MENU BAR

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

♥ FOLLOW ME ♥

Saturday, August 28, 2010

Dugaan di bulan Ramadhan.

Berhari gak aku x up date blog ni. Tapi still buka dan ttp menjenguk blog kengkawan. Nak komen kat blog kengkawan pun asa penyakit M tu asik datang jek, xmau kasi can toi kan.

Bkn itu je, last entry aku masa aku wish hepy besday buat permata hatiku. Majlis sambutannya insyaallah da rezeki leh wat sekali ngan open house, yg pasti hanya kecil-kecilan. :-)...


Kebetulan aritu aku sakit perut yg teramat sgt, sbb tu blog ni x ber'update'. Ni penangan aku beli kerabu mangga kat param r ni. Sedap sgt, tambah plak aku dah lama xmkn, mmg aku bedal sungguh2...bkn malas wat sendiri tau, klo buat aku sorg je mkn, cam xda makna plak...(alasan tu kan) Hubby aku kurang skit ngan kerabu2 nih.

Walaupun sakit yg teramat sgt, alhamdulillah aku berjaya berpuasa dan berbuka pada waktunya. huhu. Amin...1 lagi dugaan yg aku xsangka sgt....selama aku bekerja di tempat skang ni, pertama kali aku asa terkilan ssgt. Mungkin xtahan sgt, sampaikan aku menangis gakla. Besar sgt ke salah aku? berkira sgt ke aku ngan kerja? selama ni pun, byk kerja2 opis aku terpaksa siapkan di rumah. Byk sgt kot suara2 sumbang dalam ofis aku ni, mungkin kali ni mmg dugaan buat aku...terpaksala redha.

Salah satu sbb aku terpaksa telan semua ni antaranya adalah atas kesalahan dan kesilapan org lain....mmg terkilan sgt. Cukupla aku cete di sini, nanti lain plak isu yg muncul. Tapi mmg aku cukup terkilan....sob..sob...sob...

Tapi alhamdulillah selepas daripada kejadian ritu, aku skang bercuti panjang..sib aku dah apply awal2, dapatla tenangkan ati ckit kan, tambah plak balik kampung jumpa dan berbuka dgn family.

Okla nanti2 aku update g...masih nak melayan perasaan g nih....korang doakan aku ek....skang nak bersiap utk berbuka di rumah mertua. Hanya aku ngan Syira, hubby xdapat ikut kami balik sbb keje...ok...selamat berbuka...

p/s : Semakin berganda doa aku agar hubby dapat tukar kerja di Kedah...nak balik Kedah....

Wednesday, August 25, 2010

Hepy Besday........

♥ Selamat Menyambut Ulang Tahun Yang Ke 2 ♥


Hari ni genaplah permata hatiku Nurul Syahira Mohamad Razali berusia 2 Tahun.
Pejam celik, pejam celik cepat masa berlalu, terasa baru je Syira dilahirkan.
Buat permata hati mama dan abah, semoga menjadi anak yang solehah. Cinta dan kasih sayang kami senantiasa mengiringimu. Semoga dipanjangkan usia dan sentiasa diberkati Allah SWT. Amin..

Salam Sayang Dari,
Mama ♥ Abah

p/s : Sempena besday Syira ni asa mcm nak wat contest atau giveaway la plak...huhu :-)


Senyuman Manis Si Comel GiveAway

Kali ni aku nak cuba GA plak...korang klik sini dan meh kita join reramai



GA ni dibuat oleh tuan rumah sempena ulangtahun kelahiran permata hatinya iaitu Nik Irfan Zarith yang ke dua. Sama2 kita meriahkan GA ni ok...syarat2nya korang klik kat atas tu k.

Gambar yg aku pertaruhkan :-


Nama Penuh Sicomel : Nurul Syahira Binti Mohamad Razali
Umur Sicomel : 2 tahun
Status Sicomel  : Anak Sendiri
Nama Pengirim: Nurulshila Binti Md Isa

♥ Gambar ni diambil ketika mandi manda di Lost World of Tambun. Klo tgk gambar ni sure teringat keadaan masa tu...seronok dapat mandi sampai xnak kuar tu. Terpaksa diumpan dgn segala jenis makanan. Hehehe. Senyuman Syira penyeri hati mama dan abah ♥

p/s : Menarik dan tertarik hadiah yg ditawarkan oleh tuan rumah. Ahaks..


