Tuesday, August 16, 2011

REZEKi KELUARGAKU


Rasa macam kekok sikit bila lama tak update blog. Yang terakhir sekadar bagi makluman blog ni masih bertuan. Hihihi


Macam banyak benda sangat nak cerita selepas lama cerita terbaru terpendam. Niat di hati mmg meronta² nak cerita di blog kesayanganku ini. Tapi bila mula mengadap komputer, perasan tu tiba² hilang Terlalu banyak duka yang membuatkan rasa itu hilang. Ditambah lagi ngan keadaan aku yang sangat tidak mengizinkan.


Kenapa ye keadaan aku tidak mengizinkan? hihihi..sambil tersenyum lebar dengan perasaan yang sangat mengujakan....Dengan ini aku nak bagitau




So...terjawab sudah kenapa aku sgt² takda rasa nak mengadap blog..Alhamdulillah sekarang ni kandungan aku berusia 11 minggu. Satu perasaan yang sangat best..sapalah yang tak best nak dapat baby kan. Syukur Alhamdulillah atas segala kurniaan Allah SWT. Kakak Syahira pun hampir nak menjengah ke usia 3 Tahun. Waktu yang sangat sesuai untuk berteman.


Walaupun usia kandunganku baru 11 minggu tapi kandungan kali ini sangat² berbeza berbanding kandungan pertama dulu. Tambahan pula hadirnya bulan puasa. Mmg keadaan aku sangat² teruk. Hari 1st puasa aku hampir pitam di bazar ramadhan, nasib sempat masuk kereta. Buka econ kuat², buka tudung..pergh...lega. Hari ke-2, ke-3 dah tak berani nak berjalan. Semuanya en hubby sediakan. Aku tak boleh berdiri dalam jangka masa yang lama. Tapi aku gagahkan juga berpuasa. Walhal time berbuka sebutir nasi pun xboleh masuk. Hanya minum dan makan kurma sahaja. Time sahur pun sama. Hanya Susu dan kurma jek.


Peritnya kandungan kali ni. Perasaan yang tak dapat digambarkan. Kandungan baru sgt, tapi perut dah terasa cekang. Tapi inilah satu kenangan terindah yang akan dikenang buat selamanya. Ok sampai sini sahaja...next entry ada lagi cerita yang nak dikongsi. Gandaan kegembiraan keluarga kami...:-)


Di sebalik banyak cerita duka...yang tidak mampu aku luahkan kat sini, aku percaya Allah tidak akan menguji hambanya melebihi dari kemampuan hamba itu sendiri. Syukur Alhamdulillah, aku dah merasa hikmah  di sebalik semuanya...AMIN

11 comments:

  1. wah tahniah ye....jaga diri ok...pasni shira akan berteman la....(^_^)

    ReplyDelete
  2. tahniah syila.. alhamdulillah.. kuatkan semangat dapatlah puase penuh tahun ni....

    ReplyDelete
  3. TAHNIAH syila, berjangkit-jangkit pula ye. kalau tak mampu berpuasa, tak perlu paksa diri.

    berbeza pula ngn kita, posa ni makan sahur mengalahkan makan hari biasa. hahaha.

    jaga diri ye. kena byk ambil makanan yg bertenaga.

    ReplyDelete
  4. waaaah tahniah~ happy for u~ berjgkit kita yek..he~

    eina pun peknen kali ni, sgt menguji, dah la jns tak suka minum susu, puasa lg la..kurang minum air msk, camno..aduhai..

    apapun take care tau~

    ReplyDelete
  5. alhamdullilah sis..tahniah!
    take care ye..

    ReplyDelete
  6. Fadzillah Kamarudin : tq..

    ...sWeeT uMi... : pasni ada la kwn nak bergaduh..:-)

    Masya : Dah tak penuh dah pun..sudah ponteng..hihihi

    ReplyDelete
  7. ch@ : bestnya mcm awak cha..lalu betul makan

    mamalieyna : tq..berjangkit2 kita..hihihi

    tiefazatie : tq ifa

    cik Jue Aka Ibu Farisyah : tq

    Aleyn : tq

    ReplyDelete
  8. tahniah!...syira dah 3 tahun...sebaya gan haziq...hihihi

    ReplyDelete

Komen Korang Sangat2 dihargai...Cayang Korang