MENU BAR

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

♥ FOLLOW ME ♥

Friday, July 9, 2010

Cuti - Part 2


Bersambung lagi....

Klo part 1 aku cete pasal aktiviti cuti bersama family ke Teluk Batik, part ke-2 sambungan selepasnya. Lepas je balik dr Teluk Batik, kami semua bersetuju utk bergerak ke Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

- Pintu Masuk ke Pangkalan TLDM ( Melalui jln Teluk Batik ) -


- Tempat Letak IC (bg org luar) ; letak dan ambil pas  -



- Geng baju putih yg menyambut kami -

Mmg teruja juga kami semua ke sini, memandangkan dah bertahun kami xmenjejakkan kaki. Pangkalan TLDM mmg bkn asing bagi kami sekeluarga, di cnila aku ngan adik beradikku membesar. Malahan kesemua adikku seramai 4 org dilahirkan di Hospital Angkatan Tentera. Selama hampir 20 tahun jugala kami menetap di TLDM Lumut memandangkan abah merupakan seorang anggota tentera.

Kami mmg xda singgah ke rumah mber2 aku, memandangkan masa yang tidak mengizinkan. Klo korang nak tau ada jugala beberapa org kwn2 lama aku yg tinggal di cni disebabkan mereka mengikut sejarah keluarga dgn mengahwini anggota tentera...chewah....yg baca ni klo anda antara orgnya, jgn marah aku xsinggah tau...insyaallah ada jodoh kita jumpa nanti...( tunggu aini balik cni aku g sana ) hehehe

- Antara Blok yg aku dan keluarga pernah diami -

Tempat yg kami singgah selain dr ronda2 keliling Base ialah pasaraya Armada. Klo dulu terkenal ngan nama PERNAMA. Byk sgt kenangan kat cni, utk menisi masa lapang ct sekolah dan cuti semester Politeknik aku pernah kerja kat cni. Dan aku xkan lupa aku pernah join expo utk jenama ADABI ngan mber bek aku...sapa lagi klo bkn Aini. Upah yg diterima mmgla sgt memuaskan.( Betul kan Aini :-) )

- ARMADA yg dulu dikenali dgn nama PERNAMA -

Skang ni, PERNAMA ( aku ttp nak guna nama PERNAMA walaupun nama skang dah berubah...nama tu dah sebati ngan aku ) dah bertambah maju, byk betoi kedai2 yg dibuka. Nak nek ke tingkat atas pun dah xpakai tangga dah...dah ada escalator, tapi dlm byk2 kedai tu xdak plak aku jumpa mmber lama, deper semua sure dok tidoq kat umah kot. ( pepandai je aku wat telahan )

- Antara kaum kerabatku atas Escalator 2 -

Lepas je ronda2 kami pun beredar, sempat gak beli beras harga murah, mak aku mmg pantang tgk benda2 murah ni, klo leh beli 1 lori, 1 lori dier nak bawa balik. hehehe...pas je kuar dari Pangkalan TLDM yg byk tinggalkan kenangan buat kami sekeluarga, kami bergerak ke kedai2 jual sotong2 kering ( bkn yg jual kat pasaraya tu tau ) yang ni betul2 punya sotong kering. :-) yang byk memborong mak ngan kakak aku, aku tumpang ckit2 jek, sbb skang ni bkn musim nak mkn, klo tringin nak mkn, kat Ipoh pun ada, cuma harga berbeza ckit.

Otw nak baik Ipoh tu, dah menjadi kemestian kakak aku mesti nak singgah kedai Yong Tau Fu, klo nak tau kakak aku ni klo dtg umah aku klo leh setiap kalinya dier nak ke Manjung semata2 nak makan Yong Tau Fu kuah sup ngan rojak manjung, klo xmkn agaknya mcm xda makna dtg Perak kot.

Puas berjalan, kami balik dgn penuh kepenatan, mmg letih ssgt....xpuas mandi di Teluk Batik, kami bermandi-manda di tempat len plak...kat mana ek? tunggu part 3 plak k...

- Bye-bye, ada rezeki kami dtg lagi, Insyaallah... -

p/s : Byk kenangan manis dan pahit di sana yang xmungkin aku lupakan.


