MENU BAR

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

♥ FOLLOW ME ♥

Showing posts with label KESiHATAN. Show all posts
Showing posts with label KESiHATAN. Show all posts

Tuesday, December 27, 2011

KONTRAKSi MAKiN MENJADi


Entry paling ringkas tapi perasaan aku masa ni hanya Allah yang tahu......

Kandungan mencecah 29 weeks 6 days....Semalam sampaikan tak boleh tido sbb perut yang kerap mengeras....Sedang berkira² nak ke hospital atau tidak...????klo pergi dah tentu kena tahan lagi ni....

Alahai twin..sabar ye...jgn keluar dulu...mama tak sanggup kalian berkampung dalam wad lelama...klo dulu bila mengeras aku rasa perkara biasa, tapi bila admit wad bebaru ni doktor menyatakan ianya adalah kontraksi, hati ni jadi sgt tidak tenteram....Ya Allah lindungi aku dah anak² ku yang bakal lahir ini...Amin...

Datang kerja dengan mata yang ngantuk


Tuesday, November 8, 2011

PETUA HiLANGKAN/KURANGKAN BATUK


Seperti yang dijanjikan dalam Entry Ini. Aku ada bagitau nak senaraikan petua yang aku tau dan aku amalkan sepanjang aku batuk teruk baru² ni.

Meh aku share antara petua yang aku buat selama aku batuk. Kalau ada yang sesuai sure cepat jek lega. Yang mana batuk lama dah tentu tak selesa kan. Batuk ni leh buat kita penat. Kerja seharian pun terganggu. Tambah² lagi klo nak bercakap atau hadiri apa² majlis. Nak kena kontrol batuk sampai senak perut.

Antara petuanya :-
  • Air perahan limau nipis ditambah dengan sedikit kicap. Minum mcm tu jek
  • Bakar Limau nipis dengan kapur makan di atas api. Pastu amik kapur 2 sapu kat tengkuk.
  • Pagi² lepas bangun sebelum makan apa², minum sedikit air terus dari paip.
  • Didihkan air gas perisa ais krim soda. Bila dah sejuk, terus minum
  • Sedikit minyak gas dicampur dengan kapur makan dan disapu ke tengkuk. Kuantiti yang sedikit je ye.
  • Bakar bawang putih atas api kemudian dihancurkan dan dicampur dengan sedikit minyak masak. Sapu di tengkuk berulang kali.
  • Nangka masak diblend menjadi jus dan diminum.
  • Makan sirih pasu (mudah didapati dalam pasu² bunga). Rasanya mcm sirih. Leh makan seperti ulam. (petua ni aku dapat dari ustaz darul shifa)
Itu antara petua yang aku buat selama aku batuk. Korang trylah cuba buat ye. Manalah klo tak baik terus, sekurang²nya leh lah berkurang sikit batuk tu kan. Dulu pernah sekali batuk yang keterlaluan, aku akan pastikan sentiasa menghisap gula² hacks hitam. Tah mcm mana secara tak sengaja aku leh tertelan terus gula² tu..Yang tak sangkanya batuk aku ilang terus tau. Kikiki...kebetulan jek kot. Tapi lepas tu xda lah aku nak buat. Nama pun kebetulan kan...klo buat secara sengaja mau mati pulak tercekik..:-)

Nak share satu doa yang leh diamalkan juga. Baca selawat 3x kemudian baca 3x ayat di bawah dan hembuskan ke dalam air minuman. Minum air yang telah dibaca selawat dan doa tu. Aku buat sekali setiap hari dalam kuantiti air yang banyak. Minum jek air tu sepanjang hari. Insyaallah lega batuk tu.

Ayat Penggerak :-


"Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syaiun filArdhi wa la Fissama'i wa huwassami'ul 'alim"

(Ayat ni banyak kelebihannya. Kalau leh amalkan setiap hari lebih baik. Rasulullah s.a.w mengajar umatnya agar membaca doa di atas tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang agar terhindar segala kemudaratan kepada yang membacanya di sepanjang hari tersebut)
Nak tau kelebihan ayat ni dengan lanjut, korang google je k...

