MENU BAR

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

♥ FOLLOW ME ♥

Sunday, September 5, 2010

Bertuahnya kita bergelar WANITA



Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
 
p/s : Kebaikan yg hendak dibuat, walaupun baru berniat...pahala sudah menjadi milik kita. Tetapi, keburukan yg hendak dibuat hanya akan dikira dosa jika dilaksanakan...renung-renungkan betapa besarnya kasih syg Allah kepada hambanya
 

Friday, September 3, 2010

Gorgeous Baby In Kemeja @ Dress

STICKY MODE

Nak menang hadiah....klik cni k...


So, reramai kita memeriahkan contest ni k....utk syarat2nya klik kat atas nun ...

Dugaan Lagi...


Ahad, 29 hb Ogos, satu dugaan melanda ahli keluargaku. Adikku dan adik iparku yang usia perkahwinan mereka xsampai 1 bulan setengah mengalami kemalangan . Ini merupakan kemalangan kali ke2 buat mereka. Syukur alhamdulillah kedua2nya masih dipanjangkan umur.

Tempat kemalangan ritu mmg dekat sgt ngan umah family aku, berlaku lebih kurang jam 5.15 ptg. Tak sampai 5 minit adikku keluar dr rumah. Tujuannya nak ke rumah tok Aira (adik iparku) yg mmg xjauh dr rumah. Malang mmg xberbau kan? walau dekat, jauh atau di mana saja, klo dah nak terjadi akan terjadi juga.

Kemalangan melibatkan motosikal yg adikku naiki bersama dengan Aira yg dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta yang dipandu oleh seorg perempuan. Kebetulan plak depan kemalangan tu ada roadblock.

Kemalangan tu disaksikan sendiri oleh polis2 yg ada di situ. Kedua-duanya melambung dan diseret. Helmet keduanya tercabut. Yang paling menyedihkan adikku yg sedar dan dari pemberitahuan polis yg ada di situ, ketika dilanggar, Aira masih memeluk adikku, dan pelukan terlepas apabila keduanya melambung dan diseret. Apapun kami bersyukur, tayar kenderaan tidak menggilis mereka...Nauzubillah...

Aku yg kebetulan melalui jalan tu sbb baru pulang dari umah mertua, asa berdebar sgt...rasa semacam masa tgk org ramai, tah mcm mana aku berani turunkan tingkap kereta utk melihat, dgn roadblock, org ramai yg tgk xident tu lagi, mmg jalan jem la. Dalam ati, "sapala agaknya"..... lalu je depan kemalangan tu, aku nampak ambulans, dan terkejut yg amat sgt bila nampak plat moto dan stiker yg aku knal sgt..."macam moto syawal " tp disebabkan nombor moto dah xnampak, aku xabis2 berdoa, mintak2 kebetulan jek...jln jem menyebabkan aku xbleh nak berhenti, tambahan masa tu aku ngan Syira jek.

Sampai je rumah...mmg betul tekaan aku, adik aku ngan adik iparku kemalangan...menggeletar aku mendengarnya. Adikku sempat menghubungi mak lepas je kemalangan tu. Aku ngan mak bergegas ke hospital yg terletak lebih kurang 1km dr rumah. Adik lelakiku mengalami luka di kepala dan menerima 8 jahitan. Alhamdulillah dier dibenarkan balik lepas je dijahit.

Aira plak mengalami kecederaan di kepala. Sedih tgh dia masa tu, Lepas je waktu berbuka puasa, dia ditukarkan ke Hospital Sg Petani bagi menjalani pemeriksaan rapi. Ini disebabkan dari x-ray awal di Hospital Yan doktor mendapati ada keretakan di tengkorak, ditambah pulak Aira muntah darah. Kami mmg berdoa sgt agar ada keputusan pemeriksaan hanyalan kebetulan.

Di Hospital Sg Petani, keputusan yang diperolehi juga sama...sedih sgt...malahan lebih dari itu, tengkoraknya retak, terdapat bengkak di kedua belah kepala, sedikit pendarahan dan otaknya dimasuki angin. Ya Allah, bergandanya dugaanmu...Kami balik dr Hospital jam hampir 2pg. Mmg ssh nak lelapkan mata. Bergilir mama Aira, mak aku dan kakakku menjaganya di Hospital.

Keadaan Aira masa tu mmg menakutkan, buka mata sekejap, pastu pejam, dan kadangkala tiada respons langsung. Hari ke-2 di Hospital, masih tiada respon, doktor terpaksa scan kepalanya lagi berikutan takut pendarahannya semakin byk, dan jika masih tiada respon Aira akan dikomakan dalam tempoh 24 jam. Tapi kuasa Allah itu lebih besar, keluar je dari CT Scan tu Aira beri respons...Alhamdullilah.

CT Scan ( Amik dr En. Google)

Doktor juga memaklumkan kepada kami, disebabkan ada pendarahan di kepala, kemungkinan Aira xkan jadi mcm Aira yg dulu. Mungkin ada perubahan pada dia. Tapi kami hanya nak pikir yg positif, kuasa Allah xda sapa yg tau. Hanya Dia yg mengetahui segalanya.

Sepanjang di Hospital hanya satu yg dia rintih, sakit dan pening di kepala. Darah membeku di bahagian belakang telinga, kerana masa kemalangan ada pendarahan di telinga dah hidung Aira. Kat hospital percakapan Aira kadangkala merapu-rapu juga...dan kadangkala ok. Semoga Aira cepat sembuh dan jadi seperti sediakala.

Kami sekeluarga akan mengadakan majlis doa selamat lepas Aira keluar dari hospital. Doakan majlis itu akan dapat diadakan, dan besar harapan kami agar lebaran nanti kami dapat berkumpul seperti yang telah dirancangkan. Amin....

p/s : Syukur juga adik iparku masih belum mengandung, klo x, mungkin segalanya lebih sukar...pemeriksaan rapi mungkin ssh dilakukan termasuklah x-ray. Segalanya kuasamu Ya Allah

p/s : Moga adikku Syawal, tabah dalam mengharungi dugaan ini.


Thursday, September 2, 2010

Bz teramat sgt

Lama plak asanya aku xda cete terbaru nak story kat sini. Bkn xda cete tapi aku skang mmg bz sgt. Nak update pun mood mcm ilang entah ke mana. Tambah plak adik aku baru je kemalangan bebaru ni. Nanti klo mood dah mari aku update lagi k. Byk benda nak cete sebenarnya ni.

p/s : Bertambah2 dugaan aku di bulan mulia ni...semoga aku ttp tabah..Amin

♥ Jom Tambah Pendapatan Bersama HeartBeat - Just Klik² ♥

Sebelum tu korang klik banner kat bawah ni k...



Tutorial penuh untuk mendaftar HeartBeat korang klik kat bawah ni ok
http://syilasyira.blogspot.com/2011/02/tutorial-heart-beat-jom-tambah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...