Tuesday, August 24, 2010

Majlis Berbuka Puasa


Jumaat baru2 ni, ofis aku ada mengadakan majlis berbuka puasa di Hotel Excelsior Ipoh, Perak. Kali ni alhamdulillah hubby dapat join,kebetulan minggu tu hubby keje mlm, so lepas balik dr berbuka trus masuk kerja. Kami berempat semuanya, termasuk juga adik lelaki aku.

Ramai juga staf yg join. 30 orang ++ jugala, ada yg berseorangan dan ada yg bawa family. Yg specialnya berbuka puasa ni kami semua sambut sekali hari ulangtahun kelahiran. 3 orang yg menyambut birthday termasuk juga anak dara aku, Nurul Syahira. Hepy Besday to my lil princess. Bertuah Syira dapat sambut birthday di hotel. Terima kasih buat semua yg terlibat. 2 orang lagi yg diraikan iaitu En Amin dan En Qozek. Hepy Besday juga buat keduanya. En Qozek berkongsi tarikh lahir dengan Syira iaitu 25 Ogos 2010 (Esok).

♥ Usha gambar2 di sebelum dan sekitar majlis berbuka puasa + birhday ♥


- Cantik benor la kononnya tu -

- Otw ke Hotel, peacenya masih 1 jek -

- Syira, Abah dan Pak Teh -

- Syira n Mama -

- Lagi -

- Syira klo dapat mkn mmg payah ckit nak tgk kamera....
nak peace tapi mata xmau lpas tgk mknan -

- Sambil makan diiringi dgn nyanyian -
- Macam-macam aksi  -

- Sempat buat muka -

- Syira n Qisya -

- Seksa Pn Hani nak bergambar ngan budak berdua nih -
- Qisya sgt seksi...owww -

- Besday Girl -

- Yg dirai (Dari kiri : En Amin, En Qozek, Syira...aku hanya tempelan..hahaha ) -
- Syira x sesabar nak kek -

- Lepas beberapa saat gambar ni, Syira sempat cuit anak teruna di sebelah (sempat nak ngorat ek) -

- Hepy Besday Sayang!!!! -

- Xnak dok diam dah -

- Pesal plak anak dara mama wat muka cemgitu??? -

Mcm2 aksi anak dara ni buat lepas dah boring. Tapi mmg malam tu Syira ok sgt, sebelum ni dier mmg xleh didukung oleh org len, tapi mungkin terasa diraikan, moodnya trus jek ok...aku nak makan pun senang..hahahha

Lepas je selesai memenuhkan perut memasing kitorg bergegas balik ke rumah, sbbnya hubby nak kerja plak....Nilah kenangan Syira menyambut besday di Hotel, lpas ni xtaula ada change lagi x..huhu

p/s : Teme kasih pada mereka yg terlibat
p/s : Gambar makanan terlupa nak amik la...

Blog Problem...Tolong...


Samat pagi semua, sebagai budak baru blajar aku nak tanya la pada sesiapa yg tau atau pernah dapat masalah mcm aku di sini. Masalah aku berkenaan ngan blog ni ha.

Rasanya dah lebih sebulan masalah aku ni, adakah setting aku yg bermasalah ataupun masalah internet di ofis ni? Kalau ada yg tau tentang masalah aku, dan leh tlg atasinya harap2 tolong la aku ek...pertolongan anda amat diperlukan.

Ok....masalah aku ni xdala sebesar mana pun, tapi menyusahkan aku utk berblogging (padahal xdala update setiap aripun kan). Klo korang nak tau, waktu ofis ni aku mmg boleh buka blog setakat dashbord je, dan aku hanya blogwalking dengan membaca dalam google reader jek tau. Sbb tu aku lambat ckit balas komen yg masuk dalam blog aku. Terpaksa balas guna internet kat umah je.

Klo nak view blog tu kim salam r, mmg xdapat punya. tapi pg semalam ttber plak elok jek blog aku, tapi elok kul 10pg tu jadi balik...huaaahhhhh...ngat ker trus akan ok jek. Cuma bernasib baik masih leh post entry2 lagi, tapi mmg xleh preview dulu, sbb tu kadang2 ntahpehapa je entry aku, tah2 gambar pun tunggang terbalik kan. Semuanya kner adjust kat umah jek.

