MENU BAR

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

♥ FOLLOW ME ♥

Tuesday, November 8, 2011

CERiTA CERiTi..


Bertemu lagi ye....Ni entry nak cerita ceriti jek. Boring pula hari ni. Tapi ada pula mood nak update blog. Pepagi tadi aku dah publish sal Raya Korban baru² ni. Ni sambung lagi..hehehehe...

Bukan jek nak cerita sal raya, tapi cerita sal sebelumnya. Kira ni entry Rojak buah. Macam² ada.

1st, cerita anak daraku Syira. Alhamdulillah demamnya dah kebah cuma batuk jek masih bersisa. Sama mcm aku juga. Syukur sgt, Syira plk mmg rajin sgt² makan ubat. Kalau masa kecil amat susah, tapi sekarang ni dia plk yg akan minta ubat klo rasa tak sihat. Good girl anak mama, tak payah mama nak kejar keliling rumah bg makan ubat.

Sepanjang aku ngan syira batuk, mcm² petua aku buat. Dari yg moden sampai ke tradisional...ewah..yg moden tu makan ubat jek lah..yg ready made tu. Tradisional jek yang aku google ngan tanya mber². So, tak tau yg mana berkesan. Mcm² aku buat. Apapun aku ni klo batuk mmg akan ambil masa yang lama. Kadang² tu sebulan lebih baru lega. Tapi batuk masa pregnant ni yang sgt² menduga aku. Sekali batuk, sure air kencing pun keluar sekali. Jenuh kena pakai pad selalu. Nanti aku senaraikan antara petua yang  aku buat untuk kurangkan batuk aku ni k.

Ok, tutup cerita sal sakit tu...nak cete sal Hari Raya pula. Rancangan awal sebenarnya malam raya pertama tu nak buat bbq. Cadangan hubby bagi meraikan besday aku yang lepas. Kebetulan besday mak aku, so, raikan sekali jek. Tapi perancangan terpaksa dibatalkan. Semuanya disebabkan anak daraku Syira yang tido lambat, so, kami balik raya rumah family aku dekat nak maghrib. Apa halnya nak bakar n perap masa tu kan. Payah betul masa nak kejutkan anak dara ni. Klo tak cukup tido mau merengek jek nanti. Kejap² nak nangis, so, terpaksa biarkan dia bangun sendiri. Tu pasal aku lambat beraya umah family aku. huhuhuhu.

Nanti ada rezeki balik kampung, akan diteruskan perancangan tu..kikiki..nak juga tu..Cerita raya aku kat kampung, tak da apa yang istimewanya. Raya pertama tu tak dak langsung gambar diambil. Tak da mood sbb aku tak rasa pun nak beraya. Mmg memerap kat rumah jek. Syira tahun ni siap ikut tok wannya g sembelih lembu lagi. Best jek anak dara tu terkinja² ikut tok wannya. Pengalaman untuk dia. Aku pun x g tgk orang sembelih lembu..:-)

Disebabkan hubby aku cuti sekejap je, aku pun xda nak apply tambahan cuti. Bercuti mana yang kerajaan bagi. Sudahnya, semalam lagi kami bertolak lepas abis tgk cete Soffiya. Hahahaha...tunggu abis cete baru balik tu. Jalan highway mmg sesak ngan kete. Bila ada exident, jalan jadi jem, nasiblah jemnya tak lama sgt. Time balik tu entah kenapa perut aku sakit sgt². Mmg saja jek tau, sebelum balik tu, elok jek aku sihat walafiat. Dengan kete yang banyak, perut aku yang semedang mengeras, tak sabarnya aku nak sampai umah. Dahlah asik nak terkencing jek, jenuh menahan nak menunggu sampai ke hentian rehat.

Cete sal hentian rehat, ada juga cete kelakar. Selalunya otw nak balik Ipoh, mmg kami jarang nak singgah menyinggah. Nak benti makan jauh sekali, sekadar buh minyak ngan klo hubby nak ke tandas. Tupun selalu ke tandas stesen minyak jek. Tapi nak jadikan cerita, semalam aku tak tahan sgt nak membuang air kecil. Hubby plk berhenti kat Hentian Juru. Aku dengan tergesa² trus celapak ke tandas. Elok aku masuk, dengan orang ramai, aku perasan ada yang dok tengok² aku. Aku buat bodo jek...sekali terpandang kat cermin...Alamak..hahahaha...masa tu juga aku nak gelak guling². Baru aku perasan pemakaian aku. Korang bayangkan dengan seluar hitam, baju warna hijau, aku leh pula pakai tudung warna purple. Kikikiki...lupa pula aku nak pakai sweeter masa tu. Sudahnya cadangan nak beli buah makan dalam kete, dibatalkan...takkan aku nak g beli makanan dengan pakai cemgitu kan..mau ada yg gelak gila kat aku nanti..hihihi..Tapi cumanya nasiblah aku tak pakai kain batik masa tu. Cer bayangkan klo betul aku pakai kain batik..Hahahahaha

Oklah..tu jek cerita ceritiku...pengajaran lepas ni, walaupun bertolak malam, tgk²lah baju ngan tudung yang tersarung tu, jgn main redah jek..hehehehe...

