Thursday, July 14, 2011

RESiPi PUDiNG ROTi MARBLE


Resipi ni atas permintaan Ita. Ita ada tanya senang ke x nak buat. Jawapan aku untuk Ita
Sangat² senang. Masa yang diambil juga sgt singkat. Dalam kelam kabut pun sure leh buat.

PUDING ROTI MARBLE

Bahan-bahan

·                     4 keping roti (xperlu dibuang tepi²nya)
·                     2 biji telur
·                     800ml Air (Asingkan 700ml dan 100ml)
·                     115ml susu pekat
·                     170ml susu cair
·                     10gram serbuk agar2 (Aku guna jenama Nona. Mmg siap² 10 gram)
·                     5 sudu besar gula 
·                     2 sudu besar marjerin (cairkan terlebih dahulu)
·                     2 sudu besar coklat emulco. Kalau tak da boleh guna serbuk koko.* 
         (Tapi better guna coklat emulco sbb warna dan rasa lagi sedap)

Cara-cara

1.           Masukkan 700 ml air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk dan didihkan
2.            Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan 100ml air. Kemudian masukkan dalam periuk 
        agar2 yg sudah mendidih tadi.
3.            Masukkan marjerin yang telah dicairkan dan kacau rata sampai mendidih lagi. Kacau
        sehingga bawah periuk bagi mengelakkan ianya tidak berketul. Tutup api.
4.            Bahagi adunan kepada 2. Satu adunan biarkan warna asal dan satu adunan lagi masukkan 
        coklat emulco.
5.     Bila adunan telah siap, marblekan sahaja. Masukkan ke dalam peti selama sejam
        sebelum dihidangkan

* Jika menggunakan serbuk koko, kacau bersama sesudu air panas terlebih dulu bagi
mengelakkan ianya berketul

Cara Memarble
Sesenduk adunan warna asal dituang di tengah² loyang, kemudian ambil pula sesenduk 
adunan warna coklat dan dituang betul² di atas adunan warna asal tadi. Lapisi sehingga habis
adunan dengan mengulang step di atas, tapi jangan kacau, biarkan adunan bergerak sendiri. 
Ketika memarble hendaklah cepat cos adunan nih cepat membeku. Kalau lambat jadi mcm 
yg aku buat kat atas.. 
Contoh : Tgk adunan aku yg tengah² warna coklat tu. Nampak terbonjol sikit..ekekekeke

Yang berjaya buat jgn lupa bg link. Nanti aku leh skodeng

♥♥ Jom sama² klik²..u klik me, i klik u ♥♥


10 comments:

  1. aahhh la mmg senang sgt2...t ada masa umi nak try gak lah...(^_^)

    ReplyDelete
  2. senang je ek .. nk try la buat nanti .. bahan pun tak rumit ngan tak berkos tinggi

    koko emulco tu ape ??

    ReplyDelete
  3. sweet umi : nanti try ye

    eima : senang sgt eima..koko emulko tu cecair warna koko. mmg namanya koko emulco. nanti syila letak gambar koko emulco tu k..kat pasaraya pun ada jual benda tu

    ReplyDelete
  4. saya nak try, saya nak try, saya nak try..best nih..hehehe..nnti saya bagi link yea

    ReplyDelete
  5. yummeh..
    leh try wat gak, hehehhe
    tq share resepi.. =)

    ReplyDelete
  6. wah macam best je..asiah nak try buat la puding ni..coklat emulco tu coklat ape kak?coklat cair ke?

    ReplyDelete
  7. best best bst... nnt nak cuba buat.... terima kasih yer sanggup kongsi resepi ni untuk saya...

    ReplyDelete
  8. wahhh..... menarikkkk nak cube jgkkk... hihihihihihi......

    ReplyDelete
  9. macam sedap aje...nak cubalah bulan puasa nanti...

    ReplyDelete
  10. wakakaaaa 2 sudu coklat emulco je rupenyeee

    ReplyDelete

Komen Korang Sangat2 dihargai...Cayang Korang