MENU BAR

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

♥ FOLLOW ME ♥

Tuesday, May 24, 2011

KENDURi AKiKAH - MUHAMMAD ADAM SYAFiQ



Rentetan cerita kenduri yg dah lama nak cerita tapi tak tercerita.
Ngeee....
Entry ni ciput jek gambarnya coz kenduri tidak diadakan di rumah family aku. Diadakan kat kawasan 'Sembang petang' abahku n the geng..
Kenduri ni menumbangkan seekor lembu black metal ye.. Semuanya sumbangan ikhlas ustaz Jaafar. Moga murah rezeki ustaz ye, ustaz berbesar hati nak buat kenduri akikah dak tenit ni tanpa sebarang bayaran....Mulianya hati Ustaz ni, dan murah rezeki Muhammad Adam Syafiq juga. 

Ini kira kenduri menumpang, so, family kami xboleh jemput sesiapa sesuka ati. Yang tak dijemput jgn kecik ati, insyaallah nanti ada rezeki nak buat umah familyku plk.

- Budak yg murah rezekinya...Amin -

 
 - Lembu black metal yg aku cakap tu..hahaha -

 - Baju kelabu tu la Ustaz Jaafar... -

- Lembu berjaya ditumbangkan -

Gambar suasana makan² lupa nak amik, sbb sedap sgt menunya..daging cicah air asam..mmg best. Tambah lagi air tebu asli disediakan...sedapnya...tu pasal lupa dah ngan aktiviti nak snap². hahaha

p/s : Jap g entry cerita malam sebelum kenduri plk ok


♥♥ Jom sama² klik²..u klik me, i klik u ♥♥

Monday, May 23, 2011

SECRET RECiPES TAK HALAL.....????


PENEMUAN DNA BABI DALAM BAHAN RAMUAN SYARIKAT PURATOS MALAYSIA SDN BHD

Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjayaberikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut. Sehubungan itu, semua pemegang ataupemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd dikehendaki untuk melakukan perkara-perkara seperti ketetapan berikut :

1. menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf

2. mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf ( jika berkaitan );

3. melakukan proses samak; dan
4. mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri.

(sumber : Halal.gov.my)

Sedang aku tercari² apa produk keluaran Puratos ni, ttber terbaca satu blog tentang kaitan produk tu dgn secret recipe. Disebabkan terkejut aku trus mencari..mmg jumpa k...korang tgk kat bwh ni...

- Ada jelas secret recipe ngan puratos di situ -

Tapi walaupun jelas kelihatan dan kecoh org cerita. Aku ada kemusykilan di situ. Kalau korang perasan itu mcm jenama produk sahaja, macam kebetulan ada perkataan secret recipe kat situ.

Lagi satu aku confius sbb bila klik kat ikon syarikat keluar nama syarikat Purotos tu. Berlainan klo klik kat produk yg aku tak tandakan.....bila aku klik (selain dari yang aku tandakan), mmg ianya mmg milik Secret Recipe.

Dari mata kasar mmg nampak mcm ada kaitan ngan Secret Recipe, tapi klo lihat secara teliti, mcm kebetulan plk....huhu...ada sapa² yg tau tentang benda² mcm ni, inform la yek....Kita jgn cepat melatah sbbnya klo ianya fitnah, satu dosa plk percuma dapat...emmmm..

p/s : Nak lebih selamat adalah lebih baik kita tidak pergi ke tempat yg kita was² utk makan. Xrugi pun kan...


♥♥ Jom sama² klik²..u klik me, i klik u ♥♥

TUTORiAL | CARA NAK JOiN GiVEAWAY / CONTEST


Awas, entry ini sgt panjang. (Klik pada imej utk lebih jelas)

Kat bawah ni tutorial yang aku janjikan ok. Yang baru nak berjinak tu, buat pelan². Dulu aku pun xreti nak buat, tapi yg penting masa baca tutorial ni korang cuba buat terus. Kiranya buat amali sekali ok. Baru la bleh faham. Nak try, korang join GA aku tau..ni linknya SYiLASYiRA 2ND GIVEAWAY (tarikh tutup 20 Jun 2011)

Langkah² untuk join :-

1 : Korang pastikan GA/Contest yg korang nak join

 - Contoh Giveaway -

- Syarat² -

Selalunya syarat utk join lebih kurang sama jek antara Giveaway ngan contest ni. So, korang jgn risau k.

2 : Cara ke-2 korang kene copy paste gambar banner tu. Caranya aku takda print skrin plak, tapi korang ikut step aku k. Kat gambar banner GA tu korang klik kanan mouse korang then kuar perkataan "SAVE IMAGE AS...." kan...korang klik dan simpan kat mana² folder. Tapi ingat tempatnya sbb nanti korang kner cari balik gambar tu kat tempat korang simpan tu ok.