Selain dari itu, masa aku check-up ngan doctor, doc ni suggest aku sentiasa makan gula² fisherman's friend mcm kat bawah ni

- Fisherman's Friend Original -

Sekian jek entry petua...selamat mencuba..selamat mengamalkannya..

Ada lagi ke petua yang aku tak tau..???Meh share klo uolls tau k



Friday, October 21, 2011

HUJAN LEBAT LAGi...


Sekarang ni area Ipoh setiap petang hujan lebat. Disebabkan hujan lebat hubby xleh balik umah waktu rehat..huhhu... Asal kul 7 jek, sure ujan lebat punya. Syira pula asikla menanya abahnya, malam baru jumpa abah. Minggu ni plk hubby keje sampai hari Ahad.

Tapi yang bestnya Isnin, Selasa, Rabu kami bercuti...yuhuuuu...rasa lama sgt tak balik kampung. Dapat bercuti kat kampung walaupun sekejap tapi dah cukup puas ati.

Hujan2 ni bestnya klo tido, tambah plk kepala yang rasa ting tong ni. Virus nak demam dah terasa dalam diri. Patutlah dari tadi berat sgt kepala ni. Memang tak larat sgt2 ni. Alhamdulillah esok cuti, cumanya mintak2 tak melarat virus demam ni. Biar bunga2 demam jek.

Oklah..nanti klo larat aku update lagi entry. Harini hari entry tanpa gambar. Nak g membaringkan diri jap..hujan2 ni best woo klo dapat tidoq..:-)

Sempat tadi buat bubur kacang...si Syira dah tambah 3 kali, aku...???tadi bukan main nak makan, dah siap..nafsu makan pula entah ke mana...


Tuesday, October 11, 2011

AL-KiSAH JUMAAT LEPAS


Kisah Jumaat lepas....malam jumaat tu kan ke aku muntah yg sgt teruk. Ada aku cete kat entry ini. Kebetulan pula pengasuh cakap tak boleh jaga Syira ari jumaat tu sbb dia n family ada hal...Tak terkata apa lah aku. Mmg blur sgt masa tu, sbb aku tau keadaan aku..susah nak cuti, tambah² emergency mcm ni..sebabnya ada je yang suka mencari pasal nanti. Tambah bila isu anak. Macam aku jelah ada masalah anak, orang lain tak pernah berhadapan isu anak. Susah klo orang tak faham. Nak kata dia xda anak, ada...tapi entahlah...

Macam biasa bila apply EL...dapat plk msj yang sgt² menyakitkan ati...malas aku kongsi kat sini. Sbb taknak mencacatkan blog aku ngan perangai orang yang tak sedar kediri...Aku bersabar lagi..Tak nak kusutkan kepala otak...Sian bila pikir orang yang tak sedar diri..dunia ni ibarat roda..klo bukan arini ko ada masalah anak..sok² Allah timpakan masalah tu kat kepala ko..baru ko tau..Tak pe...aku bersyukur dengan apa yg ko buat kat aku.

Dalam keadaan aku yang teruk muntah malam tu, ngan anak pula yang tiada pengasuh..aku gagahkan juga drive ke opis. Hubby plk keje shift pagi..klo x, settle masalah. So, bermulalah kisah aku mengangkut anak...bukan saja² ye...tapi dah namanya "anak xleh dijadikan alasan" ....dan "keje ttp keje"..so ikutkan jelah... Alhamdulillah Syira tak banyak kerenah walaupun semua benda nak main, semua benda nak pegang...

Patutnya hubby janji nak amik Syira lepas balik keje, tapi tetiba plk dia start muntah²...bersambung pula kami muntah². Alamat Syira bertapalah ngan aku kat opis...Kadang² rasa pelik bila lihat manusia yang suka bila melihat kesusahan orang lain...apapun...ALHAMDULILLAH....

