MENU BAR

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

♥ FOLLOW ME ♥

Friday, April 27, 2012

MY BREASTFEEDiNG JOURNEY


Arini genap usia kembarku 96 hari...Alhamdulillah bermakna 96 hari juga kembarku menyusu susu ibu sepenuhnya....Sesuatu yang tidak dapat aku lakukan buat puteri sulungku, Nurul Syahira...(Maafkan mama ye, ceteknya pengetahuan mama saat itu)..atas kesilapan itu, aku kuatkan diri agar kesilapan pertama tidak berulang. 

Ya, akan aku realisasikan apa yang terlepas untuk Syahira, untuk kembarku pula. Semoga aku berjaya menyusukan mereka sepenuhnya selama yang termampu. NIATKU semoga aku berjaya menyusukan Syuhada dan Syahida selama 6 bulan, HARAPANKU selama 1 tahun dan DOAKU semoga berjaya sehingga kembar mencapai usia 2 Tahun...Semoga niatku ini dipermudahkan...Insyaallah...

Terlalu banyak suka duka sepanjang 96 hari ini. Akan aku kongsikan di blog kecilku ini...kerana ianya satu pengalaman yang sangat indah....

- Mereka, hanya akan meikmati susu ibu..no FM..Insyaallah -

- Alhamdulillah -

Gambar kat atas, perahanku semasa di Hospital. Ini perahan kali kedua. Menangis nak memerah sebanyak ini. Perahan pertama semasa di NICU. Sangat stress...susu tak nak keluar. Masa tu mmg menangis tak ingat. Kembar perlu menyusu, rasa down sgt masa tu.

Alhamdulillah aku berjaya juga...tak sanggup klo kembar diberi susu FM. Masa tgk kembar menyusu susu aku melalui tiub khas...menangis lagi aku...hahahha..cengeng toi masa tu....

Lepas ni akan sentiasa ada entry tentang breastfeed. Almaklumlah, tuan punya blog ada anak kecik..yang mana rasa boring leh klik X kat atas ek..heheheh..

MY BREASTFEEDiNG JOURNEY - WiTH ALL MY HEART







6 Kawan Yg Sudi Tinggal Jejak:

Masya said...

semoga berjaya dgn cemerlang.... pengalaman lalu jadikan pengajaran.. amir dulu pun 4 bulan jer susu badan... klu ikutkan hati mmg nak bg sampai umur 2 tahun...

Salina@IbuAqil said...

Semoga segalanya dipermudahkan yer dear..
Amin!!!!! ;)
TC & happy weekend.. ;)

chekna said...

sama la kita.. masa anak 1st tu mmg terkial2...cetek ilmu pasal bf ni, bila dah ada anak 2nd ni, mmg berazam nak full bf, moga dipermudahkan olehNya.. amin....

ch@ said...

OMG colestrum tu, emas-emas-emas. hehehehe, insyaALLAH aawak boleh Syila. bagus ada kesedaran awal2 mcm ni. teruskan ok.

@e_da said...

sayu sgt baca entry ni..lagi2 tgk si kembar yg sgt cute...indahnya anugerah allah... tahniah ya

eima said...

good luck... aku dah tak berjaya hanya berjaya waktu cuti bersalin je ... tak sampai 6 bulan dah campur... janji cekal ngan dpt moral support

♥ Jom Tambah Pendapatan Bersama HeartBeat - Just Klik² ♥

Sebelum tu korang klik banner kat bawah ni k...



Tutorial penuh untuk mendaftar HeartBeat korang klik kat bawah ni ok
http://syilasyira.blogspot.com/2011/02/tutorial-heart-beat-jom-tambah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...