MENU BAR

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

♥ FOLLOW ME ♥

Tuesday, August 24, 2010

Blog Problem...Tolong...


Samat pagi semua, sebagai budak baru blajar aku nak tanya la pada sesiapa yg tau atau pernah dapat masalah mcm aku di sini. Masalah aku berkenaan ngan blog ni ha.

Rasanya dah lebih sebulan masalah aku ni, adakah setting aku yg bermasalah ataupun masalah internet di ofis ni? Kalau ada yg tau tentang masalah aku, dan leh tlg atasinya harap2 tolong la aku ek...pertolongan anda amat diperlukan.

Ok....masalah aku ni xdala sebesar mana pun, tapi menyusahkan aku utk berblogging (padahal xdala update setiap aripun kan). Klo korang nak tau, waktu ofis ni aku mmg boleh buka blog setakat dashbord je, dan aku hanya blogwalking dengan membaca dalam google reader jek tau. Sbb tu aku lambat ckit balas komen yg masuk dalam blog aku. Terpaksa balas guna internet kat umah je.

Klo nak view blog tu kim salam r, mmg xdapat punya. tapi pg semalam ttber plak elok jek blog aku, tapi elok kul 10pg tu jadi balik...huaaahhhhh...ngat ker trus akan ok jek. Cuma bernasib baik masih leh post entry2 lagi, tapi mmg xleh preview dulu, sbb tu kadang2 ntahpehapa je entry aku, tah2 gambar pun tunggang terbalik kan. Semuanya kner adjust kat umah jek.

Dan yg memelikkan aku ni, ada plak sesetengah blog yg aku leh buka, tapi ada sesetengah yg xleh buka. Hishhhh....knapa ek? klo pihak ibupejabat blok blog2 ni, asal aku leh buka laman web blogger ? pening aku tau. Ada sesapa yg nak nolong aku x? Dapat pahala tau, tambah2 dalam bulan berkat ni...hehehe

p/s : Tolong...tolong...bantuan kalian amat diperlukan...

Monday, August 23, 2010

Taman Negara Pulau Pinang

Alhamdulillah baru2 ni aku ngan Syira berpeluang ikuti rombongan ofis ke Taman Negara Pulau Pinang. Walaupun sedih sbb hubby xdapat ikut, disebabkan asa teringin nak bawa Syira, hubby izinkan kami pergi berdua, dan aku pastikan Auntie Shidah ikut skali (Syira klo ngan auntie Shidah ni dier ok ckit, Auntie Shidah ni dulu 1 ofis ngan aku)

Ini kali kedua Syira dapat nek bas, sebelum ni masa aku balik kenduri kawin adik aku. Kami naik bas jabatan, keadaan dalam bas sgtlah selesa. Kali kedua nek bas ni xdalah Syira ni jakun sgt. hehehe.


- Syira dalam bas , puting xleh lepas k -
  
Sampai je di negeri Pulau Pinang kami trus ke Taman Negara Pulau Pinang, pertama kali aku jejakkan kaki kat sni. Tempatnya mmg luas dan cantik, almaklum tempat ni menjadi tumpuan ramai dan ianya dijaga dengan baik. Sesampai je kami ke sana, hujan yg tadinya rintik masih xnampak tanda nak berhenti, tapi disebabkan kami rombongan jabatan, aktiviti masih dapat diteruskan.ecehhh
  
Aktiviti kami di TNPP :-


- Baru sampai dan hujan masih renyai2 -


- Antara ahli rombongan -
( Dari Kiri : Aku, Syira, Kak Umi, CC, Puan Hani, Kak Fza n Qisya)


Ready untuk mendengar taklimat, masa ni Syira cbuk nak duduk atas kerusi, masalahnya klo dibiarkan punggung dier mesti tersepit antara kerusi tu...hahaha....keadaan masa ni mmg mcm dalam panggung wayang.


- Dalam bilik pameran -


- Klo betul2 ni, jgn arap leh bergambar cemgini..hehehe -


- Landing sementara menunggu hujan reda -


- Dalam bot nak ke Pantai Kerachut -


- Anak Mama yg steady -


- Pantai Kerachut, Taman Negara Pulau Pinang -


- Xda sapa nak pandang kamera, lapar sgt masa ni -


- Antara haiwan yg dilindungi -


- Atas konopi -


- Peace to Pn Hani -


- Peace Syira yg hanya 1..hahaha -

Teme Kasih to anak mama, Syira, klo bkn umpan makanan kim salam dier nak jalan atas konopi tu tau. huhu. klo x, xpepasal aku kner patah balik, dah le, leh tahan johnya. Sbbnya sebelum nak atas ni, dier cbuk nak suh aku dukung, bahaya klo dukung anak ni, sbbnya risau klo kita xdapat mengimbang badan, anak boleh tercampak ke bawah, so, klo anak xbleh berjalan g, tidak dibenarkan naik k.