Heran juga aku, family aku ngan hubby tak pula tegur aku masa nak naik kete tu..hahahha..klo aku tak pakai baju jek baru depa pasan kot..kikiki..mesti depa pikir, sbb malam kan..???sapa lah nak tgk aku mlm² kan..

SELAMAT HARi RAYA AiDiLADHA



Belum terlambat kan untuk blog syilasyira ni nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat semua pembaca blog kecil ini.

Tahun ni aku beraya di rumah mertua. Lagipun rumah family aku ngan mertua tak jauh mana, so, tak kisahlah beraya kat mana. Kami bertolak balik ke Kedah hari Sabtu Pagi. Malam tadi dalam kul 12 malam baru sampai Ipoh. Jalan mmg sesak. 

Raya tahun ni mmg xda kemana. Duduk kat rumah jek. Rasa mcm tak larat sgt. Rata² orang yang jumpa semua cakap perutku kecil. Padahal dekat 6 bulan dah usia kandunganku. Dalam orang dok cakap kecil, tidak bagi aku. Kalau yang tgk perbezaan masa aku ngandung Syira ngan twin ni akan nampak perbezaannya. Masa aku ngandung Syira, sampai bersalin aku leh pakai baju kurung biasa. Tak merasa aku seluar ngandung, baju ngandung jauh sekali.

Yelah bagi orang yang bawa twin, perut sure besar kan. Aku pula biasa² jek. Tapi yang pasti aku dah rasa mcm sarat jek. Kerap juga perut mengeras. Tak tau nak cakap mcm ner. Esok ada check-up dengan pakar kat Hospital Besar, lusa plak check-up kat klinik. Tak sabar nak tgk perkembangan twin..Semoga semuanya berjalan lancar...AMIN...

Akhir kata, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA...

Tahun ni, aku perasan byk korban dekat masjid buat hari raya ke-2 kan???Tempat uolls mcm ner??

Friday, November 4, 2011

RAYA HAJi DAH SEMAKIN HAMPiR


Assalamualaikum...Selamat Hari Jumaat semua. 

Harini hari rehat lama bagi kakitangan kerajaan. Apa perancangan uolls..??? Mesti ada yang nak membeli barang last minit kan? Almaklum Raya Haji dah dekat. Macam mana persediaan nak menyambut Raya uolls? Ada yang buat kuih raya takpun menempah kuih? Aku..entahlah, tak da apa persediaan pun. Cumanya mak kat kampung tadi ada call bagitau nak buat serunding daging ngan serunding ikan. Huhuhu..bestnya.

Tahun ni tahun bermakna juga bagi aku ngan Syira sbb tahun lepas kami beraya tanpa hubby aku. Aku kat Kedah, dia beraya sorang di Ipoh. Semuanya gara² kereta rosak, hubby terpaksa tukar kereta ngan aku kat bukit gantang..hihihihi...dia bawa balik kereta kancil aku yang bermasalah tu.

Okeylah ni intro utk hari ni. Kalau rajin adalah berupdate blog ni. Ada juga auto publish nanti..Apapun selamat membuat persediaan menyambut Raya Haji ye...

Uolls cuti lama ker Raya Haji ni?? Aku xda tambahan cuti, hanya bercuti sampai Isnin jek. 

Thursday, November 3, 2011

MAJLiS PERTUNANGAN ADiK iPARKU


Tahniah buat adik iparku Faizal dan tunangnya Nurul. Entry ni hanya gambar, dah malam hari...xlarat nak membebel..so, sila uolls jamu mata jek ye...Hihihihi























Ok..tu jek untuk hari ni...Daaaaaa

Kalau tak da aral melintang insyaallah akad nikah lepas raya haji, kenduri plk awal tahun depan

♥ Jom Tambah Pendapatan Bersama HeartBeat - Just Klik² ♥

Sebelum tu korang klik banner kat bawah ni k...



Tutorial penuh untuk mendaftar HeartBeat korang klik kat bawah ni ok
http://syilasyira.blogspot.com/2011/02/tutorial-heart-beat-jom-tambah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...