Thursday, July 8, 2010

Naziran

Argh....sebelum ni aku dgr pjbt len dok ckp audit dtg. Bab audit ni cam allergic ckitla. mungkin bg setengah org cam besa je bila audit dtg. Tapi bg aku ngan kengkawan ni cam tension ckit. Audit plak secara rasmi akan ber'kampung' kat opis kami hujung bln ni.

Antara sbbnya ialah kami di pejabat ni kakitangan mmgla xbape nak cukup. Dulu ada sorg akak ni byk bantu kami, tapi skang ni dier lebih byk tugas2 pentadbiran. So,byk baucar2 yg masih belum dicop.Bg stgh pejabat, dah guna satu alat utk menunjukkan baucar-baucar yg dibayar,(aku xtau nama alat tu..hehehe) kami kat cni msh mengunakan manual dan terpaksa cop 1-1 baucar. 

Dahla baucar mmg tersgt byk dan kami juga skang masih menunggu alat berkenaan dibekalkan oleh Ibu Pejabat. Mahai oi benda alah tu, mmg perlukan peruntukan utk membelinya. Insyaallah tahun depan, barula ringan sikit kerja-kerja kami. Amin...

p/s : Audit nak dtg, opis plak mcm dilanda garuda lagi...ishhhhh

Tuesday, July 6, 2010

Cuti - Part 1

Cerita yg boleh dikategorikan basi dan yg aku janji nak cete tu. Baru jek berkesempatan nak publish. Curi2 masa je ni.

Alkisahnya cuti2 bersama family yg datang dr Kedah. Hanya sorg je adik aku yg xdapat join sbb kebetulan ader pelancong yg nak sewa bot. So dier knerla keje sbb bosnya yakni abah aku pun trut serta datang ke rumah aku. Diorg ni dtg pun atas sbb nak antar adik aku yg second last ke Politeknik.

Tempat pertama yg kami pergi selain jln2 di kwsn Ipoh ni kitorang ke Teluk Batik, mmg ramai sgt org, tp xda la sampai bersesak2. Aku xmandi pun, tapi disebabkan dok sbuk menjaga bebudak ni basah gakla seluar aku.

- Kaum Kerabatku... sampai2 semuanya kelaparan -

- Syira ngan Mama

 - Syira ngan Pak Tam, sbb Pak Tam umpan mknan baru dier nak dekat...hahaha -

- Ralik mkn eskem -


- Nurul Syahira + Nurul Syafiqa -

- Syira ngan Abah -

 - Abg Ipar ngan Iqa -

 - Seronok dapat mandi -

Mmg sonok sgt tgk bebdk mandi. Syira terpisat2 matanya dek air masin yg masuk mata, sepupunya Iqa plak leh ckp "air ni pahitla"...hahaha...air yg masin dikatakan pahit..konfius dgn rasa bdk ni.
Aku masukkan gambar2 je sbb aku pun malas nak cete panjang lebor...yg penting aktiviti yang len akan aku masukkan dalam part 2 k....

p/s : Sesekali mandi laut mmg best sgt..

Monday, July 5, 2010

Renovation


Salam All...
Minggu ni mmg terlalu padat buat aku ngan kengkawan. Dah 2 minggu renovation ofis bermula. Byk yg berubah, drp bilik yg semakin bertambah dan xkurang juga bilik2 yg terpaksa di'kecil'kan dan di'besarkan'.

Keadaan ofis skang ni mmg semak sggt..blum lagi kira klo datang ari sabtu & ahad tgk renovation. Mmg menyakitkan kepala.Tapi hasilnya mmg memuaskan (bg akula) tapi ada gak yg dengar2 kurang puas ati....kepada yg kurang berpuas ati tu...terimalah seadanya.

p/s : Tempat kerani2 blum siap...tunggu lagi 1 minggu..jeng..jeng...suasana baru

♥ Jom Tambah Pendapatan Bersama HeartBeat - Just Klik² ♥

Sebelum tu korang klik banner kat bawah ni k...



Tutorial penuh untuk mendaftar HeartBeat korang klik kat bawah ni ok
http://syilasyira.blogspot.com/2011/02/tutorial-heart-beat-jom-tambah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...