- Syira yg suka memunggah xkira di mana shj..hehehe -


- Dah puas memunggah, mkn la kejenyer, tapi puting still dalam mulut -

Sebelum balik kami singgah makan di Padang Kota (ye ker padang kota ek?hahaha), sebenarnya sebelum tu kami singgah membeli jeruk tapi terlupa nak snap di sebabkan ke'bz'an membeli..huhu


- Kelaparan, tapi pasembur tu mmg sedap -

- Nyum...Nyum -

- Iklan makan sambil tunjuk gigi -



- Muka kepenatan -


p/s : TQ to Auntie Shidah sbb jadi jurukamera kami masa ni (dier mmg pemalu ckit nak bergambar)
p/s : Lepas ni ke mana plak destinasi kami???

Dunia akhir zaman?????


Skang ni zaman serba moden, mcm2 perkara yg berlaku. Lagi moden zaman ni, lagi byk masalah yg timbul. Bln2 bek ni, byk plak isu pembuangan bayi. Mcm xpnah nak surut. setiap hari itulah hidangan di akhbar2.

Patutnya zaman yg serba canggih ni dipergunakan sebaik yg mungkin, tapi sebaliknya pula. Kes pembuangan bayi yg semakin menjadi2 membuatkan kita semakin takut. Yg mempunyai anak lelaki mahupun perempuan semakin risau. Belum lagi masuk kes culik menculik nih. Adakah ni tanda dunia akhir zaman? MASYAALLAH.....

Salah siapa semua perkara ni terjadi? Aku xnak tunding jari kepada sesiapa, sesetengah pihak mungkin menyalahkan kedua ibu bapa si pelaku, tapi jujur bg aku, tiada ibu bapa yg ingin melihat anaknya hanyut dan punya perilaku yg jelik kan?....apa pendapat kengkawan?

Kecewa juga tgk byk kes pembuangan bayi, tidakkah seksa mereka hendak melahirkan bayi2 berkenaan? Bagi yang telahpun bergelar ibu termasuk aku, tuhan je yg tau apa yg kami rasakan sepanjang tempoh kehamilan dan kelahiran. Kesakitan dan kesusahan yg dialami itu, trus ilang bila lahirnya permata hati. Tapi sampai mati perasaan itu xkan dilupakan.

Buat anakandaku, Nurul Syahira Mohamad Razali, mama doakan agar menjadi anak solehah dan senantiasa dilindungi Allah SWT. AMIN...

- Permata hati ku -

p/s : Mintak dijauhkan keluargaku dari segala perkara2 buruk...Amin Ya Rabbal Alamin

Tuesday, August 17, 2010

Terengganu...


Sebelum ni aku pernah bgtau aku ada hadiri kursus kewangan di Hotel Seri Malaysia di Terengganu. Ofis aku antar wakil 3org yakni aku, Kak Hasmah n Cc aku. Kursus ni dijalankan selama 3 ari. Mmg tersangatla penat, ditambah lagi kursus yg berjalan dari pagi hingga ke malam.



Masa gambar di atas diambil, kami sebenarnya masih mencari lagi Hotel. Driver pun kebetulan mmg xpnah ke hotel ni, upanya senang sgt nak cari, tak joh dari Pasar Payang. Kami singgah Pantai Batu Buruk mkn seafood celup tepung..sedap tau.


- Nilah Hotel kami menginap, gambar kabur ckit, sbb amik dalam kete k -

- Pemandangan dari bilik kami, cantik kan -

- Aku -

- Aku, Kak Hasmah n CC -

- Aku ngan Kak Hasmah -


 - Kopok -

Kami singgah makan dulu, lapar sebenarnya...mkn tempat len, tapi tapau wak lik umah kat tempat len k...heheheh


Yg ni gambar aku dalam klas. Klas xmula lagi k, tapi sepanjang kursus aku kali ni, mata aku mmg ngantuk sgt2. Memula tu ok jek, tapi pastu huahhhhhhhhh. Bkn aku je k...demer yg lain pun sama tau, siap terlelap2 lagi...hehehe

- Bukti aku mmg ngantuk yg terlampau :-) -


- Bergambar kenangan dalam kelas, cc ngantuk sgt tuh -

 - Sijil -

- Sebelum balik, singgah dulu beli kopok basah -

- Hampir licin aku borong sbb ramai yg kirim -


 - Org kuat tlg aku angkat kopok aka abg driver -

Balik dari gerai menjual kopok tu, kami singgah juga ke pasar payang beli kopok kering, tapi lupa nak mik gambar, sbb tgh sedap memborong...huhu

p/s : Kursus joh2 ni best sbb dpt tgk negeri org plus shopping memperabiskan duit, tapi yg xtahannya letih ssgt...:-))

♥ Jom Tambah Pendapatan Bersama HeartBeat - Just Klik² ♥

Sebelum tu korang klik banner kat bawah ni k...



Tutorial penuh untuk mendaftar HeartBeat korang klik kat bawah ni ok
http://syilasyira.blogspot.com/2011/02/tutorial-heart-beat-jom-tambah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...