OTW balik dari opis Syira tido dalam kete...sian mama tgk anak mama..abah angkat masuk rumah pun Syira tak sedar. Anak mama mmg sangat letih sebabnya Syira tido sampai pagi esoknya. Kesian anak mama....Maafkan mama ye sayang sbb buat Syira letih sampaikan tak menjamah apapun malam tu, mama gerak, tapi dengan lali Syira bangun, pastu sambung tido balik....

- Mmg letih sgt anak mama -

- Rasa nak menitis air mata ni melihat Syira yg lena tido -

Klo korang kat tempat aku apa yg korang rasakan...???sian anakku yang tak tahu apa² terpaksa melalui apa yang mama dia lalui semata² terpaksa memuaskan hati orang yang tidak berperikemanusiaan dan yang tidak bertimbangrasa....Bak kata orang mengejar kehidupan dan mengejar sifat PHD umpama ko ingin hidup seribu tahun lagi...

Hidup tak selalu di atas....andai suatu masa ko jatuh tersungkur..ingatlah apa yg pernah ko buat pada aku selama hari ni. Terlalu banyak FITNAH dan cerita bohong yg ko cipta...tapi Allah tu Maha Mengetahui...

Monday, October 10, 2011

TURN AKU MUNTAH TERUK


Hari khamis lepas balik keje aku ajak hubby ke pizza...sbb tetiba aku teringin nak makan spaghetti. Jom layan pic kami

 - Air masam juga pilihanmu Syira, padahal bukan main mama order air milo tu tau -

 - Pergh...posing lentok -

 - Butang kusyen kat restoren pizza tu sekali imbas mcm Syira bertocang plk -

 - Chak -

 - Spaghetti untuk mama -

 - Pizza untuk abah -

 - Nyum² -

Pizza ni tak abis pun..aku pun xsentuh langsung, sbbnya lepas jek makan spaghetti tu perut aku dah semacam..meloya jek...tunggu masa nak kuarkan semuanya balik...huhuhu. Separuh pizza hubby makan, separuh lagi kami bungkus bawa balik. Syira pula layan air, ais krim ngan sup jek.

- Budak angin bila mama marah tak bagi minum air gas...kikiki..garang wooo budak ni -

Sebenarnya entry ni ada kesinambungan dari entry Syira tak sihat. Sebabnya selepas makan kat restoran nilah kami laki bini teruk muntah². Memula ingatkan sbb aku preggy, tapi memandangkan muntah yg sukar nak stop..buat aku terpikir..nasib masa aku muntah hubby belum lagi menunjukkan tanda dia nak muntah...kiranya kami muntah hari yang berlainan...klo x mau haru juga satu rumah muntah serentak..huhuhu

Memang bagi aku inilah muntah yang paling teruk sepanjang aku preggy. Balik dari makan tu aku cuba tido untuk menahan muntah, tapi last² kul 10.30 malam tu, tak berdaya dah...semua aku makan kuar balik. Yang paling teruk berlanjutan sampai kul 2.30 pagi. Sampai terduduk aku kat lantai tandas...Memang sgt² menduga...

Mungkin satu kebetulan selepas makan Spaghetti menyebabkan kami muntah...Semuanya dah ketentuan-Nya kan...???Syukur tak berlanjutan sampai berhari², sbb aku tak dapat bayangkan klo aku kena tahan kat wad...sian Syira, kami dahlah tak da sedara mara kat cni...:-(

Tuesday, July 12, 2011

KESiHATAN SYiRA KiNi


Buat yang bertanya tentang kesihatan anakku Syira. Thanks byk². Best ada mber di alam maya ni. Terasa sangat² dhargai. Ewah...

Ok berkisar tentang kesihatan anak daraku. Sekarang ni dah start makan ubat yang doc bg. Ubatnya di entry ini. Macam yang aku cerita, Syira ni makan ubat tablet punyalah payah. Tak puas ati aku. Sebabnya dia ni klo time makan ubat patutnya sgt senang. Kalau xdipantau, mau sebotol dia leh abiskan. Tapi mungkin sbb tablet kan.