Dan yg memelikkan aku ni, ada plak sesetengah blog yg aku leh buka, tapi ada sesetengah yg xleh buka. Hishhhh....knapa ek? klo pihak ibupejabat blok blog2 ni, asal aku leh buka laman web blogger ? pening aku tau. Ada sesapa yg nak nolong aku x? Dapat pahala tau, tambah2 dalam bulan berkat ni...hehehe

p/s : Tolong...tolong...bantuan kalian amat diperlukan...

Monday, August 23, 2010

Taman Negara Pulau Pinang

Alhamdulillah baru2 ni aku ngan Syira berpeluang ikuti rombongan ofis ke Taman Negara Pulau Pinang. Walaupun sedih sbb hubby xdapat ikut, disebabkan asa teringin nak bawa Syira, hubby izinkan kami pergi berdua, dan aku pastikan Auntie Shidah ikut skali (Syira klo ngan auntie Shidah ni dier ok ckit, Auntie Shidah ni dulu 1 ofis ngan aku)

Ini kali kedua Syira dapat nek bas, sebelum ni masa aku balik kenduri kawin adik aku. Kami naik bas jabatan, keadaan dalam bas sgtlah selesa. Kali kedua nek bas ni xdalah Syira ni jakun sgt. hehehe.


- Syira dalam bas , puting xleh lepas k -
  
Sampai je di negeri Pulau Pinang kami trus ke Taman Negara Pulau Pinang, pertama kali aku jejakkan kaki kat sni. Tempatnya mmg luas dan cantik, almaklum tempat ni menjadi tumpuan ramai dan ianya dijaga dengan baik. Sesampai je kami ke sana, hujan yg tadinya rintik masih xnampak tanda nak berhenti, tapi disebabkan kami rombongan jabatan, aktiviti masih dapat diteruskan.ecehhh
  
Aktiviti kami di TNPP :-


- Baru sampai dan hujan masih renyai2 -


- Antara ahli rombongan -
( Dari Kiri : Aku, Syira, Kak Umi, CC, Puan Hani, Kak Fza n Qisya)


Ready untuk mendengar taklimat, masa ni Syira cbuk nak duduk atas kerusi, masalahnya klo dibiarkan punggung dier mesti tersepit antara kerusi tu...hahaha....keadaan masa ni mmg mcm dalam panggung wayang.


- Dalam bilik pameran -


- Klo betul2 ni, jgn arap leh bergambar cemgini..hehehe -


- Landing sementara menunggu hujan reda -


- Dalam bot nak ke Pantai Kerachut -


- Anak Mama yg steady -


- Pantai Kerachut, Taman Negara Pulau Pinang -


- Xda sapa nak pandang kamera, lapar sgt masa ni -


- Antara haiwan yg dilindungi -


- Atas konopi -


- Peace to Pn Hani -


- Peace Syira yg hanya 1..hahaha -

Teme Kasih to anak mama, Syira, klo bkn umpan makanan kim salam dier nak jalan atas konopi tu tau. huhu. klo x, xpepasal aku kner patah balik, dah le, leh tahan johnya. Sbbnya sebelum nak atas ni, dier cbuk nak suh aku dukung, bahaya klo dukung anak ni, sbbnya risau klo kita xdapat mengimbang badan, anak boleh tercampak ke bawah, so, klo anak xbleh berjalan g, tidak dibenarkan naik k.


- Syira yg suka memunggah xkira di mana shj..hehehe -


- Dah puas memunggah, mkn la kejenyer, tapi puting still dalam mulut -

Sebelum balik kami singgah makan di Padang Kota (ye ker padang kota ek?hahaha), sebenarnya sebelum tu kami singgah membeli jeruk tapi terlupa nak snap di sebabkan ke'bz'an membeli..huhu


- Kelaparan, tapi pasembur tu mmg sedap -

- Nyum...Nyum -

- Iklan makan sambil tunjuk gigi -



- Muka kepenatan -


p/s : TQ to Auntie Shidah sbb jadi jurukamera kami masa ni (dier mmg pemalu ckit nak bergambar)
p/s : Lepas ni ke mana plak destinasi kami???

Dunia akhir zaman?????