3 : Step ni utk buat syarat "Buat entry ringkas tentang GA dan link back ke entry GA" Caranya tgk kat bawah


4 : Masuk ke bahagian Dashboard dan klik kat New Post mcm gambar di atas


5 : Masukkan Tajuk Giveway seperti yang dikehendaki oleh tuan punya blog GA yang korang nak join tu ok



6 : Kat sini korang Klik insert image seperti di atas
 untuk letakkan gambar banner GA ok


7 : Lepas korang klik insert image akan kuar kotak seperti kat atas tu, then korang klik kat perkataan Choose Files dan cari gambar yg korang simpan dalam step 2 tadi.


8 : Lepas dapat gambar yg korang simpan tu klik ok dan akan kuar kotak warna biru mcm kat atas tu. Masa aku buat print skrin ni, gambar tu xnak kuar tapi gambar still ada tau. Jgn panik plk. Pastu korang klik Add Selected ok.


9. Langkah seterusnya, gambar yang korang letak akan masuk dalam entry seperti kat atas tu. Untuk letak link GA. mcm tertera dalam syarat penyertaan iaitu "pastikan ianya dilink back ke entry ini" korang kena klik kat perkataan LINK mcm kat atas ok.

10. Cara untuk dapatkan link ialah 1st korang kene klik kat tajuk Giveaway yang korang nak join tu. Lepas tu akan kuar link kat bahagian atas http. Contoh mcm kat bawah ni :-


 11. Nampak x kotak merah kat atas. Korang kene copy paste tajuk tu untuk letak link ok


12 : Kotak kat atas akan keluar lepas korang buat step 9 tu, dan step 10 yg korang copy paste tu korang letak kat kotak "Link to" mcm kat atas. Kotak perkataan "text to display" tu korang leh tukar dengan apa² ayat, xnak tukar pun ok. Yang PENTING link kat kotak kedua korang jgn ubah apa² tau. Lepas tu klik OK


 13 : Link yang dah siap akan tertera mcm kat atas tu. Bawah link yang telah diwujudkan akan ada satu garisan ye. Lepas dah siap klik Publish Post


14 : Step ni kita nak ikut syarat² GA yang diminta oleh tuan rumah iaitu "Tinggalkan link penyertaan di entry ini". Masa korang buat step 13 bila dah publish korang klik dekat ayat "VIEW POST". Ada kan???klo xda korang klik je kat blog korang tajuk yang korang buat untuk penyertaan tadi. Bila dah buka korang kene copy paste link penyertaan korang. contoh mcm kotak merah kat atas tu ok.
Contoh penyertaan:-

http://(nama blog korang) /2011/xx/tajuk GA yang korang buat.html
(Kat atas tu contoh je k, link korang akan jadi lebih kurang mcm tu ok)


15 : Step terakhir, kene letak komen kat blog tuan rumah menyatakan yg korang dah join GA beliau. Contoh mcm kat atas tu ye. Link yg diberikan kene betul, sbb link tu akan memudahkan tuan rumah semak penyertaan anda.

16. Untuk memenuhi syarat yang memerlukan meletakkan banner di sidebar korang tgk tutorial yang aku pernah buat dulu. Letih nak buat kali ke-2..
Ni linknya :-
Tutorial Letak Banner Di Sidebar

Oklah. Itu jek tutorial versi aku. Lain blogger lain caranya. Itu aku cuba buat yang paling senang. Rasanya senang jek korang nak buat. Yang penting masa nak buat korang kene cuba dulu. Jgn baca jek tau. Mungkin mula² rasa ssh, ditambah lagi tgk stepnya mcm panjang sgt..tapi sebenarnya senang je tau. Tak cuba xtahu ok.

Akhir kata :-
SELAMAT BERGIVEAWAY DAN BERCONTEST
Jgn lupa join GA SyilaSyira ok

p/s : Kalau ada otai² nak tegur tutorial aku dialu² ye ....
p/s : Yang dah berjaya tu share la kat kotak komen aku ye..hihihi


♥♥ Jom sama² klik²..u klik me, i klik u ♥♥

NAK JOiN GiVEAWAY / CONTEST..TAPi XTAU CARANYA...???


 Ada yang belum join Syilasyira 2nd Giveaway..??
Klik SINI untuk join k

Ada feedback dari kwn² yg tanya syila apa benda Giveaway ni. Dan ada juga yg tak tau nak join tapi berkeinginan nak join. Insyaallah jap g syila akan letak tutorial mcm mana nak join Giveaway atau contest kat blog ni. Bagi yang nak join leh cuba ok... Tutorial versi syila la... syila akan cuba buatkan tutorial yang senang nak faham. Insyaallah..

p/s : Tunggu tutorial dari blog syilayira ok..


♥♥ Jom sama² klik²..u klik me, i klik u ♥♥

♥ Jom Tambah Pendapatan Bersama HeartBeat - Just Klik² ♥

Sebelum tu korang klik banner kat bawah ni k...



Tutorial penuh untuk mendaftar HeartBeat korang klik kat bawah ni ok
http://syilasyira.blogspot.com/2011/02/tutorial-heart-beat-jom-tambah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...