Disebabkan rasa tak puas ati tu, aku cubalah juga. Ckit jek aku cubit tablet tu. Hahahha...rasanya...???mmg teruk woo...dahlah rasa watermelon. Nak muntah dibuatnya. Patutlah Syira nangis² truk klo cakap sal ubat kunyah². Belum bg dah melalak tau. Silap aku, patutnya tgk dulu perasa ubat tu, klo x leh request rasa strawberry  Confirm anak daraku telan punya. Hihihi

Masa check ngan doc tempoh ari, ada doc bgtau, makan ubat tu akan menyebabkan Syira cirit birit. Yup...mmg cicrit birit yang teruk. Penuh satu pampers, siap bocor² lagi. Tah datang dari mana kumbahannya itu. Agaknya sbb dah tersimpan kira² 3 minggu kot.

Tapi kan...minggu lepas aku ada cuba untuk tidak bg ubat tu sehari. Tapi sehari juga dier tak membuang. Emmm, mcm pembuangannya disebabkan ubat tu jek. Tapi ikut nasihat doc, ubat air perlu dihabiskan. Sebabnya usus kan ke panjang, so, biar bersih semua ususnya.

Skang ni syira still makan ubat tu lagi. Tunggu abis nak tgk perkembangannya. Semoga lepas ni sihat macam biasa. Yang pastinya lepas jek makan ubat tu, selera makannya bertambah, mungkin sbb perut dah rasa selesa.

Entry xbest klo xda gambar..so, selit gambar budak bertuah ni lagi ye...


Kerja dah byk settle, lepas ni leh bertandang kat umah kengkawan

♥♥ Jom sama² klik²..u klik me, i klik u ♥♥

Saturday, July 9, 2011

Di KPJ iPOH SPECiALiST HOSPiTAL


Mood update blog mmg xda la...tah kenapa. Sejak Syira kurang sihat, sekali aku² pun xsihat. Berjangkit plk ngan selesema dia. Bw tetap bw, tapi jadi silent readers jek. Dari blog ni ada sawang, bek aku update gambar masa aku n hubby bawa syira ke Pakar kanak². 





Memang mood Syira ok sangat tambah² bila dalam klinik ada mainan. Mainan tu bg jiwa dia tak berapa nak takut la kot. Hihihi..

 - Masa tunggu amik ubat..budak ni men chak-chak -

- Kos consultation -

- Harga 2 jenis ubat -

 
 - Ubat Syira -

- Duphalac n Pedia-Lax -

Alhamdulillah Syira ok makan ubat² air ni, tapi ubat tablet (Pedia-Lax) mmg dia xnak langsung. Perasa Watermelon. Setiap kali makan, dia muntah, siap nangis². Jenuh pujuk. Nasib doc ada cakap ubat air jek perlu dihabiskan, ubat tablet xpa klo tak habis. Huhuhu

Entry ni untuk rujukan masa hadapan...klo nak jejak specialist pasni siapla duit byk². Kalau xteruk, hospital kerajaan pun apa kurangnya kan...

♥♥ Jom sama² klik²..u klik me, i klik u ♥♥


Thursday, July 7, 2011

SYiRA BERTEMU PAKAR


Susulan kelmarin aku n hubby bawa syira bertemu pakar.
Masalah syira aku ada cete kat entry INI
Masalah yang hampir mencecah 3 minggu. Aku sebagai mama, mmg sgt² susah ati. 
Terima kasih pada yang bagi komen kat entry itu. Aku sgt menghargainya.
Berbalik pada cerita bertemu pakar.
Kami buat keputusan untuk bawa Syira ke Pakar Kanak² di Ipoh Specialist Hospital.
(Gambar kat hospital dalam hfon, kat opis plk xda kabel+bluetooth...so, entry lain aku letak gambar)

Ada 4 pilihan doktor. Kami pilih Dr Liew. Ada beberapa perbincangan antara doc, aku n hubby.
Aku letakkan kesimpulan di sini.
Uolls yang bergelar mama, ibu perlu baca dan ambil tahu, kerana ianya juga satu info yang doc bg buat aku n hubby.

