MENU BAR

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

♥ FOLLOW ME ♥

Tuesday, December 27, 2011

KONTRAKSi MAKiN MENJADi


Entry paling ringkas tapi perasaan aku masa ni hanya Allah yang tahu......

Kandungan mencecah 29 weeks 6 days....Semalam sampaikan tak boleh tido sbb perut yang kerap mengeras....Sedang berkira² nak ke hospital atau tidak...????klo pergi dah tentu kena tahan lagi ni....

Alahai twin..sabar ye...jgn keluar dulu...mama tak sanggup kalian berkampung dalam wad lelama...klo dulu bila mengeras aku rasa perkara biasa, tapi bila admit wad bebaru ni doktor menyatakan ianya adalah kontraksi, hati ni jadi sgt tidak tenteram....Ya Allah lindungi aku dah anak² ku yang bakal lahir ini...Amin...

Datang kerja dengan mata yang ngantuk


Wednesday, December 21, 2011

PAKEJ PENGiNAPAN DAN MAKAN MiNUM PERCUMA 6 HARi 5 MALAM...


Assalamualaikum..pembuka bicara setelah sekian lama aku mendiamkan diri. 
Bukan sengaja mendiamkan diri. Al-kisahnya bila aku yang sangat2 kurang sihat sekarang ni.
Semuanya bermula bila aku sering sesak nafas dan pitam. Pertama kali pitam kat kampung lebih kurang 3 minggu lepas. 
Bermula dari itu, aku sering sesak nafas. Cepat nak pitam....kandungan kali ni benar2 banyak dugaan. Tapi aku akui, segalanya dugaan yang Allah berikan menjadikan aku lebih kuat.
Allah berikan aku nikmat mengandung twin, dalam masa yang sama Allah berikan aku dugaan yang diyakini aku mampu melaluinya. Allah itu maha mengetahui kan.

Tajuk kat atas tu yg membuatkan aku lebih menyepikan diri. Aku dapat pakej penginapan secara percuma dengan tak disangka2..huhuhu...pakejnya ditaja oleh Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. 6 hari 5 malam juga aku berkampung kat sana. Aku yang mulanya agak kena admit dalam 2 hari, mmg sedihlah bila hari demi hari xdapat discaj. Sedih sgt. Tambah sedih bila teringat Hubby ngan Syira. Hubby dahlah kerja shift, kami pula mmg takda sedara mara kat Ipoh. Minggu aku admit kebetulan hubby shift malam. Syukur, dapat juga tukar shift  walaupun bukan sepanjang minggu tu. Terima kasih juga buat family aku yang datang bertandang menjenguk aku walaupun sekejap. Mak, Abah....terima kasih byk2...jasa kalian sgt dihargai..

Macam2 dugaan yang aku hadapi sepanjang berada di Hospital. Penyakit yang tak pernah aku jangka hinggap juga kat badan aku. Nanti aku story lebih lanjut k...Mmg satu dugaan yang perlu aku hadapi walau macam mana sekalipun.

Cuma satu, aku doakan agar twin masih mampu bertahan berada di dalam. Sekarang kandungan aku baru 29 minggu..tak dapat aku bayangkan klo twin nak keluar awal dengan berat masing2 hanya 1 kilogram dan 1.1 kilogram. Tak sanggup aku tengok twin ditahan lama2 kalau keluar awal...

Gambaran twin di usia 29 minggu

Sekarang ni aku masih bercuti sakit. Dapat MC 10 Hari dan last harini. Esok dah start kerja. Ada kelapangan aku update story sepanjang aku admit....Daaaa....

Doakan aku dah twin ye...Semoga Allah membalas kebaikan Uolls yang mendoakan kami

Friday, December 2, 2011

9 BULAN DALAM KANDUNGAN - BESARNYA KUASAMU YA ALLAH....


Disebabkan kesibukan yang melanda minggu ni, masa nak update blog pun xda....aku sharekan satu video tentang apa yang berlaku sepanjang 9 bulan baby dalam kandungan
Sayu bila aku tgk full video ni...
Jom layan.....

Video From : Youtube

Sesungguhnya sangat besar Kuasa Allah SWT....

Tuesday, November 22, 2011

SYiRA KENA TiNGGAL ESOK...


Tajuk sudah buat aku rasa mcm serba salah. Emmm...mmg agak lama aku tak tinggalkan Syira. Bukan nak tinggalkan dia kat kaki lima atau pasaraya ye...tapi atas sbb tugas. Esok aku ada bengkel seharian di Kuala Lumpur. Dah namanya seharian. Mau aku pergi dia masih tido, tapi apakah time aku balik dia masih elok membulat biji mata. Sbb sekarang ni anak daraku itu kerap benar tido lewat.

Masa bertolak dari Ipoh pula lebih kurang jam 5 pagi...terpaksa susahkan pengasuh awal pagi esok...tak pernah hantar seawal itu. Huhuhu..hubby plk keje kul 7 baru balik, kalau mak aku dok dekat, dah lama aku pos Syira balik umah mak..huwaaaa...sian anak mama...Syukur, dah maklum kat pengasuh dia ok, cuma belum bgtau jam 5 nak antar..tapi xpa, ari Jumaat aku cuti, so, xhantar lah..ari jumaat pengasuh leh rehat ganti jaga Syira awal pagi esok..kikiki

So, esok ada ke agaknya entry aku ye...kalau sempat, klo rajin n hubby tak bawa laptop ke tempat keje aku buat entry autopublish...klo tak de....silalah faham² ye...kikiki...kena suh hubby download cete alamak toyol masuk dalam laptop dari kwn tempat keje dia. Esok aku xda, leh buka untuk Syira. Budak tu, hari² tgk cete hantu kak limah...aku plk nek jemu...huhuhuhu...

Okeylah..kelam kabut aku bebel sorg² ni sambil buat keje. Ayat pun rasanya macam aku sorang je paham...uolls buat² jek paham k. Atas meja aku pun dah ada macam² timbunan kertas...Istilah 5S yang dulu sakan pertahankan dah mula goyang...mmg semak..alahai, bila agaknya nak ber5S semula...

Tempat keje uolss ber5S x...????

♥ Jom Tambah Pendapatan Bersama HeartBeat - Just Klik² ♥

Sebelum tu korang klik banner kat bawah ni k...



Tutorial penuh untuk mendaftar HeartBeat korang klik kat bawah ni ok
http://syilasyira.blogspot.com/2011/02/tutorial-heart-beat-jom-tambah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...