan terus sabar. Semoga aku kuat menghadapinya. Sesungguhnya, Allah tidak akan memberikan dugaan melampaui kemampuan hambaNya....

Cerita di sebalik entry ni nanti aku share...masih belum bersedia..huhuhu


♥♥ MINTA TOLONG LIKE² KALAU SUDI ♥♥
STEP 1 : LIKE THIS PAGE FIRST 
http://www.facebook.com/pages/​Permata-Sofea/111692082213724 
 STEP 2 : LIKE THIS CUTIES
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=202603109789287&set=a.195448120504786.45417.111692082213724&type=1&theater

♥ Jom Tambah Pendapatan Bersama HeartBeat - Just Klik² ♥

Sebelum tu korang klik banner kat bawah ni k...



Tutorial penuh untuk mendaftar HeartBeat korang klik kat bawah ni ok
http://syilasyira.blogspot.com/2011/02/tutorial-heart-beat-jom-tambah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...