Seperti yang aku bgtau, sepanjang Syira susah nak "melabur". Bukan bermaksud x membuang langsung tau. Tapi sgt² susah. Najisnya mmg klo tgk mmg xsesuai dgn umurnya. Sgt keras, besar dan sgt panjang. (maaf klo mengelikan Uolls) Aku sekadar nak berkongsi cerita. Itu antara sbb Syira ssh nak membuang. Tapi syukur, tidak pernah membuang sehingga mengeluarkan darah

Entry lepas pun aku ada cakap aku bg Syira makan pisang. Yup..dia makan dgn banyaknya. Masa jumpa doc Liew aku cerita yg syira makan pisang, betik, minum air byk..tapi still ssh nak membuang. Tau apa yg doc tu cakap..aku tak jangka langsung tau....

'Pisang bukan semua melembutkan najis, tetapi akan lebih mengeraskan najis'
Hohoho...
Kesimpulan dari percakapan doc tu.
Pisang yg besar² yakni yg org buat kuih tu xsesuai utk budak yang mengalami masalah sembelit, so, senangnya xyah la bg klo kita sendiri pun xtau pisang jenis² yang melembutkan najis.

Dan apa yang doc sarankan..
'Just bg anak makan papaya n minum air masak dengan banyak. Kurangkan minum susu'

Lepas tu pula, aku cakap syira skang ada selesema ngan batuk. Dan lagi info doc tu
'Kurangkan pengambilan ubat selesema yang dia makan sekarang, kerana ubat selesema bukan sahaja mengeringkan atas tetapi juga bawah '
(Kesimpulannya : Ubat selesema selain dari mengeringkan selesema juga mengeringkan aliran air ketika nak membuang)

Seingat aku itu jek info yang doc bg. Kalau ada yang tertinggal aku cete next² entry k.

Perkembangan Syira pula.
Punca Syira susah membuang tak dapat dipastikan tetapi 2 jenis ubat yg doc tu bg. Dari apa yang doc cakap cuma takut Syira ni akan menjadikan membuang adalah aktiviti yang sgt ditakuti. Kalau jadi habit lagi ssh. Sebabnya klo dier takut, ianya akan menyebabkan dia tahan setiap kali membuang, dan akan menyebabkan salurannya terganggu. Huwaa...anak mama...jgnlah ada habit cemtu.

Semalam buat permulaan doc bg ubat dulu. Follow up 13 Julai pula. Aku harap syira ok dan tak memerlukan follow up tu. Kalau dier membuang ok..alhamdulillah..tak yah pergi dah
Tapi apa yg doc tu cakap..seandainya syira masih ssh nak membuang, terpaksa bg ubat lagi kuat...kena scan dan kalau perlu terpaksa CUCI USUS....
(sgt ngeri bila mendengarnya)

(Gambar budak bersungguh meneran..)
3 Minggu mendengar syira menangis dan menjerit setiap kali membuang sgt memeritkan...semoga anak mama cepat sembuh..

♥♥ Jom sama² klik²..u klik me, i klik u ♥♥

Wednesday, July 6, 2011

ARiNi DALAM SEJARAH AKU MASUK OFiS LEWAT


Leh tahan gak tajuk tu..ekekekke...
Memang dalam sejarah woo....
sebelum ni klo ada apa² hal aku sure jenguk ofis dulu, pastu baru chaw.
Ni pula dalam sejarah aku masuk opis kul 11 pg
Hahhaa..bukan aku monteng tau
Seperti yang diceritakan dalam entry kelmarin
Syira anakku sembelit kan.
So, pagi tadi aku bawa Syira ke Pakar Kanan-kanak. Risau aku...
Tapi nanti aku cerita..skang ni ada kerja menanti...

Ada ilmu nak share ngan uoll yg klo nanti² ada masalah sembelit...:-)

Tak best entry xda gambar..so selit gambar budak bertuah ni.



