Sunday, May 22, 2011

TANAH RUNTUH : PERKEMBANGAN Di HOSPiTAL


KUALA LUMPUR : Sembilan mangsa tanah runtuh di Hulu Langat yang diselamatkan masih dirawat di Hospital Ampang termasuk tiga berada di wad kecemasan (ICU).
Mangsa yang dirawat di wad biasa, Mohd Syafiq Ibrahim, 22, yang cedera di bahagian tengkuk, dan kembarnya, Siti Fatimah, cedera di kaki, Mohd Harris Mohd Izzuedin,11, cedera kaki kanan dan tangan kiri.
 Mohd Alauddin Safri,14, patah tangan kiri, Khairul Anwar Nazmi, 9, cedera kaki kanan dihempap batu, Mohd Aizat Khusyairi Abd Karim,13.  Beberapa mangsa turut ditempatkan dalam ICU iaitu Mohd Erwan Zakaria, 33, kaki kanan kena potong dan Zulhairi Aminuddin, 13, kehilangan kaki kiri serta seorang lagi mangsa.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Shirlin berkata, Zulkhairi Aminuddin, 13, terpaks dipotong kaki kiri ditempat kejadian untuk menyelamatkan nyawanya.
Manakala, Mohd Erwan Zakaria, 33, kehilangan kaki kanan yang menjalani pembedahan malam kelmarin.

p/s : Berat betul dugaan mereka...semoga tabah menghadapinya

Sumber : Metro


♥♥ Jom sama² klik²..u klik me, i klik u ♥♥

2 comments:

  1. kesiannye mereka...apapun harap yg terbaik buat mereka..mesti ramai yg trauma kan..huu~

    ReplyDelete
  2. Mamalieyna : tak leh nak pikir dan ingat balik..rasa ngeri sgt..sian betul mereka kan

    ReplyDelete

Komen Korang Sangat2 dihargai...Cayang Korang