Skang ni zaman serba moden, mcm2 perkara yg berlaku. Lagi moden zaman ni, lagi byk masalah yg timbul. Bln2 bek ni, byk plak isu pembuangan bayi. Mcm xpnah nak surut. setiap hari itulah hidangan di akhbar2.

Patutnya zaman yg serba canggih ni dipergunakan sebaik yg mungkin, tapi sebaliknya pula. Kes pembuangan bayi yg semakin menjadi2 membuatkan kita semakin takut. Yg mempunyai anak lelaki mahupun perempuan semakin risau. Belum lagi masuk kes culik menculik nih. Adakah ni tanda dunia akhir zaman? MASYAALLAH.....

Salah siapa semua perkara ni terjadi? Aku xnak tunding jari kepada sesiapa, sesetengah pihak mungkin menyalahkan kedua ibu bapa si pelaku, tapi jujur bg aku, tiada ibu bapa yg ingin melihat anaknya hanyut dan punya perilaku yg jelik kan?....apa pendapat kengkawan?

Kecewa juga tgk byk kes pembuangan bayi, tidakkah seksa mereka hendak melahirkan bayi2 berkenaan? Bagi yang telahpun bergelar ibu termasuk aku, tuhan je yg tau apa yg kami rasakan sepanjang tempoh kehamilan dan kelahiran. Kesakitan dan kesusahan yg dialami itu, trus ilang bila lahirnya permata hati. Tapi sampai mati perasaan itu xkan dilupakan.

Buat anakandaku, Nurul Syahira Mohamad Razali, mama doakan agar menjadi anak solehah dan senantiasa dilindungi Allah SWT. AMIN...

- Permata hati ku -

p/s : Mintak dijauhkan keluargaku dari segala perkara2 buruk...Amin Ya Rabbal Alamin

Tuesday, August 17, 2010

Terengganu...


Sebelum ni aku pernah bgtau aku ada hadiri kursus kewangan di Hotel Seri Malaysia di Terengganu. Ofis aku antar wakil 3org yakni aku, Kak Hasmah n Cc aku. Kursus ni dijalankan selama 3 ari. Mmg tersangatla penat, ditambah lagi kursus yg berjalan dari pagi hingga ke malam.



Masa gambar di atas diambil, kami sebenarnya masih mencari lagi Hotel. Driver pun kebetulan mmg xpnah ke hotel ni, upanya senang sgt nak cari, tak joh dari Pasar Payang. Kami singgah Pantai Batu Buruk mkn seafood celup tepung..sedap tau.


- Nilah Hotel kami menginap, gambar kabur ckit, sbb amik dalam kete k -

- Pemandangan dari bilik kami, cantik kan -

- Aku -

- Aku, Kak Hasmah n CC -

- Aku ngan Kak Hasmah -


 - Kopok -

Kami singgah makan dulu, lapar sebenarnya...mkn tempat len, tapi tapau wak lik umah kat tempat len k...heheheh


Yg ni gambar aku dalam klas. Klas xmula lagi k, tapi sepanjang kursus aku kali ni, mata aku mmg ngantuk sgt2. Memula tu ok jek, tapi pastu huahhhhhhhhh. Bkn aku je k...demer yg lain pun sama tau, siap terlelap2 lagi...hehehe

- Bukti aku mmg ngantuk yg terlampau :-) -


- Bergambar kenangan dalam kelas, cc ngantuk sgt tuh -

 - Sijil -

- Sebelum balik, singgah dulu beli kopok basah -

- Hampir licin aku borong sbb ramai yg kirim -


 - Org kuat tlg aku angkat kopok aka abg driver -

Balik dari gerai menjual kopok tu, kami singgah juga ke pasar payang beli kopok kering, tapi lupa nak mik gambar, sbb tgh sedap memborong...huhu

p/s : Kursus joh2 ni best sbb dpt tgk negeri org plus shopping memperabiskan duit, tapi yg xtahannya letih ssgt...:-))

♥ Jom Tambah Pendapatan Bersama HeartBeat - Just Klik² ♥

Sebelum tu korang klik banner kat bawah ni k...



Tutorial penuh untuk mendaftar HeartBeat korang klik kat bawah ni ok
http://syilasyira.blogspot.com/2011/02/tutorial-heart-beat-jom-tambah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...