♥♥ Jom sama² klik²..u klik me, i klik u ♥♥

Tuesday, July 5, 2011

MASALAH SEMBELiT


Mulakan entry dengan cerita sembelit..
Anak uolls ada atau pernah mengalami masalah sembelit tak???
Actually anakku Syira pernah juga sekali dua mengalami masalah tersebut. Tapi kali ni yang paling teruk. Nak menjangkau 3 minggu.
Dah bawa jumpa doktor, dah habis pun ubat yg doktor bagi. Keadaan still tak berubah.
Masukkan ubat dalam punggung pun dah 5x masuk. Syira mmg menagis teruk setiap kali nak masukkan. Punyalah payah sbb dikeraskan badannya. Pening aku.
Untuk pengetahuan uolls...Syira minum susu Lactogen yang sememangnya jarang² kanak² yang minum mengalami sembelit. Sebabnya susu Lactogen peroi dan halus.
Masa aku jumpa doktor, doktor pun pelik sbb katanya selalunya budak yang mengalami masalah sembelit budak yang minum susu Dumex. Pening aku tau.
Pengasuh pun pelik, sbbnya Syira mmg kuat minum air masak, sampai sekarang pun. Sebotol air yang aku bekalkan kadang² xcukup kat umah pengasuh..balik rumah pun bercawan² air masak diteguknya. Sebut pasal buah lagilah hantu Syira ni. Sgt² suka makan buah ikut perangai hubby. Kalau dapat makan pisang sesikat tu dier leh abiskan sehari.
Lepas jek aku perasan Syira payah membuang air besar, aku kurangkan susu daripada 4 kepada 3 skop. Aku dah bg makan pisang. Siap bawa ke rumah pengasuh lagi. Cari betik kat pasar malam xda, mber opis siap bawakan dari kebun maknya lagi. Tapi keadaan still macam tu.
Risau aku tau. Esok terpaksa bawa syira ke pakar kanak². Mudah² syira xda apa².


 - Siap ada bekalan air masak kat tangan -

 - Kipas mmg kena dekat ngan dia -


- Sempat lagi senyum -

Setiap kali Syira nak membuang mmg kesian sgt menengoknya. Aku pula macam nak nangis. Tapi antara sbb dier payah membuang sbbnya dia tak nak langsung mencangkung. Huh..jenuh aku ngan hubby suh cangkung...lagi teruk dia nangis adalah...

Anak² uoll pernah mengalami keadaan mcm ni x???

♥♥ Jom sama² klik²..u klik me, i klik u ♥♥

Friday, May 6, 2011

ALHAMDULiLLAH DAH BERTAMBAH BAiK..


Ada yang rindu aku??? kalau ada, sila teruskan membaca...hahahha...

Minggu ni aku mmg rasa tak sihat sangat. Almaklum aku ni spesis tekanan darah yang rendah..so, klo letih, mula rasa nak pitam.

Tapi kali ni mmg teruk rasanya. Huhu..klo bukan sebab kehadiran 'rakan baik+bendera merah', mau aku rasa aku nak mengikut jejak cha ngan mamalieyna jek..hahahha..rasa nak pitam, loya2 arhhhh, truk rasanya.

Alhamdulillah skang ni dah ok sikit. Arini pun keje terlalu byk. Benda urgent yang sgt byk dan memerlukan aku siapkan dalam masa yang singkat. Ligat otakku bekerja hari ni. hihihi..

Ok...byk yg nak cerita...tunggu...

p/s : Menunggu hubby balik keje. Aku baru siap masak. Giler masak malam2 buta...:-)


♥♥ Jom sama2 klik2..u klik me, i klik u ♥♥

♥ Jom Tambah Pendapatan Bersama HeartBeat - Just Klik² ♥

Sebelum tu korang klik banner kat bawah ni k...



Tutorial penuh untuk mendaftar HeartBeat korang klik kat bawah ni ok
http://syilasyira.blogspot.com/2011/02/tutorial-heart-beat-jom-tambah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...